ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, February 22, 2021

KEAJAIBAN SEDEKAH


 Cubalah buat

Betul semua dlm attachment tue..

Cuba usaha buat:
Sedekah bulanan
Sedekah setiap hari jumat
Sedekah harian

Tak dapat jadi mcm Pusat Zakat / Ebit Lew.
Buatlah yg mampu.
Allah Maha Mengetahui.

Rahmat dari Allah
-anak sihat
-rumahtangga aman. Insya Allah.
-hutang makin berkurang dgn mcm2 cara yg tak terduga
-eh bertambah pulak harta/rezeki. Tak miskin pun. Makin keluar ada je yg masuk balik berkali ganda.
-jiwa yg tenang.. Semoga kitalah yg disebut "wahai jiwa2 yang tenang..."

Terima kasih pd mak yg selalu ingatkan tentang sedekah sejak saya mula2 masuk kerja. Tiap2 bulan mak akan cakap "angah nak sedekah tak kat si polan.. Si polan.. Anak dia sakit.. Dia nak g umrah.. Rumah dia terbakar bla bla.." mcm2 alasan mak nak tarik keluar duit Sy utk sedekah pd org😂

Terima kasih pd doktor Zubaidi Ahmad yg nasihatkan saya supaya sedekah kan atas nama khairy yg masa tue tak sihat kerana sakit jantung. Alhamdulillah khairy kini stabil tanpa sebarang operation. Berjaya "skip" operation walaupun bilik dah book. 😊

Sedekah nie boleh dipupuk.
Sikit demi sedikit.
Lama2 anda pun tak sangka yg ada boleh keluarkan wang dari poket anda begitu saja utk org yg tak ada sebarang ikatan darah pun dengan anda.
Lama2 anda lg sanggup sedekah dari keluar shopping.
Lama2 anda akan allocate tiap2 bulan satu amont special utk sedekah. Dan amonut itu bertambah2 mengikut permintaan semasa.

Ada org yg takut bersedekah kerana katanya tidak ikhlas sepenuhnya ..
Dlm dunia nie banyak perkara bermula dgn tidak ikhlas.
Ikhlas ke solat masa kecik2 dulu?
Kan ke mak yg paksa?
Ikhlas ke pakai tudung?
Kan mak yg bebel?
Ikhlas ke puasa masa kecik2 dulu?
Ke malu kat kawan2 yg posa?

Begitu juga dgn sedekah..
Sy pegang Kata2 ustazah asma Harun dlm salah satu ceramah beliau..
Potong rasa tidak ikhlas atau riak itu dengan istighfar.. Istighfar banyak2.. Tapi teruskan juga amal ibadat..

Sedekah lah sampai satu masa tak rasa apa2 pun.
Sedekah lah sampai satu masa ia jadi keseronokan.
Sedekah lah sampai satu masa ia jadi habit.
Sedekah lah sampai liang lahad.

Harta tak bawak mati.
Sedekah yg tak diterima adalah bila ajal dah sampai ke kerongkong.
Sia2 dah semua harta masa tue.

Ustaz Dato Shamsuri Hj Ahmad dlm satu kuliahnya ada share " sedekah yg paling bagus adalah ketika masih muda dah hati Masih ada rasa nafsu pd harta dunia dan keseronokan. Tapi kita mampu melawan nafsu itu dan keluarkan utk sedekah. Itulah sebaik2 sedekah"

Update : baru je sebut Ustaz Dato Samsuri dah keluar kat wall saya ceramah sedekah beliau. Beliau share Nabi Muhammad bersabda "sedekah yang bagus adalah ketika badan masih sihat, ketika masih berangan2 utk kaya dan ketika takut jatuh miskin. Kalau kita masih dlm 3 kategori ini tetapi masih juga bersedekah.. Itu adalah paling afdal. Sedekah masa sakit, masa dah nak mati.. Tidaklah sebaik seperti 3 kategori tadi..

No comments: