ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, April 30, 2010

Goverment Service Tax -Credit Card


Saya rasa semua sudah tahu berkenaan service tax yang dikenakan kerajaan bagi setiap satu credit card adalah RM50 dan kalau tak silap saya untuk supplementary adalah RM25. Saya tahu tujuannya baik iaitu untuk mengurangkan bilangan kad yang dipunyai oleh seseorang kerana kadar bangkrup dikalangan eksekutif muda akibat penggunaan kad kredit adalah tinggi (haha..mcm akauntan bertauliah je). Anda rasa logik ke cara begini digunapakai ke atas anda? tak kisahlah tapi ini adalah cara yang saya buat untuk mengelakkan pembayarn cukai itu dikenakan ke atas saya!!! Saya tak kuasa nak membazir RM50 pada satu credit card.
Saya punya 3 kredit kad. Yang aktif cuma dua. Satu saya dah tutup (ada ke patut saya apply semata-mata nak jadi member IKEA).Dua lagi saya tak tutup kerana saya memang aktif gunakan kedua-duanya kerana autodebit insuran saya dan anak2 dan satu lagi utk saya berbelanja (membazir duit jeee).
Apa yang saya buat adalah..sob..sob.. saya bayar guna point creditcard (penat tau kumpul hasil dari perbelanjaan yang diluar kawalan hehe.Tapi kena cover balik bayar benda ne..sakit ati tau!!)
Dengar ye kawan-kawan:
10000 ribu point untuk RM50 (untuk Citibank dan CIMB.Bank lain sama kot)
Saya dah buat pada kedua-dua credit card yang aktif tue.Fuhhhh selamat RM100 saya.

No comments: