ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, March 11, 2011

SAYA MAHU JADI ORANG YANG POSITIF..SILA JANGAN SEMAKKAN FIKIRAN SAYA

Tak tau nak mulakan dari sudut mana tapi saya mulakan dari sini.  Saya suka jadi orang yang positif. Kadangkala saya menadah telinga juga bila "orang itu" memberikan citer-citer yang boleh menyebabkan pemikiran ini ke arah negetif. Pelbagai alasan dan reason.Tapi rasanya saya dah bosan kerana ia memberi ion-ion negetif kepada pemikiran saya.

Mak, I lap u tau!!

Walaupun saya ini bukanlah terlalu positif orangnya tetapi saya dibesarkan oleh ibu saya dengan menyerapkan kata-kata positif dan sikap yang positif. Mak amat dedikasi dengan kerja dan kadang-kala bawak keja balik.Mungkin untuk anak-anak jadikan contoh kita mesti buat keja dengan tekun. Mak jugak punctual time datang pejabat(malu i), macam tak penah cuti /mc dan amat suka+enjoy bekerja.. Antara kata-kata positif mak:
1. Angah kenalah ada target dalam hidup.Kalau Angah target 10; dapat 8 pun ok.Tapi kalau takde target apa yang angah nak capai?
2. Mak ne masa kecik2 hidup susah boleh dapat keja exekutif  takkan Angah yang duduk umah batu, duduk kat KL tak boleh dapat lebih dari apa yang mak dapat?
3. Mak memang tak tau jalan tue tapi kita isi minyak penuh2 kalau sesat tak risau.Ala kat Malaysia malulah kalau takut.Bukan kat London!!
4. Ala nak takut apa bukan ada pontianak pun. Time mak dulu lainlah memang ada pontianak.. Pontianak pun takutla kat KL ne asik pasang lampu.Mana dia nak terbang?
5. Takpelah anak mak tak reti buat kueh, belajar pandai-pandai keja bagus-bagus nanti beli jeeeeeeee

Tapi kadang-kala tak boleh cope jugak dengan ke'positif'an pemikiran mak.Contohnya

Kes 1
Mak saya memang tak teror biasa  sangat parking bila bawa keta lebih besar dari keta MyV. Kalau dia bawa keta ini bila nak parking mesti akan cari parking yang luas2. Kejadian ini berlaku di ITM. Mak nak hantar adik bongsu balik ke ITM. Parking yang mak nak masuk tue sempit dan dalam masa yang sama ada student nak parking motor di tepi dan menyebabkan ruang jadi sempit berbanding tadi. Mak boleh buka tingkat keta dan cakap"Dik..dik boleh tak parking tempat lain. Hari ne acik bawak keta besar selalunya acik bawak keta kecik.Jadi acik tak retila nak parking kalau adik pun parking kat tepi ne" Haha..Gelak guling-guling saya dengar cerita adik bongsu saya. Nak parking tak reti then selamba kodok  je suruh org parking tempat lain.

Kes 2
Mak tukar line tanpa beri signal dan orang sebelah sudah marah. Saya cakapla"Mak ne tukar line tak bagi signal.Orang  tue dah pandang marah kat mak" Jawapan mak "Mak tak sengaja.Biarlah dia nak pandang.Bukan dapat cucuk mata mak pun..." Adoiiiiiiiiii!!!

Kes 3
Makcik saya berkata dengan bangga "kueh ne dot dot (adik sedara kami yg lebih muda dari kami) buat. yang ne pun dia buat.Yang ini, yang itu..yang sini..yang sinun.. semua dia buat. Along (kakak saya) pandai buat kueh apa?" Terdiam je. Mak dengar dan cakap "Ala biarlah diorang tak pandai buat kueh.Nanti beli jelah. Kan rugi beli perkakasan tepungla,kelapalah, pewarnalah tapi  bila buat tak jadi. Lagi mahal dari beli jadinya. rasa belum tentu lagi.Kalau beli kat kedai A tak sedap, minggu depan beli kat kedai B.Kan dapat  macam2 rasa" Erkkkkkkkkkk..kalau zaman dulu mesti jadi anak dara tak laku..haha

Hehe..My Sahabat ne jadi pengapit masa I kawin

Okey contoh positif lain pulak saya telah bersahabat dengan sahabat saya ini sejak sekolah rendah.tapi rapat masa Form1. Pada saya dia isteri&ibu  yang amat baik&reda dalam semua perkara. I wish I can be like her. tapi selalu ke laut.. Saya tidak sesabar dia..Kadang-kala kata-kata dan nasihatnya menyedarkan saya.kadang-kala hal itu kecil sahaja tapi saya tak terfikir tapi dengan adanya sahabat ini saya menuju ke arah pemikiran yang positif.Kata-kata dan nasihatnya(ceh sama baya je..macamla sahabat saya tue org tua ) buat saya rasa tenang dan berfikir semula.


Okey contoh yang ini pula.saya kagum dengan BFF Ofice saya ini, walau dihambat tugas-tugas sebagai ibu&isteri dia masih tekun magapai cita-cita untuk dapat ijazah. Saya selalu berdoa dia berjaya mencapai impainnya. Walau ada kalanya dia menceritakan kepenatannya. saya sebagai rakan pastilah memberikan kata-kata sokongan. Saya juga ingin sambung study macam dia.. Go Go Linda!!
Contoh ini pula saya suka baca blog Puan Lina  kerana ia buat saya bersemangat untuk mendidik ke arah Islam. Walau saya mungkin tak boleh mendidik sebagus Puan Lina dalam mendidik anak sehingga mampu menghafal ayat Quran ketika kecil tetapi saya harap dapat juga serba-sedikit ilmu mendidik anak-anak untuk diaplikasi pada my little kids.

Okla cukup mukadimahnya (panjangnya mukadimah!!) Pernah dengar kata-kata "kalau nak kenali seseorang lihat pada rakan-rakannya" Betapa menunjukkan seorang kawan itu memberi kesan kepada keperibadian seseorang. Pernah dengar kata motivator Doktor Azizan "anda adalah apa yang anda fikirkan" Pada saya org-orang yang saya sebutkan adalah orang-orang yang positif dan buat saya mengkagumi mereka dan ingin jadi sepositif mereka. Bila kita fikir postif,akan baikla jadinya.Tapi kalau kita fikir negetif dan ada pelbagai alasan kemana kita?? Ke celah pokok pisang dan jadi kodok pisang yang berwarna kuning??Ahaksssss

Kesimpulannya di sini. Saya sukakan yang positif dan sudah jelak mendengar alasan dan kata-kata negetif kerana ia amat menggangu saya. Kalau sudah beberapa tahun saya mendengar pelbagai alasan sekarang saya sudah muak!! Umpamanya bos bagi satu je arahan dan anda ada 10 alasan untuk tidak membuat tugasan itu. Jangan datang pada saya/bercerita pada saya kerana saya sudah bosan dan naik menyampah. Kalau saya ada kekuatan untuk berkata "PERGI DARI SINI!! I HATE U" Alamak sungguh kurang ajar.. Mungkin biarkan jadi seolah-olah toleransi sikit "Kalau ia berkaitan keja most welcome tapi untuk perkara-perkara yang negetif/peribadi saya tak berminat!" Masih keras jugak.. Ayat apa yang sesuai lagi? Arghhhhhhhh mals nak fikir tapi serius saya sudah tahap hilang toleransi dan hilang respect juga hilang sopan santun yang mak terapkan pada saya. Susahla bila kita terlalu memikirkan perasaan orang ne..

 

4 comments:

transformed housewife said...

Ila, mmg bagus selalu fikir positif tapi yelah mesti terselit jugak fikiran negatif tu kan. Sy pun selau ingatkan diri spy berfikiran positif. Pjg betul entry ni. hehe

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

yeeeeeeeeee... mmg panjang sbb hati ne dah tak tahan menanggung gangguan percakapan negetif. hari2 kita dipasakkan dgn perkara negetif kita pun akan jadi begitu..apalagi kalau bertahun2 dipasakkan perkara itu.... sudah habis limit

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

oh kalau pk negetif sorang2 takpe tapi kalau pemikiran negetif tue dipasak kat kita jugak buat apa?tak sukaaaaaaaaa

e.l.i.z.@ said...

hahhaha kelakar la mak ila..eli sukaaaaa...part nk cucuk mata kena jeling sbb x bg signal tu plg kelakar hahah cool je ayat dia

haaa lg 1, yg sound time nk parking tempat sempit tu hahahahha