ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, June 17, 2010

Ikan Siakap Pedas@Perantau Kajang


Agaknya sebab hari ne puasa asik post pasal makan je.Tak senonoh betul rasanya. Ala apa salahnya saya nak cerita pasal makan. Dari saya mengumpat baik cakap tentang makanan yang lazat2kan??kan??kan??

Sesiapa yang biasa dengan area Kajang pasti tau Restaurant Perantau ne. Setiap kali datang restaurant ne saya& En.Papa pasti akan request dishes kegemaran kami iaitu IKAN SIAKAP MASAK PEDAS!! Saya sukaaaaaaaaa sangat.

Saya sudah mula datang ke restaurant ne dari zaman anak dara, dari zaman pinggang saiz 25 sampailah jadi isteri org,mak orang beranak dua dan saiz pinggang..opssss...biarlah rahsia. Dari zaman naik motor Jaguh color hijau NAZI Jerman sampai Jaguh jadi maroon sampailah naik keta sebab mana boleh naik keta dengan 2 anak ne. Orang kat kedai ne pun dah tau rasanya.

Dan ada perubahan dekorasi di kedai ini. Dula tiada kawasan makan bersila sekarang dah ada... Ok..mari lihat gambar-gambar yang ditangkap. En. Papa merungut bila saya mula buka hp nak amik gambar. Tapi Amana dah pandai main peranan..hehe..

En.Papa: Tak habis-habis amik gambar.Macamlah tak penah makan kat sini.
Saya: Orang nak tulis dalam bloglaaa...
En.Papa: (Geleng kepala)

Amana: Biarlah mama nak tangkap gambar..
Saya: Aahkan??


Saiz ikan  ne = 500g
100g =RM6

Kalau makan berdua ini je lauk yang kami minta
Ikan siakap pedas & sayur untuk saya
Kadang-kadang je ada tambahan lauk lain sebab kami memang mintak ikan yang paling besar
Makan ikan 500g berdua tau tak apa rasanya?? Nak meletup perut!!!
Kentang tue Amana punya

Ini kawasan yang baru renovate

Tengok Arief yang relek merayap di situ dan Amana yang sesuka ati duduk atas meja yang ala-ala meja Jepun tue..

Ini isu lain.Nampak tak garis di pipi Amana. Itu hasilnya bila melompat tak tentu hala>kejadian di rumah bukan di restaurant ini


Sekian. Lauk sudah licin.Cerita pun tamat.

3 comments:

ibu amoi & raid said...

kat mane yek? x prasan pulak...cam besh je makan, lepak2 ngan anak

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

tempat dia takle macam hotel first class.. tapi oklah untuk rakyat marhean hehe..

kat tepi jalan je tepi highway..
nak detail kena tanya krol

kat laur2 tue oulak ada tempat duduk dari batu untuk yg nak amik udara luar
tempat dia takla luas sanagt

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

tempat dia takle macam hotel first class.. tapi oklah untuk rakyat marhean hehe..

kat tepi jalan je tepi highway..
nak detail kena tanya krol

kat laur2 tue oulak ada tempat duduk dari batu untuk yg nak amik udara luar
tempat dia takla luas sanagt