ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, June 9, 2010

MARINA VS AYAMBRAND (Kacang Peas)

En. Papa memang hantu makan kacang peas. Tau tak suami saya boleh makan kacang peas mentah2!!! Mungkin ada org lain pernah buat juga.Tapi saya yang tak pernah buat ne rasa geli je kat tekak. Untuk lagi kick selalunya En. Papa akan sejukkan dalam peti ais dulu then makan begitu sahaja dengan nasi putih berlaukkan sambal atau ayam tomato.(Pastilah yang saya masak hehe)

Sekarang Amana pun dah terikut-ikut macam tue. Setiap kali En. Papa makan kacang peas, tangan comel tue akan menyibuk amik dua atau tiga bijik.Oleh itu hari ini saya akan buat perbandingan antara dua brand ini. (Sekali lagi saya tiada kepentingan apa-apa saya buat perbandingan atas dasar selera saya sebagai rakyat marhean sahaja)

Dulu saya memang beli jenama Ayam Brands sahaja untuk kacang peas begitu juga untuk sardin. Tetapi lately ne setiap kali beli pasti kacang peas tue tak seperti dulu. Kacang peas tue tidak hijau pekat macam dulu jadi warna hijau muda dan tak rangup macam dulu.Tak taulah kalau kedai yang kami beli tue yang bermasalah. Tapi rasanya kami beli dari kedai yang berlainan.

Jadi minggu lepas kami ke TESCO dan suami menyarankan kami cuba jenama lain kerana telah kecewa(hehe) apabila apa yang diharapkan tidak seperti sebelum ini. En. Papa terus beli jenama MARINA KACANG PEAS. Dan semalam saya masak ayam tomato (stail mak saya) saya campurkan di dalam masakan dan saya sungguh seronok kerana ketika membuka tin tersebut saya lihat kacang peasnya sungguh hijau pekat dan rangup seperti jenama AYAMBRANDS sebelum ini. Nampaknya saya mungkin akan kekal dengan jenama MARINA ini. Dan semalam juga saya baru menyedari................

yang pengeluar atau pengedarnya adalah sama dengan SERI MURNI NUGGET yang Amana suka(saya tiada kepentingan okies!!!)
Perlukah saya cuba sardin jenama MARINA juga? Nantilah difikirkan......
Sekian!!!

No comments: