ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, June 23, 2021

KENAPA SAYA SUKA TANAM SAYUR?

 



anak magic saya, Adlan Khairy.
Kerana dia saya mula menanam sayur-sayur



Susah ke tanam pokok?
Insya allah tak..
Baca bismillah.. Baca doa tanam pokok..
Di comment sy letak do a atanam pokok. Kalau tak ingat/hafal doa tue.. Baca bismillah selawat.. Doa Allah hidupkan.. Kita cuma tabur yg menghidupkan tetap Allah ye😎
Sy tabur benih. Alhamdulillah hidup.
Sy cucuk je sayur2 yg sy beli di pasar cth akar bayam, akar kangkung , cucuk je daun ulam raja.. Insya allah hidup..
Selalunya hari Sabtu & Ahad saya akan menyemai benih, gembur tanah, alih anak pokok kalau rajin🤣
Hari isnin-jumaat saya siram air je..
Petang2 saya masak nasi atau cuci ikan saya siram basuhan air dan air cucian ikan..




Ada org cakap "beli jelah sayur. Murah je sayur"
Jawapan saya kenapa sy tanam sayur:
1. Bila2 masa saya boleh petik.
Selagi tak nak guna biar je. Kekal fresh. Cuma perhatikan kalau dah nak layu masak le..
2. Bebas racun.
Kalau beli kedai yg murah confirm guna racun kimia. Tak guna racun confirm mahal sebab penjagaan tanpa racun utk tujuan komercial
adalah rumit.
3. Jimat masa
Setakat beli basic ingredient utk masakan amik je depan rumah dlm pasu. Cth daun kunyit dan daun kari.
4. Jimat RM
Setakat kunyit, daun kunyit, daun pudina, daun pisang 😂, bayam brazil, bayam biasa, kangkung, sawi, daun kari semua sy petik je depan rumah.
5. Practice make perfect
Kalau tanam sayur dlm pasu pun tak pernah jangan berangan nak urus tanah seluas mata memandang.
6. Kesihatan
Menanam salah satu terapi. Duduk pulak di bawah cahaya duha.. Anda akan dpt vitamin D free utk melawan penyakit. Zaman sekarang melawan penyakit kobid.


Terima kasih utk husbd yang sudi layan kerenah wifeynya
Tq sudi buatkan rak sayur






Biji benih yg ats nie saya beli dari Tanamsendiri.com   







No comments: