ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, October 25, 2019

Akhirnya baru tahu nilai isteri lepas Allah beri penyakit.. Setiap pentakit bukan musibah tetapi mengandungi hikmah

HIV bukan bukan pengakhiran. 

Ada sorang kenalan. Kami pernah jumpa dalam beberapa program. Terakhir jumpa beliau 2014. 2 bulan lepas beliau datang jumpa saya di pejabat. Nampak benar beliau tidak sihat. Katanya ada kencing manis. 

Dulu orangnya ‘berisi’,dalam pertemuan itu agak kurus. Saya kongsi beberapa tips untuk kencing manis. Namun agak pelik apabila beliau tanya soalan tentang HIV. Kata beliau,kawan suruh tanya. Saya cerita sikit sebanyak tentang HIV. 

Malam tu beliau nak sangat jumpa saya. nak jemput saya dirumah. Saya akur. Kami keluar menuju ke kedai makan. Dalam perjalan tu beliau berhenti ditepi jalan dan  menangis. 

“Matt,aku positif HIV,aku banyak dosa,ini hukuman buat aku kerana terlalu seronok dengan maksiat,dengan perempuan”. Sambil  menghulurkan segala laporan dan ubatan dari hospital. 

Saya terkedu hanya mampu menyebut 
“Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un”. Berderau darah,rasa nak gugur jantung. Jika orang lain mungkin biasa dengar,tapi ini kenalan sendiri. 

Saya baca setiap helaian laporan dari hospital. Memang sah beliau HIV positive. Saya mula beri semangat demi semangat. HIV bukan hukuman mati,bukan pula satu penghinaan buat kau sahabat. Teruskan ubatan yang Doktor bekalkan. 

Saya fahamkan sedikit mengenai HAART,apa itu viral load,apa itu CD4 supaya dia faham terma terma ini. 

Namun tetap bertanya. Allah ampun ke dosa aku? banyak dosa aku mat,puluhan wanita aku bersama,tak kira siapa hatta isteri orang sekali pun. Sebab itulah Allah bagi aku hukuman paling berat sekali. Saya kata Cukup! Allah dah tutup aib kau,jangan dedahkan lagi,Allah tak suka! Beliau diam. 

Saya teruskan bicara. Allah ni baik. luas pengampunannya. Hatta kau bunuh 100 orang  sekali pun tetap Allah ampunkan. Selalu kita menadah tangan mohon bertaubat,selagi itulah Allah menyambut baik taubat kita. 

Saya bacakan surah az-zumar 53-54. Allah pujuk kita dengan panggilan yang baik,yakni panggilan wahai hambaku...supaya kita bertaubat,jangan berputus asa dari rahmat dan pengampunan Allah. 

Selesai makan. Saya ajak beliau pergi masjid. Sama sama solat taubat. Dalam solat tu menangis je beliau. Kami duduk dalam masjid hingga jam 3 pagi. 

“Dah lama aku tak solat matt. Lapang dada bila solat,terima kasih Allah beri penyakit ni,jika tidak sampai bila bila aku hidup dalam maksiat”. 

Sekarang boleh dikatakan setiap hari jumpa beliau,Nampak mula redha pada wajah beliau. Solat jemaah,majlis ilmu sentiasa hadir. 

Syukur katanya anak isteri bacaan negatif. Isteri pun dah maafkan aku matt. Aku redha jika isteri nak berpisah. Tapi sekarang isteri segalanya untuk aku. Rumah rumah,segala aset semuanya aku dah tukarkan kepada nama isteri. Aku takda apa apa pun takpa matt,janji aku ada keluarga. 

Allah. Sebak saya dengan tindakan beliau. 

Begitulah. Allah datangkan setiap ujian sebagai peringatan buat kita,tanda Allah sayang nak kita kembali kepadanya. HIV bukan pengakhiran buat mereka dan HIV bukan tiket untuk kita hina,cerca dan pinggirkan mereka. 

Allah Maha Baik. 

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

1 comment:

eynda said...

Tak tahu nak komen apa... selalunya macam ni la.. dah jadi sesuatu baru nak insaf.... pengajaran utk semua...tapi betul pintu taubat sentiasa terbuka selagi kita bernyawa...