ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, May 10, 2019

Drama Ramadan 1- 5

 


Drama Ramadan -Day 1
 Tgh sibuk buat nasi grg utk sahur.. Khairy turun.. Soalan pertama "kenapa khairy bangun mama tak tidur tepi khairy?"  Haha. Bukan nak tanya makanan sahur.. Aduhaii....

 Kes semalam tak habis lagi rupanya. Bergaduh dgn Adam berebut nak tidur sebelah mak. Khairy bengang sampai keluar statement "Adam ingat mama sayang Adam sangat ke? Adam ingat Adam sorang je ke anak mama? Orang lain nie bukan anak mama? Adam sorang je nak manja dengan mama?"

Comel sgt rambut khairy dlm gbr nie. Mcm rupa cendawan๐Ÿ˜
Selamat berpuasa semua. Mcm2 drama anak-anak. Bulan posa nie lebih banyak episode.. Bertabahlah
 
 
Drama Ramadan - Day 2
 


 Arief balik sekolah nampak pemandangan adik2 tengah menikmati makanan. Punyalah dia hangin. Mengamok sakan..

Arief nak buka posa ke? Umur Arief dah 10 tahun tau. Kalau tak solat 7 tahun dah boleh pukul. Khairy baru 6 tahun. So arief nak buka posa ke?...

Arief pahamlah tue maksud mak dia.. Tapi menjawab jugak "arief umur 6 tahun dah posa penuh!"

Wah tak mau kalah budak nie nampaknya "ye ke posa penuh? Mama yg suap Arief makan masa 6 tahun"

Kahkahkah. Amana dengar jawapan mak dia dibantai ketawa kuat-kuat siap perli. "Perasan puasa penuh!Padahal mama yang suap dia ponteng posa"

Arief terus mandi tarik muka. Tunggu dia keluar bilik air saya cakap "arief nie tak tahan ujian. Baru tengok adik makan sikit tak tahan. Nanti arief lagi besar.. Arief kerja.. tengok orang makan Sedap2.. Arief nak buka posa ke? Tak kuat iman namanya"

Diam je. Agaknya badan dah kena air. Sejuk sikit hati dia kot. Mudah dengar kata..

Mama, Arief puasa penuh boleh dapat Beyblade?

Halah.. Halah.. Halah.
Baik mama buat kerja pejabat ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ
 
Drama Ramadan- Day 3
 
 
 
Hari nie hampir2 tak sempat sahur. Syukur pes utk masak mehun dah siap. Kalau tak nanti Arief pun joint semangkuk dgn kawan2 mengadu dgn ustazah dia tak sahur. Selamat smlm sempat sahur๐Ÿ˜†

Ada masa kita terlepas waktu sahur... Saya pun pernah.. Dan sebulan posa tahun nie tak taulah Kalau ada kejadian terlepas sahur mcm tahun2 lepas. Semoga tak terjadi๐Ÿ˜ข...

Semalam arief cerita kawan2 dia mengadu dgn ustazah tak sahur. Diorg mengadu lapar sangat. Arief cakap.. 2 org je dlm kelas arief sahur. Yg lain tak sahur.. Saya terus tersentap.. Alamak malunya Kalau anak aku ngadu dia tak sahur sambil mengadu lapar kat ustazah..

Itu yang gigih buat pes utk mehun/mee goreng/kuwetiaw. Campak je. Smlm saya tersedar 30 minit sebelum subuh. Ya rabbi.. Sungguh pes menyelamatkan keadaan.. Alhamdulilah Allah bagi izin kami bersahur.
 
Drama Ramadan - Day 5 (day 4 skip)


 Korang pernah tanya anak2 yg berbuka awal tak alasan dia berbuka? Seronok dengan alasan diorang๐Ÿ˜

Khairy kenapa nak buka posa?...

Sebab khairy lapar lah.

Habis tue kawan khairy tue boleh je posa penuh kenapa?

Biarlah dia.. Dia tak lapar.

Kenapa khairy lapar dia tak lapar?

Dalam perut dia banyak simpanan makanan. Perut khairy langsung takde simpan. Mama tak nampak ke perut khairy nie kecik je.

OK sampai situ dah ketawa. Esok mama sambung sesi soal jawab lagi๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
 

No comments: