ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, July 4, 2022

Mawlid di Teratak Sementara Kami..

Mawlid Bil 1/2022
Dated 02/07/22

Tak pernah terfikir langsung kami akan adakan majlis sebegini.
Mengenangkan masa muda..
Yang asyik mengejar dunia...
Kerja..kerja..urusan dunia yg tak habis2....
Ya saya solat puasa baca quran dll..
Yg basic insya allah sy buat ... 
Sedikit sangat amalan saya masa muda..
Secara tepatnya sebelum dikurniakan anak yg mempunyai jantung magic .. 
hanya yg basic sy buat..
malu sungguh jika dikenangkan....
Allah bg banyak nikmat tapi amalan sekadar basic sahaja😢

Di usia 40++ Allah bg peluang  duduk dekat dgn org2 soleh dan org2 yg mencintai org2 soleh..
Tak pernah terfikir..
Akan ada majlis begini di teratak kami..
Dengan anak2 madrasah dan salah seorang anak madrasah itu adalah anak kami.. 
Sungguh tak pernah ada dalam bayangan hidup kami..

Alhamdulillah ya Allah..
Ujian demi ujian..
Rupanya ada rahmat dan hikmahnya..

DIA membuatkan kami mencari-cari..
Tujuan sebenar hidup ini..
DIA membuatkan kami "terpaksa" melepaskan urusan dunia selepas kezaliman berlaku tanpa henti..

Kami hilang semuanya yang pernah kami impikan dan usahakan utk urusan dunia kerana tekad memilih utk tidak duduk bersama penzalim+penyokong kezaliman dan utk dekat dgn org soleh dan golongan yg mencintai org soleh..

Alhamdulillah kerana tekad yg Allah ilhamkan.. kami dianugerahkan pula Allah pelbagai perkara yang tidak pernah kami impikan utk bekalan akhirat kami

Alhamdulillah nikmat mana yang ingin kau dustakan lagi?

kehadiran anak-anak madrasah yg ditunggu-tunggu. Rindu Arief..
alhamdulilah... Seronok lihat tua muda mengimarahkan teratak kami..

Ramai solat.. ustaz sampai imam kan di bahagian poarch.luar tue penuh anak madrasah ikut belakang ustaz

Sepanjang saya hadir majlis ilmu dengan Ustaz Yus..beliau penuh ilmu.tegas dlm menyampaikan ilmu.

Amirul Arief anak kedua yg merintis jalan di jalan agama..insya allah selepas ini adik2 yg lain akan mengikut jalan yg Arief mulakan.
khairy di antara ustaz 


Bukhor 🥰


Jamuan nasi ambeng.. sebenarnya banyak lagi makan sebab ada kawang datang infaq makanan.mak angkat saya juga bawa makanan
Part yg budak2 paling tunggu..suka betul dapat calit minyak wangi😁

Terharu tiga ustaz sudi hadir ke teratak sementara kami..Ustaz Yusmail, Ustaz Amin dan Ustaz Fendi. 

Ustaz Yus adalah ustaz pd saya dan suami. Dua kali dlm seminggu insya allah kami hadir kuliah dengan Ustaz Yus. Kami juga cuba hadir kuliah2 sampingan Ustaz Yus di masjid atau di rumah jemaah.

Ustaz Amin & Ustaz Fendi pula adalah ustaz pd Amirul Arief

Saya tak dapat nak share beberapa video mawlid di blog ini.. boleh lihat video di link ini video majlis mawlid kami

No comments: