ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, August 28, 2010

BRAVO MAMA!!!

Saya sendiri tak percaya dengan diri ini!!! haha..sukanya.. Sabar..sabar..nanti saya citer apa yg suka..Saya bagitau intro dulu.. Sejak saya kenal suami dari zaman bercinta En.Papa yang akan hantar saya ke mana-mana sahaja.Kalau saya ada seminar atau tempat2 yang saya sepatutnya dihantar emak atau saya kena guna public transport En.Papalah  yang akan hantar. Tapi selepas beberapa peristiwa saya rasa saya kena mula berdikari. Walau masa bujang2 saya pun tak pandai bawak keta tapi saya masih anggap diri berdikari sebab saya tau nak kemana-mana dengan guna public transport....

Hari ini saya tekad, saya bersiap pagi2 dan pastinya penguat semnagat saya Amana saya bawa bersama Saya tekad bawa kereta ke Hospital Colombia Asia untuk melawat kawan yang telah hampir 7 tahun saya tak jumpa. Saya rasa kalau saya tak jumpa dia kat situ entah berapa belas tahun lagi baru saya jumpa dia. Kawan saya tue bersalin di situ dan hari ini dia kana keluar. Kalau tunggu En.Papa mungkin kawan saya tue dah keluar hospital. Lagipun saya nak BERDIIKARI!!!

Perkara pertama yang saya takut ialah salah jalan. Taulah kalau kat KL ne salah masuk highway ke tempat lainlah jawabnya. Tapi saya tekad ..kalau salah jalan bukan kat oversea..isi minyak penuh2 pandai2la saya selamattkan diri hehe..lagi satu ayat2 azimat saya "kalau lah besalin antara hidup dan mati pun saya lepas takkan bawak keta pun tak lepas. Dah 2 kali tau saya bersalin!!!"  So apa nak takut ..insya allah Allah bersama saya & Amana.

Alhamdulilah saya selamat sampai.& Amana seolah2 fahm getar ketakutan saya. Tak penah2 dia nak pakai safety belt sampai destinasi.Tapi hari ini dia pakai tanpa banyak kerenah. Malah diam.Yang paling kelakar dia boleh cakap "mama, janganlah bawak kiri kanan..kiri kanan..bahaya" Hehe..tergelak saya. Ini mungkin dia selalu dengar papa dia membebel bila kenderaan di hadapan bwak dengan berbahaya.

Seronok jumpa kawan yang dah 7 tahun tak jumpa!! Saya dah tau bawak keta insyaallah kita akan jumpa lagi.. Lepas jumpa kawan saya ke Jaya Jusko Equin Park pula.. Shooping dgn Amana.balik umah letak Amana kat umah , solat Zohor kejap keluar semula jumpa customer di Putra Perdana. singgah kedai beli lauk basah balik umah masak. Habis masak 10 minit sebelum berbuka. Sungguh hetic tapi PUAS HATI!!!!!!!




Amana di Hospital Columbia Asia.Amik gambar kenang2ngan sebab saya berani bawa ke sini.


Amana di food court di Equin Park. Saya masuk Pizza Hut utk belanja Amana makan. Baru saya tahu bulan puasa Muslim tak dibenarkan masuk kecuali bungkus. Bagusla untuk menghormati bulan posa. Tapi saya posalah..Saya nak suap Amana je. Whatever saya suka peraturan itu. Tapi saya je yg tak tau sbb tak penah bawak Amanz kuar bulan2 posa & singgah makan..

Hadiah sbb Amana teman mama. Mama belanja main game..

No comments: