ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, August 5, 2021

GULA KELAPA ORGANIK , KICAP KELAPA ORGANIK



Sejak dua menjak nie saya dah mula jaga pemakanan. 

Makanan-makanan sihat nie agak costly

tetapi pada saya kesihatan itu mahal harganya.

Pendapat saya.. 

Untuk permulaan kita kena jaga bahan-bahan asas dalam masakan iaitu garam dan gula.

Garam sekarang pun dah macam2 campurankan?

Alhamdulilah saya dapat stok garam tanpa campuran.

Tapi dlm entry nie saya nak share tentang gula sihat. Kalau kita baca dimana-mana pun ramai yang suggest elakkan gula putih. Gula putih nie dipendekkan cerita pembunuh senyap sebab punca banyak penyakit. So saya pilih gula kelapa organik

Mula2 rasa semacam jugak.lama2 alhamdulila dah biasa.. Saya beli dari Pn Farahuq Noreen @ wasup  https://wa.me/c/601156896377

Saya beli gula kelapa organik serbuk dan gula organik bongkah . Tah kenapa beli yang nongkah..haha..bukan rajin buat kuih pun..haha..cuma kalu buat rendang saya suka masukkan gula bongkah ...

Ini antara khasiat dan kebaikan gula kelapa

1.  Gula kelapa tinggi zat besi sekaligus mengurangkan dan mencegah anemia. 

2.  Tidak seperti gula terproses,  gula kelapa tidak menyebabkan keradangan,  malah ia boleh mengatasi masalah kulit seperti jerawat. 

3.  Gula kelapa juga dikatakan boleh membantu membersihkan darah sekaligus racun yang terdapat di dalam tubuh. 

4. Selain membersihkan  darah,  gula kelapa dipercayai bagus dalam mengatasi masalah pencernaan. 

5. Jika anda menghadapi masalah dari awan anda hanya perlu membancuh sedikit jus kunyit,  sedikit asam jawa dan tambahan gula melaka.  Gula merah membantu menyejukkan suhu tubuh. 

6. Ketika anda mengalami batuk berkahak.  Berhenti menikmati gula terproses dan tukarkan kepada gula kelapa.  Gula kelapa membantu melancarkan kahak dan mendinginkan tubuh. 

7.  Gula kelapa memiliki sifat anti alahan,  untuk anda yang menghadapi masalah asma atau  eczema serta alergi,  ganti gula anda dengan gula kelapa. 

8. Gula kelapa adalah gula paling sesuai ditambah ke dalam minuman seperti jamu atau herba lain sebagai penyedap rasa.

9. Gula paling selamat dengan kandungan Glysemik indeks yang rendah. 

Kini terdapat ramai penjual yang mula mempopularkan gula kelapa ini. 

Ini stok-stok gula organik yang saya beli. Saya akan stockup selalu sebab saya beri pada mak juga. Mak saya ada kencing manis so saya akan prepare bahan2 sihat untuk mak. Buat masa nie saya sediakan mak gula garam organik, bawang lanang dari thailand, sos tiram organic dari thailand (halal ye) dan makanan sunnah zaiton utk mak.



Ini rupa gula bongkah. Dibalut dengan kemas siap sealer.



Kalau yang nak beli kicap kelapa organik pun ada. Saya ada beli. 
Saya suka masukkan dalam masakan.
Masa goreng mehun.

Nampakkan semua label tue?
Memang sihat sungguh kicap nie


Model kicap kelapa organik Adam Ziqri 






Mcm-macam produk yang ada lagi..
Yang saya dah pernah rasa biskut. 
Dua-dua jenis biskut nie saya dah rasa.
saya ingatkan mesti tak manis biskutnya.. 
Masih ada manisnya. Sedapppp
Takdelah rasa mcm makan biskut kosong.












Sy pesan dgn anak2..
Besar nanti usaha cari sumber2 sihat.
Kalau tak mampu kena kawal pemakanan.
jgn asik makan fast food.
Jgn asik makan kedai.
Masak sendiri yg
terbaik
Sebab dikedai biasanya mesti letak perasa nak bagi sedap. Bahaya utk badan.
Kalau masak sendiri kita yg tentukan bahan dan apa yg dimasukan dlm makanan.
Mama nie sebab tak blh control sgt pemakanan korang. Kat sekolah tue..
Korang pun kdg2 makan juga fast food.
Nature zaman sekarang.. Nak tolak semua fastfood tak mampu. Jadi jgn kerap sgt.

Jadi sy akan carik bhn2 masakan sihat utk masak laukpauk sekeluarga.
garam sihat, gula sihat, ayam tanpa suntikan, sumber laut tanpa formalin, bawang merah dari Australia, bawang solo putih thai, , sos2 kicap yg sihat (no color, artificial, msg added)
Tak lupa makanan sunnah dan supplement2 yg baik2 dan sihat juga.
Tak boleh buat semua. Jangan tinggal semua.
Kita jaga badan kita yg Allah amanahkan sebaik mungkin.






No comments: