ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, July 16, 2014

Akhirnya Adlan Khairy berumur 1 tahun.. Alhamdulilah


Assalamualaikum kawan2 blog
Alhamdulilah Adlan Khairy kini setahun pada 16 Julai 2014

Ketika entry ini ditulis hanya Allah tahu betapa syukurnya saya.. betapa saya sangat menghargai usia Khairy yang berjaya menjejak umur setahun.. dengan Khairy walau usianya bertambah satu hari saya sangat-sangat bersyukur.. Kenapa saya letakkan Khairy tanpa baju hanya memakai pampes?Tiada sebab cuma ingin berkongsi dengan kawan2 yang Khairy sudah setahun dan begitulah susuk badannya..alhamdulilah nampak sihatkan?Saya tak boleh katakan Khairy sihat sepenuhnya tapi saya boleh katakan Khairy makin stabil...

Sekarang kalau peluk Khairy rasa best sangat.. Rasa macam patung yang gebus.. Kalau dibandingkan masa Khairy sangat2 tidak sihat rasa terlalu ringan badannya.. Sekarang rasa nak terbalik ke belakang kalau bawa Khairy naik tangga. Rasa puas hati sangat pengorbanan saya meninggalkan pejabat hampir setahun apabila melihat Khairy tampak sihat. Kalau orang tengok sekali imbas memang tak akan tahu dia sakit. Tapi sebagai ibu saya tetap berhati-hati .. Kalau bawa Khairy keluar saya akan tengok keadaan Khairy sama ada dia selesa atau tidak kalau dia tampak tak selesa saya akan bawak balik cepat-cepat.. Saya tak nak memaksa Khairy.. Tapi buat masa ini Khairylah peneman setia saya ke pejabat pos.. menghantar abang kakak ke sekolah dan kadang-kala Khairy mengamok kalau lambat dari jadual biasa.. alhamdulilah..walau belum tahu bercakap Khairy nampaknya memahami..

Ini adalah gambar Khairy ketika kali kedua ditahan di wad .. Saya tak ada gambar kali pertama Khairy dimasukkan ke wad dengan tergesa-gesa.. Bila Khairy masih tidak juga masuk ke wad pihak HUKM telefon kami dan bagitau katil Khairy dah siap..kena masuk jugak sebab Khairy dah kritikal..kenapa  lambat masuk wad? Masih terdiam dan terkedu di rumah bila doktor pakar bagitau Khairy perlu masuk high depency unit dengan segera .. TQ sangat pada Prof Bilkish yang sangat prihatin..saya rasa saya tak ambil langsung pun gambar Khairy di wad ketika kali pertama Khairy ditahan di wad... Mata pun bengkak.. Asik menatap Khairy..lum lagi dengan luka bedah yang tak baik lagi..

Keadaan masa itu sangat sukar untuk saya.. Saya belum habis pantang .. Bersalin secara pembedahan dan bayi di tahan di wad dengan keadaaan bayi yang agak kritikal.. Ketika kali pertama ditahan.. Saya macam blur.. termanggu-manggu melihat Khairy diuji dengan dua tiga jenis ubat untuk mencari kesesuaian dengan dirinya.. Saya termanggu-manggu bila semua rekod keluarga ditanya.. Melihat bayi sekecik itu dimasukan IV.. bila tangannya bengkak..dicucuk pulak di peha..di kaki..  entah mana-mana lagi sampai satu tahap ada doktor muda lelaki memujuk saya untuk IV Khairy entah kali keberapa.. dan akhirnya saya larikan diri & cakap saya nak mandi..buatla apa-apa yang patut.. Bukan silap hospital tapi Khairy yang terlalu kecik & kemasukan ubat yang tidak berhenti membuatkan urat2 membengkak dan IV perlu diubah ke tempat lain supaya ubat tersebut dapat bertindak balas dengan dirinya.. Mendengar Khairy menjerit dimasukkan IV buat hati saya sangat-sangat terhiris.. Yang paling saya tak mampu tengok bila doktor mata datang periksa Khairy.. Klip besi macam klip kertas dicangkuk kat mata Khairy yang masih kecik.. Dicangkuk pada kedua-dua belah mata dia.. Ya Allah saya yang dewasa pun belum tentu sanggup hadapi semua tue.. Melihat Khairy menjert-jerit melalui proses tue buat saya nak bawak Khairy lari dari semua tue.. Tapi apa daya saya? Habis proses tue saya terus melompat peluk Khairy.. Terlupa yang saya masih sakit kat perut.. Rasa nak masukkan balik Khairy dalam perut supaya dia tak perlu lalui semua nie.. Tapi saya bersalin secara pembedahan pun nak selamatkan Khairy jugak..

Saya masih dapat ingat dengan jelas semua yang saya dan Khairy lalui satu persatu..  Ketika itu saya melihat kasihnya makayah&adikberadik pada saya.. Saya cakap jangan lawat Khairy di PHDU(Peaditric High Depency Unit) tapi mereka tetap datang.. saya tak nak sesiapa pun tengok Khairy yang sakit masa tue.. Tapi bila keluarga datang ..saya tahu saya sangat perlukan family saya .. Family yang dari kecik bersama saya... Merasa pelukan emak, ayah,kakak dan adik2 sangat melegakan..

Khairy dah pun menjejaki satu tahun.. Terima kasih pada kawan-kawan blog yang bertanya tentang masalah kesihatan Khairy.. Ketika itu saya hanya membisu.. Tak mampu nak beri jawapan..  Lebih-lebih lagi doktor masih mencari punca masalah Khairy ketika itu.. Saya belum sedia berkongsi ketika itu.. Dek kerana tak boleh menahan perasaan saya ada berkongsi dengan teman-teman contest selepas Khairy keluar dari wad pada kali pertama.. Itulah kali pertama saya berkongsi masalah Khairy dengan mereka yang tiada pertalian persaudaraan..dan rupanya perkongsian itu sangat melegakan saya..  

Dan saya bersedia berkongsi hari ini.. di saat Khairy semakin stabil.. Masalah Khairy yang sebenarnya...Khairy mempunyai masalah pada jantungnya.. Cukup setakat itu ye.. Bukan jantung berlubang.. Saya sendiri pun tak pernah dengar.. Gambar kat ats tue Khairy tengah main dengan wayar-wayar yang monitor jantung dia.. Hanya mesin-mesin tue sahaja yang dapat beri bacaan denyut jantung Khairy yang tepat.. Kalau guna seteskop (tak tau ejaan yang tepat :p)  tue tak accurate dan hanya Prof Bilkish je yang betul2 dapat kesan bacaan jantung Khairy.. Saya hanya ibu yang sangat berharap anak yang dilahirkan sihat ..lebih-lebih lagi kedua-dua anak sebelum ini tiada masalah.. Mengimbas semula setahun yang lepas saya tak sangka saya diduga dengan ujian ini.. Pada orang lain mungkin kecil tetapi dugaan itu tak terhenti disitu rupanya.. Dugaan yang berturut2.. Dah tak boleh berdiri nie.. Dah tertiarap dah tersungkur dah,. Tapi tengok mata Khairy dan anak-anak yang lain saya tahu saya kena kuat.. Tapi kita cerita tentang Khairy sahaja lah ye... Melihat Khairy yang tercungap-cungap setiap malam tidak boleh bernafas ..bagai tak percaya Khairy dah setahun.. saban hari tiap kali lepas solat saya doa Khairy sihat.. Dan kini saya ubah doa saya moga Khairy dipanjangkan umur dan dapat berbakti di jalan Allah.. Kalau dah tertulis penyakit itu satu "anugerah" pada Khairy apa yang saya mampu saya buat?

Tengoklah wajah Khairy.. Gelapkan? Bibir pun hitamkan? Dengar kata sebab oksigen tak sampai..  Kalau banding Khairy masa tak sihat dengan sekarang sangat jauh bezanya.. syukur alhamdullah.. setahun saya lalui.. anak-anak yang lain turut merasa tempiasnya.. masih teringat msg adik bongsu saya "kalau apa2 jadi pada Khairy..angah kena ingat yang angah masih ada amana & arief.. diorang pun anak angah jugak" mungkin melihat anak-anak yang berdua tue terabai kerana khairy lebih diberi keutamaan...

 amana & arief tak faham yang adik mereka tak sihat masa tue..melihat saya yang tak berganjak dari sisi Khairy saban masa.. melihat saya yang asik menangis.. amana arief masihla dengan keletah anak-anak.. arief yang masih dengan perangai manja..

 lemah sungguh sikenit nie.. sekarang? 
tak terkejar tengok Khairy meyelongkar semua barang.. alhamdulilah

 Arief selalu cakap masa tue "cepat sihat Khairy" walau dia tak paham apa sakit adik dia

tak tau nak letak caption apa..sedih tengok anak sendiri..

 alhamdulilah..walau Khairy tak full BF tapi hingga saat ini Khairy masih BF.. Paling lama kalau nak banding dengan anak yang lain..kekadang terasa sakit belakang bila BF Khairy.. saya kan ada slip disc tapi saya gagahkan juga BF dia.. kadang2 saya cakap "Khairy belakang mama dah sakit.. stop ye.." Khairy macam faham terus berenti BF..alhamdulilah Khairy mudah dibentuk..

 
 
 
 nie dah sihat sikit

gambar-gambar nie saya belum pernah share lagi.. saya tak share gambar Khairy lama juga.. sehinggakan ramai tak tau saya bersalin.. pertama kali saya share wajah Khairy masa umurnya 7 bulan .. masa tue khairy dah makin stabil... baru saya share gambar-gambarnya.. ada lagi gambar2 lama masa Khairy tak sihat.. insya allah saya share kalau sesuai..

 Saban malam .. beberapa bulan yang lepas saya tidur hanya tidur-tidur ayam.. saya akan bangun setiap malam untuk meletak jari di hidung Khairy.. untuk rasa gerak nafasnya.. kalau saya tak dapat rasa..saya goncang2 badan Khairy sampai Khairy menangis.. biar saya penat nak memujuk Khairy tidur semula asalkan saya yakin Khairy masih bernyawa :( alhamdulilah Khairy masih bersama saya.. harapnya biar saya yang pergi dulu supaya dapatla Khairy sedekahkan ayat-ayat quran bila saya tiada nanti..

 Terima kasih sudi baca entry sempena Khairy setahun
Khairy masih perlu teruskan makan ubat dan jalani pemeriksaan berkala untuk jantung dan mata Khairy.. doakan Khairy sihat dan dapat selalu menemani saya dan anak-anak yang lain

Terima kasih untuk doa kalian selama setahun ini :)

Ikhlas, 
Mama Adlan Khairy



4 comments:

syalinda johari said...

super dupper comelnyaaaaa

kayyana said...

Alhamdulillah.. semoga khairy sihat sentiasa... pengorbanan seorang ibu memang tidak mampu di balas oleh anak... semoga khairy menjadi anak yang soleh... kami hormati pendirian akak jika akak tak ceritakan tentang khairy.. ceritalah yang gembira sahaja supaya hari hari kite akan datang akan lebih bermakna... lupekanlah kisah duka tp jadikanlah kisah duka itu satu titik untuk kite terus bahagia... Insha Allah..

suwara entertainment said...

selamat ulangtahun pertama adlan khairy. aunty doakan khairy sentiasa sihat ye. kuatkan semangat demi mama kamu ye nak.. :)

MOMMYLIN said...

my son harris dlu pun pernah ward under case prof bil. she very good.