ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, June 11, 2010

2 hari


Arief tak sihat, mamanya pun tak sihat.Lebih-lebih lagi bila Arief asik meragam kenalah angkat-angkat Arief. Bila angkat-angkat mulalah penyakit desicatted disc ne menjelma balik.
Tapi demi anak takkan kita nak tengok je...


Doktor cakap Arief bukan demam campak. Tapi badan dia ada bintik-bintik merah. Kat badan, kepala, punggung, muka.. Senang cakap satu badanlah. Arief pun dalam 2 minggu ne asik demam yg berulang-ulang. Semalam mak belikan air kelapa. Pelik pulak si kenit yang memilih makanan dan air ne nak pulak minum air kelapa sampai habis. Baguslah.......


Semalam En. Papa balik keja saya dah penat yang amat. En. Papa main-main dengan Amana sampai saya pun tak boleh tidur. Apa lagi saya jadi mak tiri. Harap-harap Isnin, saya dan Arief sihat bolehla saya pergi kerja.

p/s: 2 hari = 2 hari tak datang keja.

No comments: