ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, May 8, 2019

Lubuk pahala suami by en matt

Cara saya nak dapat pahala mudah sahaja. Bagilah masa kepada isteri untuk rebut amalan dibulan ramadhan ini.

Isteri saya kata dia nak khatam Al Quran sebelum akhir ramadhan. Maka antara perkara yang perlu saya fikirkan supaya tidak sibukkan isteri dengan rutin harian dia seperti bulan bulan lain.

Saya perlu rancang supaya bulan ini tidak terlalu lama 'outstation' . Jika saya outstation isteri perlu uruskan urusan rumah dan perniagaan saya. Jika sibuk dengan urusan urusan begini,makanya target untuk habiskan 30juzuk lebih awal mungkin tipis.

Pendapat saya. Lubuk suami untuk dapat pahala,berilah masa@ 'me time'  kepada isteri
Untuk dia lebihkan masa mengabdikan kepada الله atau apa yang kita rasakan isteri perlu masa untuk diri dia sendiri .

Ya tugasan di rumah,jaga anak  itu juga pahala. Namun bagaimana dengan amalan amalan seperti Al Quran,zikir,solat dan aktiviti aktiviti yang mereka suka. Terutama keperluan emosi dan fizikal isteri.

Bila ada makcik makcik datang jumpa saya. Mereka katakan  waktu tua inilah baru ada masa untuk sibukkan diri dengan amal. Itu pun 'merangkak' baca Al Quran, solat kadang kadang tak boleh nak berdiri lama dah.  Dulu terlalu sibuk dengan urusan rumahtangga sehingga terabai amalan amalan dengan Tuhan.

Dari perkongsian beginilah saya rasakan,saya tak boleh beri tekanan kepada isteri hanya  dia semata uruskan rutin dalam rumah. Takkanlah pinggan yang kita guna pun isteri perlu basuh juga. Itu belum urusan anak anak dari mandikan anak,saiz pampers sehinggalah baju tidur anak pun ada diantara suami tak ambil tahu.

Jika isteri hamil dalam masa yang sama perlu jaga anak demam,anak kurang upaya,anak masalah jantung,anak kanser lagilah emosi dan fizikal mereka terbaban.

Sebab itulah kenapa saya suka masuk dapur,kemaskan rumah dan tidak mengharapkan isteri urusankan segalanya tentang keperluan saya. Kerana saya nampak kesannya. Isteri lebih tenang,mudah menerima teguran dan cukup memahami tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Moga asbab kebaikan.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa
#IsteriAnugerahTerhebat

No comments: