ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, April 27, 2012

Cerita Sinar FM. Dato Fadzilah Kamsah kata boleh jadi anak derhaka..

Macam biasalahkan saya memang suka dengar Sinar FM. Suka gelak-gelak dengar bebelan krel, kak ungku & Salih Yakob. Selalu buat mood saya happy sangat bila dengar radio nie. Jem tengah jalan pun tak heran! Tapi serius tadi saya rasa nak nangis .. Panggilan dari seorang ibu yang merindui anak lelaki sulungnya.

Sedih betul dengar cerita dari ibu tue. Katanya anaknya dah setahun tak balik rumah. Sebabnya isteri anaknya (menantu)  kecik hati dengan makcik  nie. Tak silap saya makcik nie siap call anak dia & anak dia sendiri yang cakap "tak balik jenguk mak sebab wife dia kecik hati dengan mak" Kekecikan hati menantu tue disebabkan kenduri menantu baru (adik lelaki tue) dibuat di hotel. Masa anak sulung kawin hanya dibuat di rumah. Makcik tue siap cakap "dulu makcik takde duit sekarang baru ada duit nak buat kat hotel".  Itu cuma cerita sebelah pihak ye. Kita tak tahu apa puncanya menantunya kecik ati. tak bolehla nak berat sebelah dengar citer ibu mertua jekan?

Makcik nie siap cakap "belajar agama pandai. Belajar tingi-tinggi kat UIA tue haa tapi takkan tak tau berdosa buat ibu macam nie"  Lebih kurang gitulah ayatnya. Serius makcik nie dah kecik ati sangat dekat anak dia..

Tapi pada saya yang  paling penting adalah anak lelaki tue. Biarlah wife dia nak kecik hati sepuluh tahun pun dengan mak mertua & bini dia tak mo balik tapi apasal dia sebagai anak lelaki sulung tak balik je rumah mak dia sendiri? Bini tak mo balik so ko pun tak boleh balik ke? Ko tak reti bawak keta ye? Bini ko je yang reti bawak keta? Ibu tue cakap lagi anak menantu dia selalu balik umah besan dia means parents menantu dia sebabnya sebelum nak ke umah besan dia perlu lalu umah dia dulu. Ibu nie pun cakap dengarnya menantu dia baru je bersalin. Diapun tak tau menantu dia mengandung & dah bersalin. Weiiiiiii ko tak rasa rindu ke nak tatap muka mak sendiri? Setiap kali pegi umah mertua lalu umah mak sendiri  tapi ko tak singgah pun. BAGUS PUNYA ANAK!!

Part paling sedih adalah bila Sinar FM beri peluang makcik nie  buat ucapan untuk anak dia.  Siap merayu ok. Saya yang bukan anak makcik tue pun nak meleleh air mata. Tak taulah anak makcik tue.. Lebih kurang macam nie ucapan makcik tue:

"Nak balikla. Mak rindu nak tengok anak & cucu.
Mak nie sakit jantung.
Tak lama lagi mak nak masuk IJN.
Sebelum apa-apa jadi kat mak datangla jumpa mak"

Salah sorang dari tiga DJ Sinar FM mintak sebut nama anak makcik nie.
tapi kasih seorang ibukan? Nak tau apa jawapan makcik nie?

"Tak bolehla sebut nama anak makcik.
Anak makcik orang berpangkat kat Putrajaya tue.
 Nanti kalau orang dengar malu pulak anak makcik tue.
 Nanti dia malu dengan kawan-kawan kat tempat kerja"

Ok sesiapa yang merasakan dia mempunyai persamaan seperti di bawah:
-study kat UIA
- keja Putrajaya
-pangkat besar
-isteri baru bersalin
-dah setahun tak jenguk mak

Silalah jenguk mak anda sebelum terlambat kerana kata Dato Fadzlilah Kamsah anak-anak yang membuatkan parents kecik hati kerana tak menjenguk ibubapa sehinggakan parents tue rindu boleh  jatuh tahap ANAK  DERHAKA (lebih kurang macam tue ayatnya silala dengar selalu kat Sinar FM. Selalu ada kata-kata hikmah Dr FAdzlilah Kamsah)



Setahun tak jumpa mak pun relex jekan?
I tak jumpa seminggu pun dah panas punggung nie
Tak dapat jumpa mak,  call untuk gosip-gosip pun jadilah


p/s: En. Papa keja Pahang 2 hari jadiknya saya  & anak-anak ber'kampung' kat umah mak.
Syok gilosss

17 comments:

Aleyn said...

Hai..anak cam ni pun ada kan...menantu tu lagi lah...ibu suami mu ib u mu jua...

LAst week dah jumpa Mak Abah....next week lak jumpa lagi....kalau bleh nak jumpa tiap ari...huhu

yumielufya said...

MasyaAllah sedihnya dengar..terasa hati Yumie ni remuk bila dapat tahu ada lagi org terpelajar yg melupakan mak kandung sndri.Takkan kes kecik hati pun jadikan Isu tak nak balik.macam2 dunia skrg ni..Mintak2 la benda ni semua dijauhkan dari keturunan anak cucu cicit Yumie nanti..tak boleh hidup tanpa Mak.Mak la segala2nya..

AyuArjuna BiGoshh said...

klu isteri syurganya di tapak kaki suami...klu suamii syurganya masih lagi di tapak kaki ibu......sedeyyyyyyyyyyyyyy

rasp said...

ala termiss plak citer nie....
akak yg baca nie pun rasa sebak...
inikan ibu tu yg mengalaminya....
smoga anak dia tu cepat2 lah insaf...
dan smoga jgnlah terjadi 'benda' mcm nie kat kita kelak...

Ezna Khalili said...

speechless....sedih x terkata :-(

ReramaBiru said...

~terdiam seketika baca cita tue..sanggup buat camtue..:(

ROJAK said...

kalau anak sulung perempuan tak balik jenguk mak takpelah sebab mesti utamakan suami tapi ini anak lelaki.......

Anonymous said...

Kesiannya kat makcik tu, sampai hati anak sendiri buat macam tu. Dah la tak balik jenguk, call bertanya khabar pun tak. :'(

Wonderful Life with Mary Kay said...

Seduh baca luahan hati mak dia.....

Hrm, mcm2 cerita... Ni dtg berkampung kt blog Ila hari ni.. Bz lately....

umiawadah said...

anak lelaki dah lupa agaknya,syurga bawah kaki ibu...sebagai isteri (kalau nak jadi isteri mithalilahkan),sepatutnya dia ingatkan suami dia ada tanggungjawab terhadap ibunya..saya hari-hari tipon mak,sampaikan bila sehari tak tipon rasa macam ada yang tak kena..beringatlah wahai anak lelaki!

Unknown said...

cian mak dia...kan..
hai singgah sini..salam kenal..^_____*

Mama Zharfan said...

me pun nangis masa me dgr mak dia merayu2 kat radio sinar suruh anaknya balik..memang dh taraf anak derhaka tu..

madammondoq said...

eh.. i pun layan sinar fm ni.. best!!!

Syazana Zainn said...

sedihnya dengar
sampai hati anak dia buat mcm tu kat mak dia.hmm

kalolah saya, rasanya mmg setiap minggu balik waktu menyewa dulu
sekrang stay dengan parents

sy harap kalo ditakdirkan berkahwin nnt saya akan adil balik kampung :)

aqishah said...

tahniah menang jacob

emarieys said...

sedihnya ada anak buat ibunya camtu... si ibu pula masih lagi fikir pasal si anak.. tak sanggup nak dedahkan nama

okey..nanti kita dating kat KL Sentral yer..next week ema outstation seminggu....

nita kreatif said...

Suami dayus....