ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, June 3, 2010

50??? Alhamdulilah...

Tak sabar-sabar nak tunggu tengahari supaya boleh update.Hari ne puasa ganti so tak turun makan...kena ganti 12 hari puasa yang tertinggal..baru puasa 3 hari..bulan puasa makin mendekat..waaa... gantilah secepat-cepatnya

Nak update untuk diri sendiri dan kawan2 ...Alhamdulilah business on-line shop yang saya dan En. Papa juga Amana&Arief miliki telah melebihi sasaran 50keping!!! . Walau untung tak sebanyak mana (ada untung ke? Tahla..En. Papa yg jaga akaun tapi saya yg pegang duit yehaaaaaa) kerana kami banyak rooling untuk beli barang dan ada diskaun+free gift apabila client beli banyak2 tapi kami amat-amat gembira.

Tak tau sampai bila bertahan tapi untuk sementara kami seronok kerana ia menampakkan hasil juga..

Opssss..ada nazar yg perlu dibayar... Baru berniat untuk nazar tetapi Allah telah buka jalan untuk satu rezeki lagi.. Jalan yang pernah dicuba tetapi tersekat kerana beberapa perkara tetapi tiba-tiba ia hadir tanpa dipinta..Rezeki Allah siapa tahukan??

No comments: