ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, November 26, 2015

Me time and chinese man

Bercerita menghilangkan penat dan duduk sorang di puffy buffy nu sentral.

6 bulan kembali bekerja boleh bilang dgn sebelah jari berapa kali saya jejak nu sentral sedangkan hanya satu stesen lrt dari opis. Mengejar statistik kerja membuatkan saya sukar nak kemana2.. hati saya asik teringat statistik yg tak siap haha.. Mungkin yg dah teror mudah utk capai štatistik..tapi utk yg baru tatih2 nie ķenala tumpu lebih.. hari jumaat yg lunch panjang sy ber"me time" kat pejabat pos. So bila nak merewang kat nu sentral atau lain2 shopping complex kat tengah kl nie? TAPI kenapa hari nie baru nak lepak nu sentral? I need me time.. badan saya letih.. kepala saya letih..hati saya letih! Lepak nu sentral untuk tarik nafas.. 

Sampai nu sentral saya menung sambil lihat hp. Lunch saya tak makan.so lapar rasanya. Badan pun seram sejuk mcm nak demam.penangan lena hujan pagi petang semalam. Tiba2 ada lelaki cina di depan saya bersuara.. tak jelas sangat.. ramai org kat keliling atau memang suara lelaki cina nie yg perlahan... saya bertanya "apa?" Dia mengulang untuk kali kedua.. saya mcm dengar tapi  kurang jelas.. saya bertanya lagi "apa?" Dia menjawab untuk kali ke dua dan saya masih nak memastikan untuk kali ke 3 "apa?" Dia kelihatan hampa untuk menjawab kali ketiga dan hanya memandang ke depan... belas pula hati saya

"Awak nak dua ringgit? Betul ke?"
Tanpa memandang saya.. dia mengangguk...
"Nak buat apa?"
Tanpa memandang saya juga.dia menjawab "lapar"
Nak gugur air mata saya. "Betul lapar? Saya belikan makanan"
Baru pandang saya. Memandang dengan wajah tak percaya "betul nak belikan makanan?"
" tunggu tau.jangan pergi mana2"

Saya berkejar ke auntie anne.dan belikan set yg selalu saya order utk diri sendiri.lepas beli terus ke tempat tadi. Saya nampak lelaki cina itu asik memandang2 ke arah saya menghilang.mungkin nak memastikan yang betul ke saya akan kembali... apabila saya kembali..wajahnya ceria sekali

"Wahhhh!!! ada air jugak"
Janganla air mata ini tumpah..janganla tumpah...sebelum makanan bertukar tangan.. saya bertanya lagi
"Tadi mintak rm2 mana cukup nak beli makanan di nu sentral"
Dia menjawab lurus "tak apa saya boleh cari makanan di luar"
"Awak dari mana"
"Dari johor. Sudah 5 hari datang sini cari kerja"

5 hari? Aduhai kasihan.. cepat saya berikan makanan. Apabila plastik bertukar tangan.. saya seolah2 melihat dia ingin melonjak kegembiraan.. memandang muka saya dengan wajah syukur..  saya mengalihkan mata.. bimbang dia nampak air mata saya yang bertakung..

Inilah realiti kehidupan.. dimana2 tak kira bangsa.. rakyat marhaen struggle mencari rezeki..
Ini bukan zaman khalifah umar yang melihat dari pintu ke pintu kesusahan rakyat..
Sebelum ini saya bertemu lelaki melayu bisu menjual perfume di medan makan cheras.. boleh bayangkan "struggle" si bisu menjual produk?
Semoga allah memurahkan rezeki mereka dan semoga poket saya sentiasa berisi untuk membelanja mereka walau hanya seplastik "auntie anne"

2 comments:

Azian Elias said...

semoga yg sikit mendapat berkah ALLAH..sharing is caring kan.

aima said...

Kesusahan pelbagai bangsa....di mana mana