ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, August 3, 2010

Food Poisoning

Saya bersiaran dari umah mak. En.Papa tiada outstation. Oleh itu saya duduk umah mak. Itulah untungnya dekat dengan umah mak sakit, pening boleh jugak mengadu.Kalau mak tak ada pada siapa nak mengadu.Tanggungla sorang2..

Saya dan En.Papa dilanda food poisoning sejak hari Ahad hingga hari ini. En. Papa muntah pada 3am dan saya pada 5am dan seterusnya muntah, bxrxk secara bergilir2. Badan jadi seram sejuk dan suhu badan terus meningkat sampai demam. Semalam kami nak hantar anak2 pergi nursery pun tak boleh bagun. Apalagi nak ke klinik. Tapi akhirnya kami berjaya gagahkan diri ke klinik pada jam 1 tghari.Itupun punyalah susah nak bangun. Sukar sungguh En.Papa nak bawak keta dan saya nak handle anak2 yang mengada2 dalam kereta.
Paling kesian Amana asik kena marah je...

Saya dan En.Papa dapat MC dua hari.Tapi hari ini En.Papa ke Nilai sbb outsation. Anak2 hari ini dihantar ke nursery.Umah jangan cakaplah kain baju berterabur sebab saya tak larat langsung nak buat. Selalunya saya akan gagahkan diri jugak mengemas  sebab saya benci tengok umah bersepah.Lagi2 tgok kain berterabur berbakul2. Tapi bila sakit macam ne saya butakan mata dgn semua ne. Belum lagi kain2 sebab Arief jugak muntah2.. Adehhhhhh...

Selepas mengemas barang2 untuk diangkut umah mak. Dalam kul 1ptg saya tidur rehatkan diri ..lagipun kesan ubat buat saya tak boleh berdiri walu seminit. Dalam kul 4 ptg mak call untuk jemput saya dan juga anak2 di nursery.

Cikgu nursery bagitau hari ini Amana baring sahaja dan muntah2. Kesian.. Rasa bersalah menerpa..Mesti dia sedih kena marah semalam sampai dia pun sakit. Amana tak kena food poisoning sbb dia tak jamah makanan  yg kami makan tue... Budak2 kalau emosi tergangu macam tuelah.. Dia sakit dan mula tak sihat. Lebih2 lagi Amana kalau dia tak gembira kesihatan itulah tandanya.. Itulah Amana sedari kecil. Kalau dia gembira kesihatannya amat memuaskan tapi kalau dia bersedih & terluka pasti dia sakit.Maafkan mama ye sayang..Mama pun sakit.. Hari ne mesti Amana sihat sebab atok kesayangan Amana yang jagakan?

Sekarang Arief sedang main dgn ayah. Ayah tak benarkan Arief dihantar ke nursery. Walau saya kesian sebab ayah kena jaga Arief tapi ayah berkali2 nak jaga cucunya. Semalam pun asik msg nak jaga cucu2. Saya tau ayah sunyi. Bila cucu2 ada di keliling ayah baru ayah rasa hidupnya berseri. Bila En.Papa outstation inilah masanya anak2 dapat duduk 24jam di rumah atoknenek. Dan ini jugak masanya saya dapat lepaskan rindu pada rumah yang menyimpan sukaduka kami adikberadik....

Okla saya nak tdo harap2nya esok saya tak terlajak akibat kesan ubat.Harap2 takla saya digangu sbb food poisoning ne di pejabat nanti..Esok saya naik komuter..Alahaiiii...

p/s: Penyakit kalau nak datang macam ribut, nak pergi macam siput.

No comments: