ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, June 18, 2021

THERMOMIX (TM6) : PERLU KE BELI THERMOMIX (TM6)

 


TM6 ni sesuai kalau

1. Keluarga kecil - TM muat untuk 4-6 orang makan. Tapi kalau nak jamu orang lebih dari 6 orang... apa susah masak jela 2x. Masak rendang dalam 30-40mins saja dengan TM6. Dapur pon tak berminyak waktu merendang.
2. Kalau suka explore receipe - kalau jenis yang enjoy masak. Suka try berbagai receipe, TM6 sangat sesuai untuk anda. Tapi kalau resepi sambal pon tak pernah nak masak, tak perlu la beli TM6.
3. Kalau suka baking/meroti - ada bermacam receipe roti. Saya pon naik confuse nak cuba mana satu. Tapi setakat dalam sebulan pakai TM6 saya dah buat lemon cake, double choc cookies seasalt, choux puff, banana choc cake, carrot cake dan bermacam lagi. Memang memudahkan kerja sebab saya tak perlu keluar penimbang, mixer, sieve sebab semua masuk je dalam bowl. Tak perlu guna banyak equipment. Cuma nak bakar masih perlukan oven. Kalau anda tak pernah baking, selama ni order kek..Hatta nak buat kek pakai ready mix kek pon tak pernah... Saya tak sarankan beli TM6.
4. Kalau suka minum teh tarik, air sedap-sedap - Gunalah TM6. Tak perlu keluar dah untuk cari air sedap. Tapi untuk latte saya masih gunakan mesin kopi saya. sebab nak frothing milk sendiri di mesin kopi beri kepuasan pada saya. Kalau anda orang yang cukup hanya minum air kosong, teh O saja. Tak perlu beli TM6.
5. Suka homemade ingredient - Dengan TM6 anda boleh buat tepung beras, susu sejat, susu pekat manis (boleh adjust kemanisan sendiri) , butter, pes kari, pes chicken tandori, chicken stock, vegetable stock dan yogurt. Banyak lagi lah.
6. Malas nak kemas dapur - saya jenis setiap kali lepas masak, akan mop dapur/lap dapur. Jujur saya tak suka menggoreng sebab lepas masak mesti saya terpaksa mop dapur. Kakak dan kawan saya tahu perangai saya yang satu ni. Jadi bila guna TM6 saya dah kurang aktiviti mop lantai, nak buat sambal belacan pon dah tak sepah. Masak sambal dah tak kotor dinding. Nak masak pakai baju warna putih waktu masak pon tak ada hallah.
Another notes, TM6 tak boleh goreng ayam/ikan tapi... boleh goreng ikan bilis, kacang, & udang. Kalau anda hari2 wajib masak goreng ayam maybe TM6 tak sesuai untuk anda. Tapi kalau anda ada airfryer lebih mudah. TM6 buat kuah, goreng guna airfryer. Yang penting TM6 ada fuction preclean. So saya tak perlu menyental dah.
Jujur saya baru guna TM6 selama 1 bulan setengah. Tapi setakat ni saya rasa berbaloi untuk kami sekeluarga. Sebab saya dapat makan dessert anytime saya nak. Saya memang suka makan dessert, sebelum PKP hampir setiap minggu saya suka cafe hopping cari dessert. Jadi bila PKP ni saya boleh buat sendiri sambil gaduh dengan anak.
Saya pon ada masalah masalah sakit pergelangan tangan & bahu yang agak kronik. Tak tahu sebab apa tapi suami memang hampir setiap hari kena urut. Saya pon pernah jumpa Dr pakar, buat physio dan makan ubat. Tapi lepas pakai TM6 saya dah kurang sakit. Mungkin sebelum ni saya kena cuci banyak periuk & mop hampir setiap kali masak. Saya pon ada juga robot vaccuum tapi minyak2 tak mampu dihilangkan oleh robot. Jadi skrg alhamdulillah sakit tu berkurangan. Jangan ingat suami tak bantu ye.. Alhamdulillah suami jenis ringan tulang especially bab anak.
Kalau ada yang tanya, saya masih beli ke di kedai. Of course beli juga macam roti john, takoyaki. Street food masih saya beli. Kenalah support juga peniaga. Nak buat croissant masih belum rajin so saya beli di kedai/mall.
Cuma untuk orang yang sangat jarang masak, ada maid yang sediakan makan minum atau anda lebih suka beli.. TM6 mungkin tidak sesuai untuk anda. Tapi kalau anda rasa nak beli pon tak ada masalah sebab duit sendiri. Sebelum beli buat timbang tara, jangan lepas tu jadi tukun.
Review ni ikhlas. Kalau ada yang tak setuju dengan point saya, pon saya terima. Kalau ada yang kata saya isteri mengada-mengada, suka membazir. Suami saya beri permission untuk beli, so kita pon on jela. Saya pon bukannya tak ada income. Pada saya, hak masing-masing nak beli apa pon asalkan tak meminta pada orang.
Harga TM6 ni sebenarnya hampir sama je dengan mesin penapis air yang kita bayar setiap bulan tu. Cuma kegunaan dia lebih di dapur. Penapis air pula beri kita sumber air yang lebih bersih.
Point penting: Beli TM6 hanya & jika anda akan guna. Tapi kalau tak ke dapur, tak suka masak, better beli emas.
Secara jujur saya bukan jenis jual semua benda. Tapi kalau benda ada beri perubahan pada saya dan keluarga baru saya recommend.
Nak tahu lebih lanjut mengenai Thermomix boleh DM saya. Inshaallah saya bagi jawapan telus dan jujur.




No comments: