ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, August 30, 2019

Mana ada perempuan mcm nie sebelum kawin

Si anak tiba-tiba menjerit tidak mahu keluar dari lif. Maka si ibu menarik kasar tangan si anak untuk dipaksa keluar dari lif sambil turut menjerit. 'AKU BENCI LAH!'. Tetapi mata si ibu ketika itu sedang memandang tepat pada suaminya.

Seolah-olah yang dimarah sebenarnya ialah si suami, namun dilepaskan kepada anak-anak. Terkejut juga aku dan lain-lain yang turut sama berada di dalam lif ketika itu.

Persoalan yang timbul ialah, di manakah salahnya? atau soalan yang lebih tepat lagi, mengapa si ibu yang fitrahnya penuh kelembutan boleh bertindak sedemikian?

Kerana hakikatnya,

Mana ada perempuan macam ini sebelum kahwin. Perempuan ini lemah lembut, tetapi mungkin kerana tekanan hidupnya, membuatkan dia berubah menjadi seorang yang panas baran.

Mana ada perempan macam ini sebelum kahwin. Perempuan ini penuh dengan kasih sayang, tetapi mungkin ada faktor lain yang membuatkan kasih sayangnya menjadi kering kontang.

Mana ada perempuan macam ini sebelum kahwin. Perempuan ini sentiasa cermat dalam tindakannya. Mungkin kerena terlalu banyak yang perlu difikir dan diuruskannya sendirian telah mengubah tertibnya.

Mana ada perempuan macam ini sebelum kahwin. Perempuan ini sifatnya memang pemalu dan lemah lembut. Tetapi mungkin kerana sering tidak mendapat penghormatan dan penghargaan sewajarnya membuatkan dia penat dan terlalu kecewa.

Maka menjadi tanggungjawab kita sebagai suami untuk memastikan isteri yang kita kahwini BAHAGIA hidup bersama kita.

Kesimpulan yang ringkas tetapi besar pengertiannya.

p/s : Lihatlah isteri kita dengan penuh kecintaan dan berusahalah untuk mengekalkan segala yang baik tentang fitrah kewanitaannya.

#najminawawi

No comments: