ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, July 27, 2019

Sememangnya hadiah yang indah dibungkus dengan ujian yang perit


Saya listkan antara "hadiah" Allah beri sepanjang "didikan" Allah berlangsung. Bukan niat menunjuk2 tetapi yakinlah dengan janji Allah "setiap kesusahan pasti ada kesenangan". Allah tak pernah menipu.. Semuanya ada dlm Al-Quran. Yakin sahaja dan rasakan keajaiban setiap ayatnya.. Ulang-ulang sampai yakin dan meresap dalam hati kita.


1. Online business. Masa tue betul2 online mengganti gaji saya yg "lesap" dek cuti tanpa gaji. Alhamdulilah anak2 sampai cakap mama lagi kaya niaga online dari kerja opis😂.



2. Seingat saya pernah saya nangis sebab saya rasa sengkek gile. Ko dah rasa sejak umur 23 ada gaji tetiba takde.. Haha.. Saya nangis masa solat isyak. Anak2 semua dah tdo. Esoknya customee bank in 2k.rasanya 2 kali jadi mcm nie. Sgt2 bersyukur lebih2 kalau masa tue appoiment jantung atau mata khairy dah dekat.


3. Dengan online business saya dapat tunaikan nazar bawa khairy ke mekah. Tak silap saya bayar dekat 12k.. Saya, khairy dan depo 2.5k. Mak sponsor Amana sedangkan sy tak nak bawak sebab tak cukup budget. Mak cakap anak2 yg lain mak dah bagi bahagian masing2 utk ke mekah cuma saya sahaja yg tak ambil lagi. Jadi bahagian tue pindah kepada Amana sebab saya perlu jelaskan nazar utk ke mekah sendiri. mak juga cakap bahagian Amana nie adalah duit yg sy bagi tiap2 bulan pd mak sejak saya kerja dari umur 23 tahun. Masa ke mekah nie umur sy 34 thn. Almost 15k belanja ke umrah termasuk shoping ank2 dan makan2.. Sy tak tau mana datang 15k tue.. Semuanya melalui online business. Happy sgt sampai tak nak balik rasanya. Tapi satu anak tertinggal kat Malaysia.. Saya tahu "urusan" saya belum habis selagi semua anak tak ada di samping saya. Masa di umrah sy cakap dengan mak.. Duit angah semua dah habis mak. Tabung haji habis. Maybank habis.. Tetapi jejak sahaja Malaysia hp saya berbunyi non stop. Sy memang tak on hp selama 2 minggu tue. Rupa2nya customer bank in nak beli barang. Terkejut saya bila bukak Maybank ada 5k++ dan yg paling happy customer semua sudi tunggu saya balik umrah. Takde caci maki langsung walau 2 week barang mereka tak sampai. Subhanallah baik2 sgt customer saya😍




4. Beberapa ketika balik dari umrah. Saya perlu masuk office. Masa nie betul2 di persimpangan. Kalau saya masuk office camana khairy? Khairy kurang 2 tahun masa nie. Sy rasa nak resign. Insya allah dengan online business saya boleh hidup. Tapi sy dh melalui ujian. Yg penting bukan yg saya mahu tapi apa yg Allah mahu saya buat. Saya pun takut nak buat keputusan sendiri. Sy yakin keputusan sy baik utk hari ini tapi baikkah utk hari esok? Kalau dapat jawapan istiharah saya akan pegang jawapan itu sampai akhirnya tanpa sesal sebab itulah yang Allah mahukan. Saya buat istiharah dan jawapannya sgt menyedihkan.. Sy perlu masuk pejabat!


5. Dengan hati yg sedih sya ke pejabat. Dijaga oleh org yg sama menjaga anak buah saya. Air mata toksah cakap. Tapi sy yakinkan diri.. Allah takkan sia2kan saya dan anak2. Saya juga bayangkan nabi ismail yg ditinggalkan oleh nabi ibrahim yg tempatnya kering kotang kerana perintah Allah.. Tetap juga nabi ismail dlm jagaan Allah.

Alhamdulilah 6 bulan berikutnya sy dapat kerja dari rumah. Majikan izinkan supaya dpt jaga khairy. Bekerja dari rumah byk juga liku dan cabarannya. Tapi biar saya simpan sendiri kerana inilah yg Allah atur. Saya cuma ikut dan laluinya keranan hikmahnya Allah yg tahu . Dah masuk 4 tahun sy berkerja dari rumah ketika saya menulis status ini. Selain sy dapat kerja dari rumah, pangkat dan kenaikan gaji saya dikembalikan semula. Masa saya cuti menjaga khairy saya dalam proses kenaikan pangkat dan lead satu department yg KP ketika itu baru wujudkan dan nak saya uruskan. Demi seorang anak saya lepaskan semuanya. Saya tak kesal pun sebab hikmahnya jauh lebih besar dari yg saya lepaskan. Nampak tak hikmah kita tetap ikut petunjuk istiharah? Tak ada sesalan melainkan ketenangan dan kebahagiaan..

6. Saya menang party bernilai 50K beberapa bulan lepas pulang dari umrah sponsored dari Tan Choong Motor.. Saya buat majlis akikah khairy yang tak pernah dibuat. Tumbang 6 ekor kambing. Dapat juga 4 tab apple.


7. Sy menang home decor. Buat di bahagian ruang makan. Ruang makan yg tersangat dull jadi berseri dengan sentuhan deco tue. Sy masuk je rumah nie sybterus dapat "ujian" berturut2.. Jadi sy tak amik pusing urusan menghias rumah. Anak2 masih hidup dan bernqfas pun dah 1000 syukur. Deco rumah saya nie masuk dlm rancangan tv. Wallpaper, carpet, meja consul, framen lampu2 free. Alhamdulilah jimat duit.

8. Sy menang peti ais dan tilam jenis mahal. Kalau sy nak beli sendiri lum tentu haha.


9. Sy dikurniakan adam ziqri. Kira tezeki jugakkan? Adam juga budak magic mcm khairy. Cuma hal kesihatannya tak pernah sy share. Juga dikesan masa dlm perut lagi. Cuma saya lebih kuat walau hati sy hancur masa doktor bgitau. Menangis depan doktor dan saya kesat air mata sendiri dan saya cakap dengan doktor.. Doktor yg sama pantau saya masa khairy.. Jadi dia tahu rekod anak-anak saya.. "takpe doktor saya terima ujian nie lagi. Cuma kita treat as normal kan? Bukan ceser?" doktor plan adam bersalin normal tetapi ceser jugak akhirnya... Saya dah lalu dengan khairy. Konsep yg sama juga akan sy lalu dgn adam tapi dengan iman dan pergantungan pd Allah yg lebih kuat. Sy percaya ada hikmahnya. Sepanjang berita itu sy terima sy belek2 al quran dan baca setiap ayat yg disyorkan baik utk bayi dlm kandungan. Ye saya menangis. Nangis setiap kali baca quran. Panjang doa saya supaya anak sihat dqn saya kuat mcm jaga khairy. Mestilah saya ibu. Hati mana tak hancur bila laporan kesihatan mcm tue. Tapi sy juga tahu Allah uji sesuai dengan kemampuan saya. Sebab itu saya sgt bersyukur masa tempoh bekerja dari rumah dilanjutkan 2 tahun lagi menjadikan tempoh bekerja dari rumah 4 tahun. Bekerja dari rumah bukan utk khairy sahaja tetapi untuk Adam juga. Alhamdulilah adam membesar dengan baik dan sihat setakat ini. Malah comel dqn keletah. Syukur sgt2.. Saya lepasi lagi satu ujian Allah.. Lepasi disini maksud saya.. Saya tidak mengeluarkan kata2 yang menghancurkan iman saya.. Allah ingin lihat lagi bagaimana reaksi saya diuji dengan anak yg lain pula selepas khairy. Masihkah saya bertahan dan patuh? Cuma ketika Adam lahir suami faham hati sya tak mampu lagi handle dengan mcm2 urusan terutama hal pejabat. Suami beri modal dan katanya "tambahlah utk niaga. Awak nak resign kan?" tetapi Alhamdulilah sy masih bekerja.. Hasil istiharah juga..

10. Suami dan anak lelaki saya pula tunaikan umrah. Umrah/haji bukan untuk orang kaya atau orang miskin tetapi umrah/haji adalah untuk orang yang dijemput oleh Allah. Sampai hari ini saya teringat kata-kata mutawif yang  mengiringi rombongan saya ke Umrah 2015 dahulu.

Ada banyak lgi rezeki yg Allah turunkan dari langit ke 7 dan tidak terhitung... Setiap saat saya cuba dan bersyukur dengan setiap yang Allah beri .. Semuanya rahmat dan jika ujian, saya tukar ia jadi didikan jadi  saya akan lebih kuat .. Semua ini didikan kerana kasih Allah.. .. Bersama2 kita ambil hikmahnya lebih2 utk mereka yg sedang diuji. Allah uji sebab Allah sayang tetapi Allah nak tengok sejauh mana reaksi kita menghadapi ujian..
 
Nikmat mana yg kau ingin dustakan wahai manusia? Jika engkau reda dan bersyukur aku tambah nikmat. Tetapi jika engkau kufur seksaanku amatlah pedih.

No comments: