ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, May 4, 2019

Happy wife happy life by Hisham Sharif

Happy wife, happy life.

Antara kunci kebahagiaan rumahtangga adalah kebahagiaan seorang isteri. Hendak buat isteri bahagia, tidak semestinya hanya dengan ajak 'shopping' sahaja.

Pertama, kita sebagai suami perlu sentiasa pastikan isteri dan seluruh ahli keluarga terdidik dalam suasana agama.

Bangkit awal pagi, solat Tahajjud dan membaca Al Quran, zikir dan majlis-majlis ilmu, halaqah dan kerja-kerja kebajikan, semua ini akan melembutkan hati isteri.

Suami perlu sentiasa beri dorongan agar isteri sentiasa ada masa untuk mengisi rohaninya dengan perkara-perkara agama.

Kedua, orang perempuan ini kuat, tapi mereka juga penat. Ringankanlah beban mereka di rumah.

Bukan dengan mengambil alih tugas-tugas asasi, tetapi sekurang-kurangnya sedikit, agar isteri tidak rasa bahawa hanya dia yang buat semua perkara sedang suami hanya berehat-rehat.

Jaga anak ketika isteri memasak, mandikan anak diwaktu pagi ketika perang hendak ke sekolah, beli lauk ketika hari isteri memang diketahui super penat.

Ketiga, pujilah isteri pada kadarnya yang sesuai, puji masakannya sebagai contoh, dan lakukan dengan hati yang penuh ikhlas.

Kemudian, dengarlah luahan katanya, cukup dengan menjadi pendengar setia, isteri akan rasa dihargai dan bahagia.

Happy wife, happy life.

No comments: