ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, August 26, 2014

Dalia Amanaku Sayang!!

Dah lamakan tak citer hal2 si Amana? Asik2 Khairy..Asik2 EKF-UTM.. So marilah kita kongsi citer Amana yang terbaru.. Oh pada yang dah lupa Amana dah darjah satu.. Dah 7 tahun Amana menjadi satu2nya anak perempaun saya.. Amana anak yang memahami cuma kadang-kala nakalnya boleh tahan.. Kalau dia nak buat nakal..dia akan suruh Arief yang buat.. sah2la dia tak kena marah tapi Arief yang kena.. hihi.. Kadang2 kesian kat Amana asik kena marah.. Anak sulung tanggungjawab lebih.. Tapi saya kena selalu ingatkan diri sendiri yang Amana masih budak2 lagi.. Tak boleh letak terlalu banyak harapan pada dia.. Tapi bila tengah kelam-kabut sapa lagi saya nak harap kalau bukan Amana? Saya ada hari dating dengan Amana tau.. Hari Jumaat... Sebab Arief pergi sekolah 12 tengahari..Amana pulak dalam jam 2 baru saya hantar ke sekolah ..so dalam tempoh dua jam tue selalunya saya, Amana & Khairy akan ke mana2.. Anak2 saya tak banyak diman.. Dapat bawak pegi Mydin& Billion pun da macam pergi Disneyland haha!! Tapi kalau belanja diorang makan2 saya akan pastikan ketiga-tiga anak ada walau saya stress nak handle semuanya..


Khairy memang manja dengan Amana. Kalau tinggalkan Khairy dengan Amana ok lagi.. Kalau tinggal Khairy dengan Arief.. huwaaaa.. tak berenti2 Khairy nangis..

 Tengok cartoon berjam2 mata tue boleh tahan. Tapi kalau baca buku? hurmmmmm.. baru dua minit dah lelap..camana ye? 

muahaha.. Amana bagitahu saya "mama , Amana dah buat jadual" saya ingatkan jadual untuk diri dia rupanya jadual untuk satu family.. Cuba korang tengok tugasan apa yang paling banyak disebut dalam jadual amana? Nampak sangatla Amana pun rasa saya terlalu banyak "menyidai kain" haha.. bagus Amana!! Amana dapat rasa kesengsaraan mama menguruskan kain2 yang melambak tue!! Macam dobi! 

Cuba tengok jadual rabu untuk Arief " Arief jangan buat mama" muahahaha.. ayat tergantung sebenarnya "Arief jangan buat mama marah!"

Jadual hari Khamis paling buat saya sebagai ibu terharu.. dalam keletah Amana sebagai budak.. betapa dia memahami yang mamanya perlukan rehat... "Mama rehat pagi2" Terharu rasa... Amana nampak mama tak rehat2 ye? Mama buat semua untuk anak-anak2.. Struggle untuk anak2... Dan berbaloi bila anak2 nampak dan merasa pengorbanan mama.. I love u Dalia Amana...




3 comments:

Nur Sakinah Ahmad said...

insyaAllah, anak sulung pompuan ni dia punya rasa kesian kat mama lebih..semoga amana leh jaga mama nanti :)

Mama Zharfan said...

so sweet ...

Wonderful Life with Mary Kay said...

Wah.. Amana sgt memahami la. So sweet.