ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, November 7, 2012

terima kasih cikgu

saya sering merasakan selain ibu kita, cikgu tadika adalah cikgu yg sgt2 berjasa. mereka mengajar anak2 kita yg masih '0' dalam membaca dan mengira. bukan bermaksud cikgu sekolah rendah / menengah tak penting tetapi terfikirkah kita tanpa cikgu tadika; bolehkah anak2 kita belajar dgn sempurna di darjah 1.


soalan pertama saya pada cikgu amana 'kenapa amana dapat no 1?amana cakap dia dapat no 1 sebab pandai menari" kiki tak baik kan?underestimate anak sendiri. sebab terus-terang saya lebih senang biarkan amana dengan dunia kanak2nya. tengok carton, main di taman, berenang, mewarna, berborak2 sampai penat nak dengar, berangan nak jadi apa, make up, dressing..  emak saya pun mcm tue lebih suka amana happy dari 'ditekan' belajar di usia  cuma 5 tahun". en papa pulak hanya kelam-kabut mengajar bila dapat surat dari cikgu tadika bagitau timetable exam. muahaha... masa amana masuk tadika di usia 4 tahun mak org yg paling tak setuju. alasannya susah hati cucunya tak dapat bermain n bergembira! hihi..  amana sendiri yg request pada cikgunya.. dan saya ada ckp dgn cikgu tadika masa umur 4 thn "jgn paksa amana study ye kalau dia tak nak. saya tak nak dia belajar teruk2 masa kecik. nanti tiba masa dia patut study sungguh2 dia dah jemu"

balik kepada soalan saya tadi..cikgu amana ketawa." aah betul sebab amana pandai menari. tapi sebab amana pandai jugak. bagus bila jawab dalam kertas dan bila ditanya soalan lisan. amana akan jawab penuh2. cthnya : siapa nama kamu "nama saya dalia amana bt mohd khairul fadzli" kalau budak lain cuma akan jawab "amana" . no satu nie kita amik kira keputusan exam paling tinggi and potensi diri dia" (budak suka makeup nie ada potensi gak ye? ;) )

soalan sensasi yg mesti ditanya " amana tdo dalam kelas lagi  ke cikgu?" bdebar2 je nak tgu jawapan .. " tdo jugak. ada sekali tue tdo duduk. boleh plak dia tdo duduk tak gerak2.. ketawa cikgu2 tengok..tapi semester nie dah kurang sikit dari sem lepas. tapi takpela sebab dia masih boleh belajar" hahaha... nak kena betullah budak nie.. ikut peel en.papa la nie suka tdo dalam kelas..ada banyak lagi yg kami bincangkan.

bila cikgu bagi borang utk sambung tadika umur 6th utk  tahun depan saya dah start nak sedih. bak kta en papa saya nie emosi terlebih... tahun depan kami kan nak pindah rumah. sah2 pindah tadika. jawapan cikgu amana "amana nak pindah. sayangnya.. penat2 cikgu ajar amana nak pindah?amana antara yg ada potensi kat sini tau.dengan umur 5 thn dah kuasai 3M".

amana pun penah cakap "tak boleh ke umah baru kita tue angkat bawak kat sini. tak payah amana pindah sekolah. amana boleh mandi kolam kat rumah sekarang nie" hurmmmm.... mama bukan badang amana..


tak terbalas jasa cikgu2. nak bagi emas, intan berlian saya tak mampu. jadi saya hanya dapat bagi keronsang sahaja utk semua cikgu. terima kasih sebab cikgu didik amana sehingga blh membaca,mengira, menulis dan mengaji... sya sendiri terlupa bila amana rupanya baru 5 tahun bila tgok dia dah boleh baca manuskrip yang saya buat n menyibuk baca suratkhabar... semoga cikgu2 gembira dengan cenderahati yg tak seberapa nie. semoga cikgu terus mendidik anak bangsa sehingga berjaya..

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA UNTUK CIKGU2 TADIKA RESTU

9 comments:

Gieyana said...

speechles bila anak2 kecil berkata2 kan..diaorg mmg underestimate..kdg2 jawapan tue membuatkan kita tersenyum2..:)

TS said...

good job amana..
tp kan sis..dlu kt U sy ade kwn..
dlm clas tido memnjang..
exam die yg score.. :)

syalinda johari said...

pandainyaaa amana...tahniahh pada amana dan mamanya serta ayahnya juga..

cahayahidupku.blogspot.my said...

hahhaha akak suka ayat "mama bukan badang amana"

Wonderful Life with Mary Kay said...

Tahniah Amana. Bagus cikgu2 tadika dia kan? Amana ni jenis yang cepat pick up ni. Sbb tu tido pun boleh dgr cikgu ngajar. :)

Nur Sakinah Ahmad said...

pandainya amana! amana, kalau rumah baru tu boleh angkat, auntie pon nak tolong angkat jugak tau..sedih la nnti xde jiran gosip

Anonymous said...

tabik spring pada cikgu cikgi nikan

Wonderful Life with Mary Kay said...

Ila, jrenguk lg.. Nak bgtau. Liza cilok widget kat tepi tu. Thanks,Ila as my referrer

Fyda Adim said...

tahniah amana..sy pun bg keronsang kat cikgu2 adriana.tp murah jea..:D