ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, October 19, 2010

From Korea With Love-ENTRY KHAS SEMPENA BIRTHDAY SAYA

Oh saja gatal nak membebel.Tahun ini nampaknya saya tak sambut birthday saya yang ke 30.Hari lahir saya yang ke 30 jatuh pada hari saya berangkat ke Korea.Dalam gelak ketawa saya berkata pada mak, adik & teman2 rapat "Hadiah harijadi angah yg ke 30 adalah  tiket penerbangan pergi balik ditaja oleh KOICA-Korea selama 17 hari termasuk tempat tinggal"

Saya juga tidak dapat sambut birthday En.Papa yang ke 31 yang jatuh pada 28/10  dan paling sadis birthday Arief yang pertama pada 25/10 tapi "takpe ye Arief mama akan belikan sesuatu tanda kenangan mama ke sini semasa birthday Arief dan tidak lupakan Arief walau sesaat pun"

Dalam usia saya yang menginjak 30 tahun saya amat bersyukur dgn segala kurniaanya:
Saya punya suami yang menyayangi saya (walau jarang sekali nak sebut sekarang ne dgn alasan action speaks louder than words hehe), sepasang anak yang sihat dan keletah (lov u both), pekerjaan yang membolehkan saya meneruskan hidup dan menampung expenses kami anak beranak (alhamdulilah walau tidak mewah ada jugak serbasedikit harta kami berdua eh berempat) dan dapat jugak memberi pada ibubapa walau sedikit cuma, ibubapa  yang masih ada untuk mengadu & meminta pertolongan,adik2 yang always be my side dan juga sahabat yang sentiasa di sisi sejak dulu juga teman2 yang menjadi sekutu dalam banyak hal.. 

 Hadiah harijadi ke 30.
 Berpeluang menjejak kaki ke Korea.Alhamdulilah
(gatalkan? Kat Malaysia tak heran pun dgn Kia booth )

 Suami yang saya kenali sejak berusia 22 tahun
Haaaaaa..dah 8 tahun dgn org yang sama? wakaka
Ucapan dari hubby pun saya cuma terima ketika saya tunggu nak berlepas ke Korea
"Selamat hari jadi sayang yang ke 30"

Oh saya nak letak sikit ucapan sahabat & teman2 saya juga  ye


Ucapan ini dari yang bertudung putih itu.Bukan yang pengantin.Itu kawan kami. Ucapan sahabat saya sempena Hari Lahir saya yang ke 30 yang dihantar menerusi sms pada jam 9.08 am pada tarikh 1310/10 berbunyi " HAPPY BIRTHDAY SAHABAT.SEMOGA ALLAH BERIKAN YANG TERBAIK, DIKURNIAKAN KECUKUPAN DAN ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH JUGA SUAMI YANG DAPAT MEMIMPIN TANGAN KE SYURGA. BEING FRIEND WITH YOU IS ONE OF BEST THING HAPPEN IN MY LIVE"
(menitik air mata ini membaca msg beliau yang tulus ikhlas. Kami kenal cukup lama sejak sekolah rendah dan rapat ketika tingkatan 1(13 tahun) .Hampir 17 tahun saya berkongsi rasa dan semua rahsia dengannya. Termasuk yang benar2 rahsia juga yang melibatkan hal keluarga saya. Bila saya rasa sungguh serabut dan tidak dapat berfikir dengan tenang dan nak meluahkan segalanya tanpa selindung2 beliau yang saya cari.Beliau seorang pendengar dan penasihat yang baik. sauya akan fikir baik2 bila beliau beri nasihat. Macamla dia tua  sangat dari saya..haha. Oh beliau juga pengapit saya ketika berkahwin.. Masa tue dia dah prgnt 3 bulan.Mesti penat ko berdiri jadi tukang kipaskan??hehe..love all our memories dari zaman budak hingusan sampai jadi mak budak.Oh birthday sahabat saya ini jatuh pada 23/10)


Ini pula ucapan dari sekutu saya di pejabat yang dihantar pada jam 6.40am pada 13/10/10  " SELAMAT HARI JADI YANG KE 30. DAH SEBAYA DAH KITA NE.HEHE SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI"
(Kami kenal sudah 7 tahun walau dari division berbeza kami jadi rapat sebab  zaman2 bujang selalu keja luar bersama. Dia naik pening tgok saya yang asik bergambar.Tapi nak buat camanakan? Layan jelah kerenah saya.Masa tue kurus sukalah amik gambar untuk bukti pada anak2 yg mamanya ala2 model masa zaman bujang haha. Dari situ kami belajar menjadi teman yang baik. Berkongsi makanan terutamanya. Sebab itu saya tak boleh kurus  kalau di pejabat.Tak saya yang bawak makanan; dia yang bawak.kami juga kerap ketawa (lagilah hormon gembira buat lemak2 makin membesar) dan juga melepas perasaan bersama.Kalau nampak kami serius sedang berbual  jgn masuk campur sebab itu sesi luahan perasaan.Oh birthday teman saya ini jatuh pada 3/10)

Ini pula ucapan teman saya Tini yang berbunyi "HAPI BESDAY OME.SEMOGA PANJANG UMUR N DIMURAHKAN REZKI.KAMI SAAAAAYANG KMU" .
(kenpa ome?? ome tue maksudnya comel haha...Kenal hampir 10 tahun. Kami takde gambar bersama yang terbaru sedangkan saya akan jumpa dia tiap2 kali ada function depan pejabat dia. Kami satu university tpi dia amik jurusan ekonomi.Kenapa tah saya boleh begitu rapat dgn dia.Sedangkan saya kenal dia menerusi seorang teman semasa matrikulasi yang sebilik dnegannya. Teman matrikulasi itu entah hilang kemana tapi saya dan Tini kekal rapat sehingga sekarang. Tini juga datang ketika saya kawin dan ketika  Amana lahir dahulu.Kami punya rahsia ketika di universiti. Siapa yg suka saya, siapa yang suka Tini.Tapi kami ambil keputusan untuk jadi budak cute tanpa boyfriend haha. Tini yang hantar saya kelas naik motor kalau saya tidur di biliknya. Setiap kali saya datang Tini akan kemas bilik & basuh baju sbb dia tau saya paling tak suka bilik bersepah. Kalau bilik dia sepah saya akan membebel. Dan kalau saya datang mengejut apalagi kelam-kabut dia mengemas..hehe. Kami cukup close sehinggakan kalau Tini takde duit dia bukak je dompet saya dan ambil duit yang saya ada.Begitu juga saya.kalau dia takde makanan dia bawak je moto dan datang umah saya bagitau mak dia takde makanan dan makan di umah saya walau cuma makan telur goreng dia amat suka. Adik2 saya juga amat senang dgn Tini. Umah Tini jauh di Kedah tapi saya dah tidur di sana sampai mak bising suruh balik. haha..Gila betul kami masa di universiti dulu. kami ada gelaran untuk budak2 lelaki yg kami kenal yang paling saya ingat "Belanga & Chopstik" khas untuk sepasang kekasih kawan saya.Yang lelaki sikit punya gelap dan yang perempuan putih mcm amoi cina. Ok tak nama tue?? haha. Ada gelaran lain jugak. kuangkuang..Tini pun lahir pada bulan Oktober)

Perasan tak semua org yang rapat dengan saya lahir pada bulan Oktober? Kenapa? Saya tak percaya bintang2 ne tapi saya percaya untuk kekal rapat dengan seseorang amalkan tolenrasi dan yang paling penting jujur dgn persahabatan. Jangan bermuka-muka sbb dunia ini terlalu kecil untuk bermuka2. Dan kalau seorang sibuk nak menang bagi saja dia menang sbb kita punya banyak peluang dan waktu utk jelaskan keadaan itu kemudian. Oh saya suka mengalah agaknya..haha.. Lagi satu saya tak kan benarkan org berkata buruk ttg sahabat/kawan saya. Ye kadang2 ada sikap buruk sahabat/teman saya (saya pun ada sikap buruk) tapi pasti yg baik lebih banyak kalau tidak takkan mereka bersama saya sehingga sekarang.Betul tak?? Bukan tiada yg cuba2 menangguk di air keruh / merosakkan hubungan saya dgn sahabat/kawan saya tapi saya percaya kejujuran adalah kuncinya dan saya selalau berkata dalam hati "suka hatilah ko nak buat apa.janji Allah ada dan satu masa Allah akan tunjuk kebenaran itu" dan alhamdulilah sehingga kini saya masih bersama teman2 sehingga melangkawi 17, 10 dan 7 tahun. Anda ada kawan yg kekal  selama itu??tak perlu ramai cukup 1/2/3 sahaja  tetapi itulah tempat kita untuk turn to di masa dan ketika yang amat memerlukan...

4 comments:

Wonderful Life with Mary Kay said...

Happy belated birthday to you. Walau kita hanya kenal di maya tapi terasa sudah lama mengenali Ila. Mungkinkah ini yang dinamakan sayang?

Waa.. jiwang karat lak..

Missing u....Macam nak jumpa Ila in person jer balik Mesia nanti. Akan kanh?

Mama Zharfan said...

happy birthday ila
nice knowing u
insya Allah, panjang umur kita jumpa tgh dpn yer :) sweet je me baca bday wishes from all ur frens tu
me doakan u murah rezeki, happy, tercapai segala cita, impian hidup..Amiin..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

liza:ye kita mesti jumpa nanti.kan umah kita tak jauh.liza pun kat puchong je kan?? kita boleh jumpa kat ioi pun ok? haha baguslah jiwang karat.ila pun tgh jiwang karat.miss u tooooooooooo.

mz:yes.kita mesti jumpa.kat opis /mana2.kalau i da balik nanati if u nak some info emel me. but i busy sbb opis akan pindah.i kat sini hubby & my friend yg tlg kemas barang.haha nasib hsbd satu opis..mesti dia memebebel tgok barang i bersepah2 n mesti dia cakap i bela sampah!!!

Jue-Isteri_Ibu said...

hepi belated besday ila..semoga panjang umur, murah rezki n sentiasa berbahagia disamping keluarga tercinta..