ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, August 13, 2010

Apa yang membuatkan anda rasa nak berenti keja?

Ini jawapan saya:

  • sakit ati menempuh jam setiap kali pergi dan balik keja
  • sedih mengejutkan anak2 di awal pagi untuk ke taska
  • setiap kali hantar ke taska Arief akan melekapkan kepala ke bahu saya (manjanya) dan ketika melepaskan Arief pada cikgu taska saya rasa sedih kerana umpama meletakkan nyawa saya di situ (alhamdulilah taska tue ok tapi ini perasaan ibu yg dilanda blues sahaja) dan juga seolah2 memindahkan kasih Arief pada saya kepada cikgu2 taska(cikgu yan, cik nor, cikgu nora:kalian amat baik sekali)
  • cikgu taska yang nampak dulu setiap perkembangan Arief.jeles ne..samalah jugak masa Amana dulu.Pengasuh yang nampak dulu Amana pandai meniarap, Amana pandai merangkak..etc..etc..
  • Cikgu2 taska tue happy je uruskan budak2..walaupun penat.Yela budak2 kan bidadari syurga
  • menyampah kerap datang lewat.malu dgn bos. Kalaupun bos tue bertimbangrasa takkan kita asik amik kesempatankan? Kalau orang lain boleh datang awal (yg dari Rawang dari ceruk mana lagi boleh awal) takkan setakat Puchong ne boleh terhegeh2kan? Kalau time prgnt,  iye mmg saya kerap lambat kerana perlu amik masa muntah2 berjam2 dalam bilik air, belum lagi pening2 lalat!!! Sekarang dah tak prgnt apa alasan datang lambat? Jangan harap nak naik pangkat / bonus (walaupun opis ne belum ada tanda2 nak dapat bonus tapi mulai tahun depan bonus dikira berdasarkan prestasi kata bos saya salah satu prestasi merangkumi kedatangan!!! punah harapan saya. Walau keja secermerlang mana pun bila tgok kedatangan mmg FAIL!!! Naik pangkat tue mimpi di siang harila..saya tak mengidam sangat tapi BONUS??? huwaaaaaaaaaaaaaaa-mmg idaman zahir & batin)
  • keja pun hutang tak habis2..buhsan!!
  • ada hati perasan nak bukak kedai  kanak2 ala2 one stop centre.saya akan jual CD2 saya, baju kanak2, mainan, botol2 susu, buat hamper untuk hadiah hari lahir. haha .Modal pun ciput.Iyeeee boleh bukak mulut kat omak terchenta tapi kalau setakat 1K/2K bolehla bukak mulut.Kalau 10K..kirim salam saya bukan anak yg suka menyusahkan org tua!!!Saya paling takut berhutang dgn mak kerana itulah titik peluh dia bekerja dari tua sampai ke muda.Bukankah kita yg patut menghulur duit pada org tua bukan kita meminjam pada org tua? 
  • rumah mak aiiiiiiiiii macam 10 anak!!10 anak kucing!! macam2 ada............
  • nak berblog setiap masa, nak update software terkini & kegunaanya & menggunakan sepenuhnya kepakaran (pakar? geli je!!) saya dalam comp sc. yang selama ini saya tak gunakan kerana bergelumang dgn Akta2 yang asik ada amendment ne. jadi saya lebih banyak menghafal akta (kang lawyer tanya mulalah tak boleh jawab..malukan? so baik saya sediakan diri ) dari membelek sistem2 terkini(ohhhhh..sudah mula rindukan sistem selepas 7 tahun haha)
  • suka kalau dapat habiskan masa bersama emak dgn lebih kerap. Sekarang cuma dapat jumpa hujung minggu dan itupun bukan setiap minggu (dah jadi mak org mestilah ada mil.Mana boleh tak jenguk milkan? tak acilah. saya bukan isteri yg pentingkan diri. Tak terpakai utk mil yg jauh2 ye..Kami dua2 org KL..)
  • fitrah kaum perempuan spt yg tertulis di dalam Al-Quran (eh al-quran  ke hadis? Apa2lah..janji itu maksudnya.Kalau salah kawan2 sila betulkan) .Tugasnya mendidik anak2 & jaga rumahtangga sahaja!!! (ini alsan yang paling terpakai dari alasan2 di atas wakaka)
  • macam2 lagi tapi dah tak tertype
Tapi saya ada list yang lebih panjang kenapa saya perlu bekerja...haha..nanti saya update ye... Kalau kawan2 sudi apa kata anggap saya tag pada kawan2 terutama Mezar. Linda ko tak penah ada hati nak berenti keja kan? So ko optinal nak buat pun boleh tak pun boleh). Amik tag jangan tak amik...

No comments: