ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, August 11, 2011

Kisah Auntie A (Babysitter) & Anak-Anakku




Sori ye enty panjang. Biasalah mak-mak cerita tentang anak-anak..Hampir 2 minggu anak-anak berada dalam jagaan babysitter. Sebelum ini di taska. Ketentuan Allah jodoh anak-anak dan taska cuma mencecah hampir dua tahun. Alhamdulilah selama itu taska memberi yang terbaik untuk anak-anak saya dan saya sangat-sangat menghargainya.

"Auntie A" ne sebenarnya bukanlah baru sebab pernah menjaga Amana ketika Amana di dalam lingkungan 4 bulan. Ketika itu memang saya amat-amat terdesak memerlukan pengasuh dan entah macam mana diketemukan kami. Hampir beberapa bulan saya pun kurang pasti tempohnya dia menjaga Amana. Memang terbaek!! Sangat amanah orangnya sama ada dari segi jagaan, pemakanan, pemakaian barangan Amana, susu Amana dan sebagainya memang saya sangat-sanagt puas hati. Bayangkan Amana yang "bermasalah" itu tenang dan sihat, debab di situ. Tapi apabila Amana besar sikit dia teringin nak kerja juga kerana sebelum ini pernah bekerja. Selepas itu baru Amana saya tukarkan ke babysitter lain pula. Walaupun begitu kami masih berhubung dan kerap berhubung sebagai kawan.

Dan kali ini ketika saya terdesak sekali lagi nama yang bermain-main di fikiran adalah "Auntie A". Itulah segala yang diaturkan Allah adalah terbaik. Kebetulan dia telah berhenti kerja. Seperti yang dikatakannya  "suami tak benarkan jaga budak-budak lagi kecuali anak ila, sebab kalau anak orang lain tak tau hati budi mak bapaknya lagi. Kalau ila kami dah lama kenal dan tau hati budi ila". Masa itu hanya Allah yang tahu betapa saya nampak kasih sayang Allah pada saya & anak-anak umpama satu pintu ditutup satu pintu dibuka lagi oleh Allah. Jadi janganlah gusar kerana perancangan Allah adalah yang paling dan sentiasa terbaik.

Bila saya tanya tentang upah sekali lagi saya terkedu " ila bagilah berapa pun, saya terima sebab saya cuma nak tolong ila sebab ila dah banyak tolong kami" Akhirnya setelah berbolak-balik saya amik amaunt yang sama ketika saya menghantar AmanArief ke taska kerana dia langsung tak nak sebut upahnya.

Hampir dua minggu, alhamdulilah anak-anak nampak serasi. Kiranya di rumah itu ada 4 anak-anak. Anak "Auntie A" iaitu Alif (setahun) dan Nabila (5 tahun) manakala Amana (4 tahun) dan Arief  (2tahun). Setiap kali pagi-pagi Arief umpama nak melompat keluar dari tingkap kereta bila nampak "Auntie A" dan Amana tak sabar-sabar membuka pintu kereta untuk berpimpin tangan dengan anak sulung "Auntie A" yang menunggu van ke tadika. Insya -Allah tahun depan Amana akan ke tadika yang sama dengan Nabila. Semua keputusan di tangan En.Papa berkenaan persekolahan anak-anak.

.


Amana ketika di jaga Auntie A beberapa tahun dahulu
Ceriakan wajahnya? Debab pulak tue..


Kawan-kawan nak baca entry lama saya tak masa mula-mula saya hantar Amana kepada "Auntie A" dulu. Blog Dalia Amana& Amirul Arief ini  saya privatekan. Tapi saya paste kat sini. Oh tapi ini bukan nurseri yang menjaga AmanaArief baru-baru ne ye. Nurseri ne dah tutup pun!! 

aku ingin berkongsi pengalamanku sebagai ibu yg bekerja
selepas habis tempoh cuti bersalin aku mengambil keputusan mghantar amana ke nurseri
walaupun aku was2 nak menghantar ke nurseri / babysitter tetapi ada juga teman2 ku yg mghantar anak ke nurseri apabila naik keja ...dan pada mereka tiada beza sama ada ke nurseri/babysitter
nurseri ini dipilih kerana cuma ada 2 baby sahaja so pada fikiranku anakku takan terbiar
tapi anggapanku ternyata meleset...
 
anakku yg ceria & keletah, yg suka mandi menjadi sebaliknya
baru 6 hari aku hantar anakku dia seolah2 trauma
dia takut hendak mandi, takut dgn org, demam sehinga muntah menyembur2...
yg paling aku kesalkan anakku mula berperangai pelik..
menjerit2 seteruk2nya apabila baru lapar nak susu.. sehingga biru2 mukanya
sedangkan masa aku jaga dahulu kalau amana baru nak susu dia cuma menangis perlahan dan tgu sehingga susu diberi..kalau lambat baru amana nangis kuat sedikit...
 
tetapi sejak hantar ke nurseri dia menangis seolah2 org tak akan berikan dia susu
pada fikiran ku di nurseri ankku cuma diberi susu jika dia menjerit2 sekuat2 hati
jika ankku menangis perlahan dia cuma dibiarkan....
melihat amana yg jadi pelik aku buat sportchek
aku ikut jalan lain bila nak amik amana so keretaku tak akan dilihat bila datang
terkejut penjaga nurseri tue terus berlari dalam bilik ke tempat amana diletakkan
aku terus serbu masuk dan lihat kelamkabut seorang lagi penjaga memegang amana
dia pegang amana cuma sebelah tangan!!! 
 
tangan amana juga dipegang sebelah tangan & dikepakkan!!!
dan kelamkabut baru nak berdiri bila aku tercegat depan pintu bilik.
amana merenung aku dgn muka simpati...
susah aku nak cerita macam mana penjaga tue pegang amana kerana tak blh tjuk gayanya..
tapi hatiku bertambah tak sedap...
 
masa mula2 amana dihantar penjaga ne mandikan amana depanku
nampak cekap tapi kasar utk bayi 2 bulan
aku yg salah kerana menyedapkan atiku sendiri...
berulangkali aku yakinkan diri mmg macam tue cara mandinya kerana dia cekap bukan macam aku selembut2nya & terkial2...
tapi telahan hatiku benar belaka
amana tak sesuai di situ...
dia dibiarkan & dikasari..
aku kesal semua ne jadi...
 
anakku terus kurus sejak hantar ke nurseri
pipinya yang mugil terus hilang
mak ku terkejut & terus mengambil amana
mak tak bagi hantar ke nurseri tue lagi
sepanjang bulan puasa mak yg menjaga amana
dan aku terpaksa ulangalik dari puchong ke serdang setiap hari 

hari pertama mak menjaga semula amana  
mak bertanya kenapa amana takut mandi?? 
kenapa amana tak macam dulu masa pantang? 
kenapa amana asik menjerit2??
mcm2 soalan mak tanya... 
pening aku nak menjawab 
tapi mmg tenang hatiku sejak mak jaga amana ..senang hatiku nak pg keja... 

hampir nak raya aku mula mencari babysitter 
aku dapat nombor babysitter ne dari iklan yg ditampal di sekitar rumahku 
aku amik 4 nombor dan yg ne aku pk sesuai 
lembut orangnya...ada seoarang anak..dan buat masa itu dia cuma jaga seorang lagi budak yg berusia 3 thn..
 
alhamdulilah baru 4 hari babysitter jaga, amana banyak berubah.. 
walaupun terlalu awal untuk diberi pujian tetapi aku benar2 lega 
amana dah tak takut org  
last week aku bawak amana umh makcik & adik2ku  
dia tak kisah pun dgn sesiapa(ketika ini baru 2hari amana dihantar ke rumah bbsiter) 
dia asik ketawa sahaja dan asik nak main 
smlm aku amik amana (masuk 4 hari amana dijaga oleh babysitter) 
amana tgh tgok tv & yg paling tak tahan siap silang kaki sambil baring tgok tv 
nampak je muka aku dia ketawa & bercakap2 dalam bahasa dia 
bila nak balik aku dukung amana dan kepalanya terarah kebelakang 
dia bercakap2 pulak dgn babysitternya
 
aku betul2 bsyukur tgok amana menjadi seceria itu 
dan suamiku juga perasan segala perubahan amana 
suamiku juga cakap  
kalaulah amana suka tinggal di sini
 anak penjaga tue akan dapat macam2 darinya tanda terima kasih suamiku selain bayaran bulanan...

sukanya & tenangnya hatiku....... 
hati seoarng mama.....

 

9 comments:

azi said...

Salam..
Bukan senang nak dapat pengasuh yg. baik dan sayangkan anak2 kita...Amana dan arif memang bertuah .....

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

azi: alhamdulilah.. tenang ila kat pejabat bila tau anak2 dijaga org yg amanah

Mama Zharfan said...

syukur alhamdulillah..me paham sbb me pernah bwk arif (masa dia less than kecik2 ie lps abis pantang )ke ofis sbb masa tu tak dpt tmpt lat nursery uia...

Nur Sakinah Ahmad said...

mesti ila syukur sgt2 kan..syukur dpt pengasuh yg baik2..

Wansteddy Tales said...

Sedihnya baca kisah Amana kat nursery dulu. sebak smpai ke ulu hati... Ila pn tahu wan sendiri xpenah suka letak anak bawah jagaan nursery. kes2 dulu cukup buat wan hilang sabar. hari2 menangis kenangkan nasip anak. skrg 'masih fobia nak ada baby' kenangkan nasip damia dulu. wan risau next bb pn akan alami nasip yg sama dgn kakak dia. Hurm... terlerai juga rahsia hati hari ni...

transformed housewife said...

ini mmg masalah utama kita ibu yg bekerja. kalau dpt hantar anak2 di tempat yg elok, mmg senang hati sikit. Kalau tak, anak2 tak suka dan kita pun susah hati.

Liza said...

Liza pun tgh pening fikir sapa nak jaga second baby ni, Ila. My hubby ada plan nak amik maid, tp cam takut la....

Alhamdulillah Ila dah jumpa pengasuh yg baik.. :)

Nia said...

ni yg rasa nak pegi spot check baby sitter anak i ni..isk..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

MZ: time amana dulu penah bawak jugak datang ofis.. boleh tak bos tolong dodoi & bagi susu.. tue sayang sanagt kat bos..masa tue amana mmg haru-biru sbb jagaan tak elok kat taska

Kinna: syukur sangat2.. masuk ne dah nak masuk 3 minggu Arief belum muntah2 lagi kinna..syukur sangat!

wan: anak pertama mmg banyak cabaran..anak lepas tue insya allah ok..wan kena kuat semangat

TH: betul.mmg susah hati.. ibukan?

Liza: dulu masa arief dah nak dekat lahir mmg carik maid.. tup2 malaysia indon ada konfrontasi pasal maid pulak.. duit lebur jugak la .. sikit je dapat ballik

Nia: spot cek jangan tak spot cek