ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, July 20, 2022

customer pertama di shoppe

CUSTOMER SHOPPE PERTAMA

Serius saya takut nak niaga kat shoppe bila baca review kawan2 niaga.
Tapi dlm takut nak niaga kat shoppe tue sy boleh pulak upah orang tolong setting produk2 saya di shoppe. 😆

Saya dok mengomel kat husbd..
Takutlah baca cerita member niaga.
Takut rugi sebab shoppe amik caj banyak nanti.
Takut parcel hilang, sampai lambat nanti kena maki dengan customer.
Takut parcel hilang barang rosak seller yg kena cover.

Dalam takut tue..
Shoppe saya dah publish.
Saya diam2 je lagi .. tak promote hatta pd customer yg rajin membeli melalui link wasup .
Suami bagi semangat yang semua benda kenalah take risk.
Saya pun bagi semangat pd siri sendiri jugak " ehh  resign gaji ribu-riban hilang boleh relek pulak..ini nak cover produk shoppe rosak tak sampai 100rengget per item takut melebih2 pulak ye"
🤣🤣🤣

Dalam saya senyap2 tak promo akaun shoppe tue..
Allah hadirkan pulak customer yang entah dari mana..
Ehhh berani dia beli dari shoppe yg langsung takde rate dan langsung takde customer..

Dapat je order customer pertama.
Saya pulak susah hati..
Susah hati mcm benda kat atas tue..
Barang lambat..barang rosak..barang hilang..

Alhamdulillah
Parcel delivered  kepada customer dua hari selepas sy letak barang di dropoff point.
Customer accept selepas dua hari.

Lega..
Pengalaman customer pertama saya di shoppe telah menghilangkan ketakutan saya🤣
Alhamdulillah saya dah dapat customer ke dua pulak tau.
Saya nak promo shoppe saya pada customer wassup saya lah 🤣

Btw nie link shoppe saya https://shope.ee/1pyAm2jc0m
Jemput beli dan follow tau.
Semua yg beli di shoppe saya akan dapat free gift.

Alhamdulillah proses dari belian, shipping dan complate hanya 5 hari. Yang penting percel sampai pd customer dua hari sahaja dari tempoh saya dropoff parcel.


Jemput follow shoppe saya di link https://shope.ee/1pyAm2jc0m


Thursday, July 14, 2022

MUDAHKAH BERHIJRAH?

MUDAHKAH HIJRAH?

Saya lahir KL. Besar di Selangor.
Suami lahir dan besar kl. 
IC kami anak beranak  semuanya 14 (KL)
Kami kerja di bangsar. 
Tinggal di Selangor kerana suami dari mula kawin dah bagitau dia tak suka anak2nya sekolah di KL.
Katanya dia dari kecil dibesarkan di KL dan lebih suka anak2nya duduk dibesarkan di kawasan yang lebih "aman".
Asbab dunia tipu-tipu..
Kami resign meninggalkan berbelas2 K gaji kami. 

Kami jual dua rumah kami. 
Tutup semua loan riba dan hijrah ke kawasan yg jauh beza dari tempat kelahiran dan kerja kami 

Hijrah itu tak mudah tuan-tuan.
Tak semudah disebut di mulut. 
Lebih2 lagi kalau kita berhijrah dengan anak2 sekali.  
Kalau hijrah suami isteri saja okey lagi..

Bila bawak satu family.lagi2 yang biasa selesa semuanya..semua itu perlu diambil kira.
Perasaan anak2.mental emosi anak2 sila amik kira.jgn ikut rasa kita sahaja.

Dan bila ingin hijrah itu perlulah atas persetujuan bersama. Jgn memaksa pasangan anda yg tidak mahu. Nanti berlaku konflik rumahtangga. Dapatkan restu ibubapa. 
Di pihak saya, ibu saya menyokong penuh hijrah ini.
Di pihak suami, suami selesaikanlah dgn ibunya.
Hijrah ini suami yang tekad ingin melaksanakannya dan sy sebagai isteri menyokong kerana ia banyak memberi kebaikan pd masa depan agama kami dan anak2.
Juga setelah mempertimbangkan faktor2 yang memaksa keputusan hijrah ini direalisasikan segera.

Alhamdulillah hijrah kami dipermudahkan kerana "hijrah tempat" kami mungkin berlaku tahun ini tetapi "hijrah gaya hidup" kami telah lama kami buat.

Saya telah berusaha meninggalkan& menyelesaikan riba bertahun2.. 
Suami pula tidak dibenarkan menambah riba.

Kami telah didik anak2 kami hadir kuliah sejak anak bongsu masih bayi siap bawak alas tido baby. 
Anak bongsu tue dah 6 tahun sekarang.  
Tapi jgn salah faham ye walau dah lama hadir kuliah kami tetap tak pandai lagi.
Banyak kena belajar 😓

Sekarang kami penuhi masa dengan hadir kuliah..bawa anak2.. 
Anak2 tak banyak cerita dan bantahan kerana dah dibiasakan sejak bertahun2 berada dalam kuliah. Malah hadir kuliah dan majlis ilmu adalah waktu yg sangat ditunggu anak2.

Anak2 walau makayah gaji berbelas2 K tak dibiasakan dgn branded item.
Bukan kaki ronda shoping complex.bukan kaki wayang.
Boleh makan mana saja hatta tepi pokok tepi parit.mudah dihiburkan walau di diy, nisson,kedai rm2.

Bab shoping complex ini..suami selepas beberapa tahun berkahwin dan ada anak  tak berapa gemar ke shoping complex.
katanya dia dah puas di zaman muda sebab dibesarkan di taman melawati KL. 
Makin berusia makin susah nak jejak kaki ke shoping kecuali setahun sekali utk beli baju raya.jadi anak2 pun jarang meronda shoping complex. Sy yg kadang2 bawa anak2 ke shoping complex itu pun memilih masa dan komplex.
Suami juga di waktu cuti sangat tak suka masuk ke KL kecuali ke rumah ibunya di Taman Melawati. Katanya cukuplah 5 hari bekerja merempuh sesak jam.
Tetapi jika suami diajak ke sungai hutan sangatlah suami suka.
Asbab ini juga anak2 mudah sesuai duduk di kawasan kampung kerana cara bapanya begitu.

Apa yg kami buat sebelum hijrah  ini bukan sebab kami memang rancang nak keluar dari sistem tapi terjadi secara natural sejak saya dapat anak maslah jantung dan  pulang umrah 2015.

Kami juga dah berulang ke tempat hijrah berbulan2 sebenarnya sebelum confirm pindah terus ke sini utk sesuaikan diri dengan orang dan persekitaran.
Dan sebenarnya kami kerap berulang ke sini pada mulanya untuk hadir kuliah agama.

Alhamdulillah urusan hijrah tempat dipermudahkan..
Walau dipermudahkan tetaplah melibatkan kesan emosi yg bukan sedikit kerana kami meninggalkan segalanya yg kami ada selama dua puluh tahun.
Kami org bandar nak sesuai dgn cara hidup desa.tak mudah.
Tetap ia melibatkan emosi dan air mata yg bukan sedikit..
Tiap kali hati sebak saya akan ingat hijrah Rasullulah dan sahabat yang lebih perit..

Insya allah jika diberi "rasa" ingin berkongsi tentang hijrah ini..saya akan share lagi..

Saya share hari ini pun asbab saya dah share perkara ini di comment seorang doktor yang sy hormati 



Sunday, July 10, 2022

Boleh ke survive hidup dengan niaga online dan belajar agama?

Boleh ke survive meniaga supplemet makanan sunnah je?
Dahla korang tinggalkan gaji berbelas2 K.. then niaga supplement..belajar agama je..

Jawapan saya biasanya..

9 tahun yang lepas saya Ila Saleh dikurniakan anak sakit jantung. Saya cuti tanpa gaji tanpa pikir apa2 pun walau tahu di bahu saya ada hutang study, hutang kereta..
Tapi Allah tue Maha Baik ..
ALLAH yang mengaturkan saya meniaga supplement di Kokoadik Blogshop 
Dan kami survive sehingga habis cuti tanpa gaji
Dan paling tak sangka dengan niaga supplement tue saya boleh tunaikan nazar  umrah bawa anak saya yg  maslah jantung tue ke Mekah Madinah.
Sy bayar tambang saya dan anak juga deposit utk 5 org.
Almost 15K juga saya habiskan utk tunaikan nazar umrah dan tidak termasuk survive monthly expenses seperti saya kerja dulu.
10 tahun kerja tak pulak saya tunaikan umrah.
Eh meniaga dua tahun je sampai pulak sy tunaikan umrah..
Jadi saya kembali meniaga supplement..
Dulu saya niaga supplement saya survive..
Insya allah kali ini juga...

Belajar agama?
Dah 20 tahun saya kejar punch card. Kejar dunia..
Sejak umur 22 tahun saya kerja.
Sebelum tue sekolah matrix universiti pun belajar ilmu utk survive dunia.
Sekarang umur saya 42.
Rasullulah wafat umur 63.
Agak2la.. kalau saya mati awal atau sama umur mcm Rasullulah wafat..
Boleh ke saya jawab soalan2 kat kubur tue dengan keadaan 20 tahun saya kejar dunia?

Ini sayalah.. 
Orang lain mungkin mampu seimbang dua2nya..
Tapi saya nie tak mampu..
Saya nie lalai..leka.. tak reti manage masa dan mudah penat bila mcm2 urusan pejabat saya buat dari 9-5.. eh keluar rumah jam 7pagi  sampai rumah jam 7 mlm ye.. belum uruskan family lagi..
Sebab saya nie memang tak pandai manage masa..
Sy kejar dunia.. akhirat saya tertinggal sebab saya nie cepat penat..

Jadi cukuplah..
Kezaliman yg berlaku tue ada rahmat utk akhirat kami.
Itulah yg buat hati kami sejuk dan lebih reda.

Puas sudah 20 tahun  penat kerana dunia..
Yang berbaki nyawa nie biarlah penat kerana urusan akhirat pula..
Sekadar survive pun dah cukup..
Kalau lebih Allah beri kita terima dengan hati-hati..



Untuk order di wasup di link https://wa.me/c/601156896377

Untuk order di shoppe https://shope.ee/1pyAm2jc0m

Wednesday, July 6, 2022

Dunia Bukan Tempat Untuk Orang Baik...


Saya Ila Saleh dan suami bukanlah orang baik sangat.
Tapi disebabkan nak jadi org baik kami tinggalkan tempat dan orang-orang yang menghina, menindas dan mendiskriminasi yang  membuatkan kesabaran kami makin hilang..

Disebabkan nak jadi orang baik kami lebih sanggup menghadapi kesabaran dalam melalui hijrah daripada kesabaran melalui penghinaan dan diskriminasi.
Pilihan hijrah ini juga perlukan kesabaran yang tidak mampu dizahirkan dengan kata-kata melainkan hanya jiwa yg dalam saja mampu merasainya..

Kesabaran untuk menekan ego kami yg selama ini punya kerjaya yang stabil, punya gaji berbelas2 K, punya anak2 buah di pejabat yang boleh membantu buat tugasan dan tidak membantah memandangkan kami adalah supervisor mereka.

Kesabaran untuk menerima hakikat satu demi satu harta yang kami usahakan kami lepaskan satu persatu. Sebenarnya bukan harta kami ..hakikatnya ia harta bank. Mujorlah bab ini telah lama saya terima dan  pasak dlm hati sejak tahu apa itu riba.

Kesabaran untuk melihat anak2 yang selama ini mudah meminta dan mendapatkan apa yg mereka inginkan. Dan saya juga bersyukur di dalam perkara ini anak2 saya dari kecil bukanlah dididik dengan branded item. Mereka mudah dihiburkan hatta di Ninson, DIY, Shoppe, Kaison dll yang sederhana.

Kesabaran untuk belajar mengenal setiap insan-insan baru di sekeliling kami. Syukur alhamdulillah banyak orang baik yg kami temui disini.. kebanyakannya lebih banyak bicara tentang akhirat daripada urusan dunia. Akhirat didulukan dunia dikemudiankan. Bila tujuannya sama konfliknya berkurangan. Walaupun ada yg berbeza niat tetapi kebanyakan dari kami cepat menghidunya dan menjauhinya utk menjaga amal dan bicara masing2.

Kalau nak senaraikan segala kesabaran yg perlu dilalui utk penghijrahan ini ..
Sampai esok pun tak habis kerana kami meninggalkan 100% hidup kami yg dahulu.

Tiap kali solat ..
Hanya mampu ucapkan
"Ya Allah semoga ini jalan yang benar utk akhirat kami"

Tuesday, July 5, 2022

JALSAH ITHNAIN & AMIRUL ARIEF

JALSAH ITHNAIN 04/07/22

Alhamdulillah selesai kuliah hari ini
Seronok dapt ilmu lagi.

Paling seronok dapat jumpa anak kedua si Amirul Arief
Bahagia dengar Arief bagitau dia dah hafal satu surah.
Suruh dia baca.. Alhamdulillah..

Baru satu surah  pun mama dah bahagia.
Tak apa walau Arief lambat dari orang lain.
Asalkan sampai pada penamatnya juga satu hari nanti.
Kita bersaing dgn diri sendiri bukan orang lain.
Lebih2 utk Arief yg satu masa dulu memang ada masalah pembelajaran.
Mama dah redo walau dia tak sepantas org lain dlm banyak perkara.

Mama Ila Saleh  yakin keputusan mama keluarkan Arief dari sistem biasa sejak usia Arief sepuluh tahun bukanlah keputusan yang salah.
Duduk di Madrasah lama..baru 4 bulan Arief dah boleh membaca dengan lancar.
Sebelum ini sampai darjah 4 Arief tak boleh membaca. Sedih mama..
Arief lebih sesuai di jalan agama ..
Mengadap Quran setiap hari.. dan ayat-ayat Quran jadi shifa utk mata dan masalah pembelajaran Arief.
Alhamdulillah..

Semoga di madrasah baru ini ada pencapaian lain pula yg Arief dapat dalam ilmu agama ye.
Sampai mamapapa pun hijrah sekali utk teman anak2 belajar agama.
Allah dah atur cantik2 penghijrahan kita sekeluarga.
Kelihatannya mamapapa dizalimi kerana urusan dunia tetapi mama percaya ada sesuatu yg lebih hebat di depan sana menanti kehidupan baru kita sekeluarga.

Semoga Allah terus teguhkan hati kita di jalan agama  sampai nyawa kita putus dari badan.
Insya Allah.
Amin.

Esok kita sambung dengan kuliah yang lain pula.
Insya Allah.


TG SHEIKH ABU ZAKI 

Ustaz Akhyar

Ustaz Amirul Amin

Husbd bersama rakan jemaah yang hadir. Ini dalam page Abnaa Ul Jawi. .

tempat kami anak beranak menuntut ilmu akhirat.. alhamdulillah 

suamiku si tukang kayu, tukang cat dan segala jenis tukang haha

Dulu masa kami masih ada kerjaya..
Saya Ila Saleh  selalu bising-bising dengan hobby suami yg suka bertukang mengecat membaiki leterik etc etc..

Saya selalu cakap bila suami nak betulkan wayar leterik atau plag rosak  "eh bang upah jelah orang. Awak reti ke..kang kena renjatan leterik..biarlah org yg memang mahir buat"

Bila tengok segala kayu2 kat rumah sampai yard yg sy reno utk tempat santai anak2 pun jadi tempat simpanan kayu dan segala alat bertukang dia..
Saya punya bebel.."eee..semak mata"

Bila suami sibuk beli peralatan cat kereta motor.. bukan murah ye.. saya membebel lagi "hantar kedailah bang..bukan takde duit..biarlah kedai cat..kan cantik..cepat siap..semakla mata saya sepah2. Sana sini barang catla ..barang kayu lah..penatlah saya mengemas..sakitla mata nie"

Dan sekarang bila kami dah resign..
Tak sangka semua hobi suami tue..
Bertukang, mengecat, betulkan peralatan leterik, betulkan aircond sendiri..
Pendek kata serba serbi mana yg boleh dibuat sendiri tue..
Semuanya banyak sangat manfaatnya..
Menjimatkan kos dari banyak sudut..

Dan sekarang saya main order je..

"Bang buatkan B rak letak barang dapur".
"Bang buatkan B letak tempat masak"
"Bang buatkan B rak pasu"
"Bang ..B rasa awak boleh buat almari bajulah. Nanti awak buatkan ye almari baju kat rumah baru kita nanti"

Husbd dah gelak2..
Dia jawab "awak kan banyak duit..pgla beli kat kedai"
Amboii..pulang paku buah keras nampaknya🤣🤣

Kesimpulannya kalau suami buat benda2 kerja tangan kita sokong je sebab nanti kita jugak yang untung 🤣main order je sesuka hati.. betul tak?
Meja nie dibuat semata2 untuk majlis mawlid yg lepas. Untuk letak bukhor depan ustaz.. untuk ustaz letak kitab etc etc..
Cantik kan?haha..puji kerja tangan suami sendiri..

Meja nie suami buat masa kat kajang lagi.. saya sibuk nak beli meja jepun..suami tak bagi .end up dia buatkan meja nie.. utk kerja amatur.. pada saya dah cukup cantik..


Motor nie antara  harta sebenar kami sebab kami beli cash. Takde loan..Suami cat motor nie dulu..suami cakap kalau motor saya berjaya cat..baru saya cat keta myv.. kata husbd  motor nie jadi eksperiment dulu ..sebelum nak buat yg besar kita kena mulakan dgn yg kecik dulu..yelah banggg..


Selepas berjaya cat motor  Suami catkan kereta myv pulak..kereta nie dah habis bayar..usianya dah 16 tahun.. saya nak jual..suami tak bagi.. dengar cakap suami ada hikmahnya.. inilah sebenarnya harta kami selain motor jaguh tue sebab takde dah hutang bank..

Untuk saya okeylah untuk amatur...dulu keta nie punyalah nampak uzur..bila suami cat.. alhamdulillah cantik di mata saya..

Rak pasu di dinding yg suami buat di rumah lama kami. Cantikkan..haha.. sy memang tak cerewet pun..asalkan dpt apa yg sy nak... Kekurangan yg sikit2 tue saya tak nampak pun.. alhamdulillah suami layan hobi menanam kita

Monday, July 4, 2022

Mawlid di Teratak Sementara Kami..

Mawlid Bil 1/2022
Dated 02/07/22

Tak pernah terfikir langsung kami akan adakan majlis sebegini.
Mengenangkan masa muda..
Yang asyik mengejar dunia...
Kerja..kerja..urusan dunia yg tak habis2....
Ya saya solat puasa baca quran dll..
Yg basic insya allah sy buat ... 
Sedikit sangat amalan saya masa muda..
Secara tepatnya sebelum dikurniakan anak yg mempunyai jantung magic .. 
hanya yg basic sy buat..
malu sungguh jika dikenangkan....
Allah bg banyak nikmat tapi amalan sekadar basic sahaja😢

Di usia 40++ Allah bg peluang  duduk dekat dgn org2 soleh dan org2 yg mencintai org2 soleh..
Tak pernah terfikir..
Akan ada majlis begini di teratak kami..
Dengan anak2 madrasah dan salah seorang anak madrasah itu adalah anak kami.. 
Sungguh tak pernah ada dalam bayangan hidup kami..

Alhamdulillah ya Allah..
Ujian demi ujian..
Rupanya ada rahmat dan hikmahnya..

DIA membuatkan kami mencari-cari..
Tujuan sebenar hidup ini..
DIA membuatkan kami "terpaksa" melepaskan urusan dunia selepas kezaliman berlaku tanpa henti..

Kami hilang semuanya yang pernah kami impikan dan usahakan utk urusan dunia kerana tekad memilih utk tidak duduk bersama penzalim+penyokong kezaliman dan utk dekat dgn org soleh dan golongan yg mencintai org soleh..

Alhamdulillah kerana tekad yg Allah ilhamkan.. kami dianugerahkan pula Allah pelbagai perkara yang tidak pernah kami impikan utk bekalan akhirat kami

Alhamdulillah nikmat mana yang ingin kau dustakan lagi?

kehadiran anak-anak madrasah yg ditunggu-tunggu. Rindu Arief..
alhamdulilah... Seronok lihat tua muda mengimarahkan teratak kami..

Ramai solat.. ustaz sampai imam kan di bahagian poarch.luar tue penuh anak madrasah ikut belakang ustaz

Sepanjang saya hadir majlis ilmu dengan Ustaz Yus..beliau penuh ilmu.tegas dlm menyampaikan ilmu.

Amirul Arief anak kedua yg merintis jalan di jalan agama..insya allah selepas ini adik2 yg lain akan mengikut jalan yg Arief mulakan.
khairy di antara ustaz 


Bukhor 🥰


Jamuan nasi ambeng.. sebenarnya banyak lagi makan sebab ada kawang datang infaq makanan.mak angkat saya juga bawa makanan
Part yg budak2 paling tunggu..suka betul dapat calit minyak wangi😁

Terharu tiga ustaz sudi hadir ke teratak sementara kami..Ustaz Yusmail, Ustaz Amin dan Ustaz Fendi. 

Ustaz Yus adalah ustaz pd saya dan suami. Dua kali dlm seminggu insya allah kami hadir kuliah dengan Ustaz Yus. Kami juga cuba hadir kuliah2 sampingan Ustaz Yus di masjid atau di rumah jemaah.

Ustaz Amin & Ustaz Fendi pula adalah ustaz pd Amirul Arief

Saya tak dapat nak share beberapa video mawlid di blog ini.. boleh lihat video di link ini video majlis mawlid kami