ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, January 26, 2011

SINAR FM- PERATURAN YANG TAK MASUK AKAL

 Gambar ehsan dari Sinar FM

Segmen pagi yang dihoskan oleh Krel, Kak Engku dan Salih Yackob aka Abg Jem memang amat-amat menghiburkan. Itulah santapan halwa telinga saya setiap hari dan En.Papa setiap kali berdepan dengan kesesakan lalulintas pada pagi hari. Memang best. THUMBS UP!!

Semalam punya topik (Selasa, 25/1/11) topik pada waktu pagi adalah "PERATURAN YANG TIDAK MASUK AKAL". Pelbagai pendengar yang call. Ada sorang tue memang saya pun nak tergelak dengar. Di pintu masuk di sebuah klinik  kesihatan (saya lupa tempatnya) terpampang signbord "JANGAN KETUK SEBELUM MASUK" . Bukan ke selalunya "SILA KETUK SEBELUM MASUK" Tapi mungkin ramai sangat pesakit sampai kan bila semua asik mengetuk pintu menggangu doktor atau jururawat kot? Kelakarkan??

Tapi dalam banyak-banyak panggilan ada satu panggilan yang mengecewakan saya sebagai seorang perempuan Melayu Islam. Begini ayat-ayat si pendengar " ada satu pasar raya di Kajang letak peraturan di kedai " SILA BERPAKAIAN SOPAN SEBELUM MASUK" lebih kuranglah ayatnya. Si pemanggil tak setuju katanya ayatnya  lebih kurang begini " kalau orang nak membeli tak jadi masuk bila baca signboard itu. tak sesuailah letak signboard itu kat pasar raya"Macam biasa 3 trio pasti mengusik "Awak pakai seksi ke?" Jawab si pemanggil "tak lah saya pakai tudung bla bla"

Saya & En Papa sepakat berkata "bukan peraturan tue yang tak masuk akal, ko tue yang tak masuk akal..haiyaaaaa" Terus-terang saya bukan seorang yang bertudung labuh atau berjubah  tapi saya respect di zaman serba moden ini  kalau ada yang betul-betul menutup aurat. (Insya-Allah saya cuba jadi lebih baik step by step) Tapi saya tak pernah memperkecilkan dakwah orang-orang ke arah itu. Ini kan negara Islam? Apa masalahnya kalau si pemilik kedai nak berdakwah di kawasan miliknya. Dia mungkin tak mampu berdakwah di seluruh Malaysia tapi itulah jihadnya yang termampu olehnya. Lagipun bukannya dia tulis " sila pakai baju labuh sampai kuku kaki atau sila tutup dari hujung kuku kaki ke hujung kaki kutu rambut" cuma memohon berpakaian sopan..Masalah ke??

Saya ne pun tak selera nak ke kedai yang di dalamnya ada perempuan/lelaki berpakaian menjolok mata sampai terkeluar yang di dada dan yang di punggung.Malu tegok. Tak payah nak tayang-tayang sebab saya pun adalah!! wink..wink.. Kalau Amana nampak dia akan cakap "apalah pakai seksi.tak malu." Anak kecil pun tau tau..

p/s: Tolonglah jangan call dan tunjuk kecetekan minda dan kedangkalan pemikiran dan memalukan orang Islam lain yang mendengar bila sebagai seorang Islam memprotes tindakan yang menuju ke arah kesopanan/ keIslaman. Kita ne negara Islamkan?? Kawan-kawan setuju tak dengan opinion saya ne??

7 comments:

Syima Emi said...

sgt setujuuuuuu...

Mama Zharfan said...

can't agree more!! i like this entry :)

Wonderful Life with Mary Kay said...

True3!!!

Waah... MZ pengunjung tetap blog Ila... Tahniah..

transformed housewife said...

kdg2 yg call tu, tak perasan nak komen tapi tertunjuk kelemahan diri sendiri. huhu

AishaAminudin said...

btul tuu.. fikir logik la kann

TANPANAMA said...

setuju sgt..kekdg ramai sgt pemanggil ni tak sedar derang dah buka pekung di dada sendiri..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

syima:TQ hehe

MZ: TQ PuanLowyer aka Leturer

Liza: hehe.. sama line.. cuma dia ada PHD ila takde haha

TH : yup..mengecewakan..camana nak buat HUDUD kat Malaysia? Kalau yang Islam pun tak paham hatta keperluan berpakaian sopan pun banyak komplen

Adyshariz: tah..apalakan??

Kejora: hehehe.. tue tak mo tepon radio haha