ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, January 7, 2011

bmydania 1st Giveaway.!! ;)


Saya join contest di atas yang ditaja oleh bungacheriicollections

Di bawah adalah "when heart speaks"
Ikhlas dari hati  saya

Photo di hari pernikahan saya yang jadi bukti betapa berat hati mak melepaskan saya

Ditangga teratas pastilah mak saya yang techinta. Kalau tak percaya tengokla header blog ne. Ada gambar mak tau!! Ada sesiapa yang boleh menidakkan kasih ibu? Tiadakan? walau dalam seribu kepayahan mak masih cuba memenuhi impian saya. Saya ingat saya pernah request mak jahit baju kurung masa sekolah dulu gara2 kawan saya memakai baju yang dijahit ibnya.Sedangkan mak dah lama sangat tak menjahit. Selalu mak beli je baju sekolah. Tapi demi saya mak jahit jugak. Pernah jugak saya teringin nak makan nasi lemak yang sorang makcik ne jual tapi rupanya hari itu dia tak jual sbb dia buat utk jamuan kat sekolah. tak sangka mak cuba jugak mintak Tapi dia tak bagi pun walau sebungkus.HAMPEH!!! Mesti mak frust sebab tak dapat penuhi keinginan saya.Mak, angah tak teringin sangat pun lagipun nasi lemak mak paling best kat dunia!! Itulah ibukan? walau anak sebut apa sahaja cepat2 dipenuhi.mampu ke saya buat perkara yang sama?

Oh En.Papa. walau kita bukanlah pefect couple. Tapi kita telah dijodohkan. Nak buat camana ek?hehe
Saya sayangkan dia sepenuh hati tapi kadang-kala keadaan sekeliling buat kita tak sependapat dan bertelingkah jugak. Kadang2 sebab anak-anak pun kita boleh masam muka.haha.. Sempena tahun baru..Nak buat azam ne semoga kita akan cuba jadi the best husband&wife for each other. Saling berubah untuk kebahagian kita & anak2. Semoga our little family akan jadi lebih bahagia dari tahun2 sebelumnya..Walau kita takkan dapat elakkan dari bertelingkah & tak sependapat tapi I wish ia boleh diminimumkan .Buhsanlahkan asik jadi macam parti politik.Mentang2lah kami sokong parti berbeza.Opsss undi adalah rahsia.Whateverpun  if one day happend perkara yang paling teruk dalam sejarah dunia pun saya harap kami masih bersama untuk buktikan yang cinta kami memang kuat dari dulu, kini dan selamanya (eh ne slogan sapa ne?)..


Oh ini anak sulung saya si cilik Dalia Amana.Kenapa dia penting dalam hidup saya? Kerana dia anak saya!! jawapan dottttttttt.. hehe..Kerana dari dia lah saya melalui pelbagai pengalaman pertama.Pertama kali mengandung,melahirkan anak, berpantang yang tension itu, menukar lampin, buat susu dan sebagainya. Dia peneman saya dan memahami gelodak hati mamanya. Dia menyayangi saya dengan kasih seorang anak kecil. Sekarang dialah teman shoping saya!! saya tak kisah En.Papa tak ikut asal saya boleh bawa Amana.Lagipun Amana dah besar saya nak dia berjalan, melihat sekeliling bukan terkurung di rumah. tak gitu?

Ini anak kedua saya.My lil Arief.Nama penuh Amirul Arief. Kenapa saya sayangkan dia? Oh saya takkan bagi jawapan dottttttttttt lagi. yang pasti melalui Arief  saya melalui pengalaman meyusukan anak buat pertama kali. Ia amat membahagiakan dan membanggakan!! Saya gagal dengan Amana dahulu. Dengan Arief ia satu kekesalan bila saya terpaksa memutuskan penyusuan selepas 8 bulan lebih akibat sakit belakang.

Dan pasti tidak lupa kakak dan  adik2 saya.kami telah melalui masa kecil kami bersama.Bergaduh, bertelingkah, saling mencemburui tetapi kasih kami tetap selamanya. saya hargai pertolongan mereka ketika saya berpantang dan memerlukan orang untuk menjaga dan mengasihi anak2 saya bila saya tiada. Dan merekalah orangnya. I love them so much. Dan selepas berkahwin perasaan kasih sesama adik-beradik rasanya lebih dalam dan kuat kerana masa membataskan perjumpaan kami tidak seperti kami kecil2 dahulu di rumah kecil kami. Miss that time!! (Cuba kira berapa kali perkataan kecil disebut?hehe)

 Along yang berhati mulia

Dari anak2 saya kecil Ada memang pandai mendiamkan mereka

 Adik bongsu saya Sarina yang menjadi "musuh ketat" Amana

 Satu-satunya adik lelaki saya.Walau dia tak pernah sebut tapi saya tahu dia harap saya berkahwin dgn lelaki yang paling baik dan boleh mengasihi saya bcoze I deserved it.kuang..kuang..

Last but not least ayah saya yang terlalu amat menyayangi cucu-cucunya!! Angah tau tiada atok sebaik ayah!!

 saya nak tag:
Myza My sahabat
Linda My BFF
Life As Mama Liza
Zaza My School Buddy
Kinna My Life Journey


No comments: