ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, October 19, 2019

firaun szpanjang zaman

FIR'AUN SEPANJANG ZAMAN

Bagaimanakah agaknya keadaan Fir'aun ketika di zaman Nabi Musa a.s? Bagaimanakah rakyat Mesir boleh menerima pemerintahannya yang disertai dengan kezaliman, kesyirikan Thogut dan amalan sihir yang dikuku-besikan oleh satu sistem kerajaan yang fasik lagi besar pendurhakaannya kepada Allahu SWT?

Maha Bijaksana Allah yang mengekalkan sebutan bagi gelaran Fir'aun di dalam Al-Quran yang membawa maksud Ketua Pemerintah yang Zalim bagi sebuah kerajaan, maka gelaran tersebut terpakai sehingga ke akhirzaman bagi direnungi oleh umat Islam khasnya dan manusia umumnya.

KERAJAAN FIR'AUN

Kerajaan mirip Fir'aun pasti akan lahir apabila Cahaya Islam dihijab dari menerangi dunia ini. Apabila cahaya Islam (Nur) terhijab (buat seketika), ia pasti akan diambil alih oleh kegelapan (zulumat). Kegelapan adalah dunia kehidupan bagi Iblis dan pengikutnya. Iblis membawa pelbagai kegelapan dalam kehidupan manusia dan jin. Kerana itulah di dalam ayat berikut Allah nyatakan dengan sejelas²nya perbezaan di antara orang² beriman dan orang² yang kufur.

Surah Al-Baqarah, ayat 257:

اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

TANDA² KERAJAAN FIR'AUN

Banyak firman Allah yang memerintahkan manusia agar memerhatikan tanda². Ini kerana setiap peristiwa yang berlaku pasti didahului oleh tanda² yang datang sebelum satu² peristiwa tersebut. Dengan yang demikian, manusia terutamanya orang² yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat dapat menghisab dirinya, apakah mereka sedang meniti Jalan Allah ataukah mereka pada pembawaan hidup yang sedang meniti Jalan Iblis. Kerana Allah adalah Tuhan Yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana yang tidak akan mendatangkan azab sebelum mengirimkan RahmatNya iaitu Amaran.

TANDA² KERAJAAN FIR'AUN

Kerajaan Fir'aun mula mengembangkan sayapnya setelah kekalahan Khilafah Islam. Sifat dan sikap kerajaan Fir'aun dikembalikan di fasa akhirzaman kerana kewujudan kaum Bani Israel yang kekal sehingga ke era kemunculan Dajjal. Bani Israel sebenarnya adalah kaum yang telah dilaknat oleh Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s sendiri yang bersebab dari keingkaran mereka yang menyamai keingkaran Iblis la'anatullah 'alaih.

[1] Berleluasanya pembinaan bangunan² pencakar langit

Jika di era Nabi Musa a.s,  Fir'aun telah memerintahkan Hamaan supaya dibuatkan untuknya satu bangunan² tinggi supaya dia boleh sampai kepada Tuhan Musa a.s untuk dia melihat Tuhan Musa a.s dengan niat membunuh Allah.

Surah Al-Qasas, ayat 38:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَل لِّي صَرْحًا لَّعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَىٰ إِلَٰهِ مُوسَىٰ وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

Dan Firaun pula berkata: "Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta".[][][]

Di fasa akhirzaman, para Fir'aun akhirzaman membina bangunan² tinggi untuk membunuh aqidah tauhid, agar manusia lebih mengkagumi ciptaan manusia berbanding ciptaan Yang Maha Pencipta, yang dengan demikian itu manusia akan melupakan الخالق (Al-Kholiq) sebagai Tuhan yang menciptakan segala sesuatu. Lihatlah sahaja bagaimana kerajaan² Fir'aun hari ini berlumba² membina bangunan² tinggi di negara masing². Tanda² ini termasuklah di sekitar Baitullah bagi menghijab makna asal seruan Nabi Ibrahim a.s agar manusia datang ke Mekah untuk menunaikan Haji dan/atau Umrah. Bukan sedikit orang yang tercalar ibadahnya akibat mengkagumi reka bentuk bangunan² yang sengaja dibina dengan cara yang begitu hebat. Sehinggalah akhirnya nanti kelambu Ka'abah itu akan dihiasi dengan monitor² L.E.D kononnya bagi memudahkan talbiyah dan lain² doa yang sepatutnya dihafal terlebih dahulu sebelum melakukan ibadah tawaf. 

Kerana itulah di dalam sebuah hadith diceritakan bahawa kerajaan pertama yang akan diperangi oleh Khalifah Al-Mahdi adalah Arab Saudi atau Tanah Hijjaz. Ianya adalah tanda² kufurnya kerajaan Arab Saudi yang mewarisi tanda² kerajaan Fir'aun.

[2] Fir'aun dahulu membunuh anak² lelaki dan memperhambakan wanita

Di akhirzaman ianya masih berlaku malah semakin diperkuatkan, dimana pembunuhan aqidah dikalangan kaum lelaki² adalah dengan mempromosikan kaum wanita. Kini pelbagai urusan telah dikuasai oleh kaum wanita hatta urusan mencari nafkah keluarga sekalipun. Isu hak samarata sudah menjadi dominan. Dengan berlakunya hal yang sedemikian, Sakinah dalam kehidupan berkeluarga akhirnya hilang bersama hilangnya barokah yang dahulunya menjadi asas kepada pewujudan sebuah keluarga Islam yang digelar keluarga sakinah, mawaddah warahmah. Kerana itulah di negara ini dan kebanyakan negara² Islam yang lain, keluarga Islam didapati semakin mundur bukan sahaja dari segi ekonominya bahkan imannya juga justru itulah kaum Muslimin sangat mudah ditakluk oleh musuh² agama.

[3] Fir'aun mempunyai ahli-ahli sihir yang dikagumi kerana upaya mereka melakukan hal² di luar kebiasaan

Di era Fir'aun akhirzaman, selain dari sihir tradisional, sihir yang menyertai Kemodenan dan Teknologi terus dikembangkan. Jika dahulu, ilmu sihir tradisional digunakan untuk memisahkan seorang suami dari isterinya, Di era Fir'aun akhirzaman, cukuplah sebuah smartphone dan akaun media sosial menjadi penyihir yang mampu memisahkan suami dari isterinya, bahkan pelbagai gejala negatif yang lain berhasil dijana melalui sihir moden ini. Pasti ada orang yang akan menyanggah keterangan ini, tidak mengapa, cuma lihatlah realiti hari ini, bagaimana kemodenan telah begitu banyak melalaikan manusia dari jalan tuhannya. Lihatlah juga bagaimana acara makan sekeluarga atau dengan sahabat handai menjadi hambar apabila setiap orang sibuk melayan smartphone masing². Berapa ramai pula yang mampu bertahan apabila kehabisan kredit smartphonenya untuk sehari penuh? Melainkan dia sudah benar² kehabisan modal.

[4] Di era Fir'aun lahirnya Qorun yang angkuh kerana memiliki harta dunia

Di era Fir'aun akhirzaman, qorun² sengaja diwujudkan bagi memanipulasi ekonomi seterusnya dijadikan idola-idola agar manusia berlumba² mengejar kekayaan dunia sekalipun dengan cara yang zalim dan menindas. Lalu menghilangkan prinsip keimanan disamping gagal menghayati bahawa Allah adalah sebaik² Pemberi Rezeki dengan sifatNya sebagai الرزاق, (Ar-Razzaq). Justru dengan menjadi Qorun, seseorang itu akan merasa menjadi Tuhan yang mampu meletakkan manusia lain di bawah telunjuknya. Kerana itulah, pada hari ini, orang kaya dan mewah duniawinya akan dipuji dan dihormati sekalipun mereka itu adalah kaum musyrik atau dari kalangan pendusta agama.

Demikianlah antara tanda² akhirzaman yang terbentang di depan mata. Barangsiapa yang mengambil iktibar maka dialah yang akan berjaya mengharungi fitnah akhirzaman dan menyelamatkan diri dari ideolologi Dajjal. Jika sebelum kedatangan Dajjal, dia sudahpun tumbang bagaimana mungkin dia mampu berdiri di dalam saf² Taifah Al-Mansyuroh tatkala semboyan Al-Malhamah ditiupkan kelak? 

#akalberagama

"Tepuk dada persoalkan Iman, nafsu-nafsi".

No comments: