ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, September 24, 2011

Panduan suami/isteri yang baik

Sama-sama kita renungkan adakah kita sudah menjadi pasangan yang terbaik untuk pasangan kita (bagi suami isteri)..info dari Facebook Ustaz Azhar Idrus. Tapi saya dapat dari sini

Panduan Suami baik..
  • Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
  • Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah  pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
  • Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
  • Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
  • Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?
  • Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
  • Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
  • Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
  • Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

Isteri Yg Baik

  •   Nikahi suaminya bukan kerana harta atau dunia
  •   Sentiasa sedar syurga dibawah tapak kaki suaminya
  •   Taat semua perintah suami yg bukan maksiat
  •   Tak bangkang kata2 suami dan tidak meninggi suara
  •   Meminta ampun setiap kali suami keluar pergi bekerja dan waktu pulang
  •   Menyediakan semua keperluan suami seperti memasak dll
  •   Menemani suami makan sekalipun dirinya berpuasa
  •   Tidak menjamah makanan melainkan setelah suami mula dahulu
  •   Sentiasa memasak makanan yg digemari suami
  •   Sentiasa berada disisi suami bila suami dirumah
  •   Rumah sentiasa kemas dan bersih
  •   Berhias hanya utk suami dgn solekan dan pakaian tercantik
  •   Tidak suka mengungkit
p/s: selalu berdoa jadi isteri,anak & mama yang baik tetapi kekadang keadaan buat kita seolah-olah jauh dari itu...

13 comments:

transformed housewife said...

ada satu yg Ustaz tu bagitahu yg Knur tak pernah buat: "Minta ampun dr suami setiap kali suami keluar bekerja dan waktu pulang". Yg lain2 tu ada yg biasa dibuat dan ada yg jrg2 dibuat. huhu.

e.l.i.z.@ said...

bila baca part suami, rasa mcm "ye, dia kena buat mcm tu"...tp bila baca part isteri "erkkk boleh ke aku buat mcm tu"

CantikHijabku said...

As salam,

Sara sangat setuju dgn entri akak ni.

Salam perkenalan ye...^_^

Unknown said...

huhu...baru tersedar..rupenye..kite ni bukannya baik sgt untuk suami..uwaaaa..tq sbb sharing ye

AyuArjuna BiGoshh said...

suke posting ni :)

Unknown said...

bagus entry akak ni...thnks for sharing (^__^)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

TH; mcm malu kan nak mintak ampun.. raya je mintak ampun.. lagipun hubby bukan jenis romantik2 ne..kang mintak ampun dia kata tebiat.. mmm.. camana ek..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

eli: meh kita cuba sesama

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

cantik hijabku: salam pekenalan juga

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

MR: sharing is caring

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ayu: hehe..mekacih kak ayu

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

sweet umi: kongsi sesama ye

Nur-nba said...

Tq for sharing...