ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, January 20, 2011

Ada apa dengan Thaipusam?

Seperti yang semua tahun dengan sambutan Thaipusam, KL & Selangor menjadikan hari ini cuti umum. Horeyyyyyyyyy!! Bagaimana kaum India gembira dapat cuti semasa Hari Raya, kaum Cina gembira ketika Deepavali segembira itulah saya kerana pada hari ini saya berjaya memenuhi keinginan saya yang tertangguh sekian lama!!!

Saya ke sini.SALON!!! Di area rumah saya rasanya tiada salon.Kalau ada saya kena ke arah IOI Mall yang saya jangka sesak.Saya lagi prefer ke arah Equin Park di Seri Kembangan. Kedai ini berada bersebelahan dengan Jaya Jusko Equin Park. Di kawasan ini ada  4 atau 5 salon. 

Salon pertama yang saya masuk saya reject.Nak tau kenapa? Bila saya tanya berapa charge yang dikenakan mereka mula bercakap Mandrin sesama mereka dalam jangka masa yang saya rasa lama. Untuk bincangkan price pun lama? Sampai beberapa dailog. Saya lagi benci bila saya tak paham. Belum lagi cara yang tak mengalu-alukan pelanggan sedangkan kaum Cina amat terkenal mengutamakan pelanggan mereka. (Okies Amana nanti mama hantar kelas Mandrin tak pun belajar je dengan YangTok kalaula YangTok ingat lagi hehe)Saya bukan racist okies. Kalau tidak saya tak kawin dengan En.Papa. Tapi cara mereka buat saya sebagai pelanggan rasa menyampah. Dahla salon pun cuma ada 2 kerusi dalam erti kata lain baru nak cari pelanggan tapi cara da spoil.Oh price dalam 250++ termasuk special treatment.Kalau rebonding sahaja 130++.

Saya ke salon ke dua pula. Alahai penuh pulak.Dan saya ke salon ke tiga ini. SNIQS Salon. Saya hampir sahaja keluar bila tengok macam penuh. Tapi cepat2 seorang pekerjanya terpa dan tanya saya nak buat apa?Terus  saya tanya price dan dia terus beritahu RM118 dan tambahan untuk treatment biasa 30++ dan kalau special treatment RM88. Saya terus setuju nak buat rebonding dengan treatment biasa. Saya suka tengok dulu kerja diorang.

Itu bukan saya ye.Itu orang sebelah.hehe. Selepas saya tengok kerja mereka saya puas hati dan tukar ke special treatment lagipun betul bagai dikata rambut saya kering sangat. Sepatutnya price jadi RM206 .Saya bargin RM200 boleh?Nyampah pulak ada RM6 tue.Hehe.. Ok katanya.

Prosesnya ialah  mula-mula rambut saya dikeringkan sebab rambut saya basah dan pastinya diorang tahu saya dah syampoo rambut.Letak satu krim. Biarkan dan stim. Selepas itu cuci.Keringkan dan mula iron. Selepas itu letak lagi satu krim yang saya rasa ini special treatmentnya. Stim dan cuci lagi. Mereka juga potong rambut saya yang didapati seperti kena gigit tikus. Tempoh masa lebih kurang 3 jam lebih.

 Comel sungguh hiasan merah di atas tue. 
Terasa kemeriahan Tahun Baru Cina yang makin hampir.


 Ini sstaylist saya Eddy namanya. Sportingkan? Saya minta izin nak amik gambar sebab nak masuk blog.Hehe. Saya suka dengan salon ini. Kiranya 3 orang mengerjakan rambut saya tadi. Eddy, seorang ladies dan yang terakhir si jejaka penggunting rambut. Mereka nampak bersungguh2 melaksanakan kerja mereka bukanlah sekadar melepaskan batuk di tangga.

Saya terpengaruh dengan si Eddy.Hehe.
Apa isi dalam beg ne??

Ini isinya. Sampoo. Conditionor. Dan yang bekas bulat tue treatmentnya. Semua RM58.Yang menjadikan kos saya berbelanja hari ini RM256. Berbaloi? Yeeee berbaloi. Lebih berbaloi dari salon pertama yang kosnya RM250++ tanpa barang-barang ini.

Anak-ank siapa jaga? Sudah pasti En.Papa. En.Papa tak marah ke saya habiskan duit macam ne? Tak!!Sebab En.Papa tahu saya dah buat segala tanggungjawab saya.Ada bahagian untuk keluarga dan pastinya ada bahagian untuk diri sendiri sebagai reward saya bekerja. En. Papa kegemarannya make up kereta dan motor dan ini cara saya. Tak membazir ke? Kan saya pakai tudung.? Takla..Saya nak cantik2 untuk En.Papa dan anak-anak.Amana siap puji "Cantikla rambut mama". 

Saya pun tak paham kenapa rambut saya jadi ketak2. Saya tengok gambar saya kecil2 rambut saya selurus rambut Arief. Mak kata mak selalu ikat rambut saya dengan macam2 fesyen. Tocang, ekor kuda dan macam2 lagi.. Kawan-kawan tau kan rambut Amana camana? Saya dah cakap nanti bila Amana besar buatla  rebonding . Dan jawapannya "Tak payahla mama.Kan rambut Amana lawa macam Hafis (AF)"

p/s: Kepada rakan-rakan yang menyambut Thaipusam terima kasih kerana tanpa perayaan kamu saya takkan berkesempatan untuk ke salon kerana hujung minggu saya memang penuh dengan program keluarga. Takkan nak keluar masa keja untuk ke salon? Ada berani?? Ohhh saya belum berani...haha...

4 comments:

Mama Zharfan said...

owh i love this entry :) me pun suka pamper myself kat salon and kat spa :) memang beshhh :)
kalau u sibuk rebonding, me plak sibuk nak perm rambut ahhaah sbb me teringin nak rambut wavy :P dh boring berambut lurus--so far cuma sekali je me buat perm ie sebelum my wedding thn 2004 hahah
me jugak suka perm eyelashes sbb terpengaruh dgn adik me--dia suka bulu mata lentik :) me jeles so me pun buat gak :P kat beauty salun pastinya :)

Nur Sakinah Ahmad said...

saya kalo g treatment rambut kt jln duta gak..ada salon pompuan kat selera duta..g lunch hour hari bekerja..ila, kat putra perdana ada spa/beauty house..nti g sama2 nak..dh lama tak melulur satu badan..wiken ni saya g bengkel pre-adsense 101..lima ploh hengget..nk join tak? esok, 9.30 smp lunch

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

MZ: ini pun dah lama sungguh tak rebonding.last masa kawin tahun 2006. dah 4 tahun!!! mata pun boleh buat lentik..best ne..mahal tak??

kinna; Jom nanti kita set timing..kalau ada geng spa baru best haha

alamak lum tanya en papa lagila..nanti ila tanya dia ek..sekejap jekan. 9.30- lunch je..maybe boleh kot..tapi ila lagi teringin yang mummys day out masa kinna takde tue.. yg rm80 tue

Nur Sakinah Ahmad said...

pegi la..nti apa2 leh kongsi..hukhuk..(mmg nk kena blk kg gak..dh la blk dua kg i.e klate ngn penang..pas ofis hour trus blah..)