Posing pertama di pagi hari
Siapa datang lambat kena duduk depan sekali!!Mama bangga bila Amana langsung tak nangis masuk tadika.
Dengan selamba amik gambar depan tadika dengan posing yang diajar cikgu. Masuk dan letak beg kat tempat yg disediakan dan keluarkan pensil box princess dan terus duduk dibahagian paling depan.Terdengar kawan Amana berkata "Amana, duduk depan!!" Ada satu je kerusi kosong seolah2 khas untuk Amana.
Baju kurung utk hari Jumaat
Ini update sampingan.Kakak masuk tadika tapi si adik muntah2 dah masuk 2 hari.Ingatkan lepas hantar dua beradik ke taska nak uruskan beberapa perkara.Tapi terbantut sebab Arief tak sihat. Sabtu lepas kami balik kampung.Balik je dari kampung Arief terus muntah2 dan berak2. Saya tak hantar ke taska kerana keadaan Arief akan buat keja cikgunya bertambah dari biasa. Kesian pulak & rasa bersalah menyusahkan orang lain.
Bawa Arief makan di gerai untuk dia sedut udara segar.Kami makan di kedai makan di kawasan kampung. Cuacanya cukup nyaman bagai dikampung. Di Puchong ne masih ada area yg masih ada suasana kampung tau..
Muka yang nampak ceria. Balik je muntah & berak2 lagi.kalau masih begini esok mama jaga lagi ye.
p/s: Masa saya sibuk amik gambar Amana, cikgu dia cakap "ala tadika biasa je.kalau masuk Smart Reader barulah amik gambar". Saya jawab "Ini pun dah best!!" Cikgu kalau cikgu baca blog ne saya nak cikgu tau.. Saya sebagai ibu nak anak-anak saya melalui masa kecil mereka dengan kegembiraan tanpa tekanan yang keterlaluan untuk menjadi terlalu cepat besar atau terlalu bijak untuk dibanding-bandingkan dengan anak2 yang lain....Anak-anak saya gembira di sini dan saya tenang setiap kali saya pergi kerja cikgu dan anak2 melambai saya dengan ketawa dan senyuman dan bukanlah setiap hari dengan episod yang pernah saya lalui sebelum ini apabila Amana berlari menangis2 mengejar saya supaya tidak ditingalkan saban pagi .." Alhamdulilah sangat2 mereka gembira dan Insya-Allah selamat di sini...
9 comments:
amana sgt comel!!!
MZ: alhamdulilah dia tak menangis . Sejak malam sebelum tak boleh tidur sebab nak masuk tadika
si cantik amana posing tegak buat tergelak je. tingt lak posing zmn auntie wan kecik2 dulu! hahaha... tp suka tgk anak2 pakai costume kan :D
ILA TERINGAT JUGAK ZAMAN ILA TADIKA DULU ILA PAKAI BAJU TADIKA SEKSI ALA SILORMOON!! BAJU NAMPAK KETIAK HAHA
comei je amana..tadika tempat yg sama ke? senang la kalo gitu..taska anak2 saya tutup harini..terpkasa la amek cuti nk jaga anak..
warung tu mcm kenal, kat pulau meranti,kan??hehe
si bujang ku pun dah masuk tabika kemas. teruja nak pergi sekolah... pepagi dah bangun nak mandi... huhuh...
jemput join cabutan bertuah. sila laa war2kan kat kawan2 yer...
Tak kisah la tadika mana pun, yang penting anak kita minat nak belajar. Mahal tak semestinya tebaikk!!
psst, nampak raga baju tak lipat lagi tu penuh sebakul, teringat baju kat rumah... kahkahkah!!
amana yang pandai...comey pakai baju kurung :)
salam ziarah...
comelnya Amana... semoga menjadi anak yg bijak dan solehah...
Post a Comment