ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, November 5, 2019

bila fikir anak perempuan sendiri terus rasa nak taubat nasuhakan?

Waktu mula-mula berkerja dahulu, saya selalu sebut kepada pelajar saya.

"Cuba kamu tengok kawan sebelah. Andai satu hari nanti kamu ada anak, mahukah jika kawan sebelah itu menjadi cikgu dan mengajar anak-anak kamu?"

Masing-masing menggeleng.

"Tak ingin saya cikgu. Rosak anak saya nanti."

Bersipongang tawa ke segenap penjuru kelas.

"Jika, tak mahu, maksudnya pasti ada sikap kita yang menjengkelkan rakan-rakan yang lain. Betul tak?"

Masing-masing mengangguk.

"Jadi apa yang perlu kita buat?"

Ada satu suara kecil yang menyebut, "berubah."

Saya melemparkan senyuman semanis gula buat pelajar itu.

Bila dewasa ini, lain pula ceritanya.

Ayah-ayah sekalian.

Cuba pejamkan mata dan bayangkan anak-anak perempuan kalian. Jika masih belum ada, fikirkan andai satu hari nanti kalian dikurniakan seorang anak perempuan.

Apakah kita suka dan bahagia, andai anak kita berkasih-kasihan dengan lelaki seperti kita?

Jika tidak, usahalah untuk berubah. Jadilah seperti lelaki yang kita senang untuk mendampingi anak-anak kita.

Ada yang fikir, life begin at 40. Kenapa 40?

Sedarkah kita, Allah telah menyebut tentang usia 40 tahun secara jelas dalam Al-Quran?

Dalam surah Al-Ahqaf ayat 15, Allah berfirman maksudnya, “Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, dia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” 

Nah. Usia 40 telah disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia telah mencapai kemuncak hidupnya. Sama ada dari segi fizikal, emosi dan spiritual.

Jika kita berada dalam zon ini, fikirkan tentang apa yang perlu kita lakukan.

Andai kita sendiri tidak suka anak perempuan kita berhubungan dengan lelaki bersikap seperti kita, fikirkan juga apa perasaan isteri yang selama ini menjadi tulang belakang kepada hidup rumah tangga kita.

Andai dijentik hati untuk berubah, berusalah ke arah itu. InsyaAllah masih ada masa.

#BikinPanasLayanCKMembebel2

No comments: