ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, December 26, 2016

Kenapa Saya Menyimpan Emas?


Salam semua
Coretan seorang mak yang sangat sayangkan anak magicnya
Bagi yang memang kenal saya pasti tahu saya ada anak magic
Anak saya ada masalah jantung
Sejak dia lahir saya dan adlan khairy yang magic struggle bersama
Sejak dia lahir saya berdebar2...
Sejauh mana dia boleh bertahan dengan jantungnya
Alhamdulilah sekarang dah 3 tahun lebih
Khairy stabil walaupun rate jantung belum normal
Khairy nampak sangat sihat
Berlarian seperti budak sihat
Sampaikan mak saya terlupa bila dia mengadu "khairy penat..khairy penat"
Keesokan hari baru mak call tanya keadaan khairy😂


Saya selalu terfikir nanti kalau masuk sekolah
Perlukah saya "berkeras" dengan khairy untuk pembelajarannya?
TAKKK.. anak2 lain mungkin boleh berkeras tapi bukan khairy
Jadi EMAS bukan semata2 untuk pembelanjaan perubatan khairy
Tetapi untuk khairy memulakan hidup bila dewasa nanti
Saya tetap berharap juga dia jadi anak yg bijak haha
Masuk universiti seperti saya dan papanya
Memegang jawatan yang sesuai dengan kelulusan
Mendapat gaji K-K-K
Tetapi dengan keadaan jantung dia
saya tak akan sanggup nak pressure khairy

Kita sebagai ibu bila tahu "keistimewaan" anak..bersedialah.
Bersedia hati dan perasaan
Bersedia ekonomi

EMAS untuk perubatan khairy
EMAS juga untuk pendidikan khairy
EMAS juga untuk khairy memulakan hidup nanti
Alhamdulilah ada juga doktor yang sependapat dengan saya
Cuba baca share ini..

Saya,
Stokist powergold demi adlan khairy yg magic😎
017 3201998


"Saya tak tau anak saya nak kerja apa bila besar nanti, membaca pun tak pandai"
===============================

Ini antara luahan hati ibu bapa yang mempunyai anak dengan masalah pembelajaran bila saya tanya pandangan mereka terhadap anak mereka.
"Gi sekoloh 5 tahun doh, baco pun tok bulih lagi, tubik sekoloh nanti nok kijo gapo tttahu". Keluhan seorang ibu kepada saya memikirkan masa depan anaknya itu.
"Dia ada kemahiran apa kak?" tanya saya.
"Kalu basikal punoh tu dio sukolah nok bekki" jawabnya.
"Ginilah kak, dia memang tak boleh gi akademik ni, kalau kak nak dengar cadangan saya ni, hantar dia belajar baiki basikal kat kedai basikal, biar dia ada kemahiran yang boleh tolong dia dapat pendapatan" usul saya. Ibu ini agak terkejut dan memandang saya tanpa berkelip.
"Kita bukan nak dia jadi pomen basikal tapi tokey kedai basikal yang berjaya, boleh buko banyak cawangan" tambah saya lagi. Berubah air muka ibu ini dari terkedu kepada senyuman.
Mungkin dia ingat saya memperlekehkan anaknya yang tidak cemerlang akademik itu,namun bila dia dengar ayat terakhir saya, baru dia faham tujuan sebenar saya.
"Kalau kak mampu boleh hantar dia ke sekolah vokasional atau mana-mana pusat kemahiran berbayar" saya menambah maklumat.
Ibu ini mengangguk-angguk.
"Kak ada buat tabungan tak untuk anak?" busy body betul saya ni.

"Adolah sikik sikik, sipey pitih mano ado" jawabnya
"Kak jangan simpan duit" saya memintas, ibu ini tercengang memandang saya.
"Pah nok sipey gapo doktor?" tanyanya mohon penjelasan.
"Simpan emas atau perak" jawab saya sambil tersenyum.
"Nok beli mano? " tanyanya lagi.
"Banyak tempat kak boleh beli, dinar kelantan, emas publicgold, power gold,hana gold, kedai emas biasa pun ada. Ikut kemampuan, boleh beli serendah setengah gram dalam seratus ringgit lebih je ikut harga emas terkini" ulas saya panjang.

"Nilai emas ni ikut nilai dunia kak, kak simpan RM1000 harini di rumah nilainya tetap RM1000 dua tahun lagi, tapi nilai tukaran RM tak taulah masa tu berapa, mungkin lebih rendah lagi, tapi kalau emas ni bila-bila pun sama. Zaman nabi dulu 1 dinar boleh beli seekor kambing, sama dengan hari ini 1 dinar tetap sama boleh beli seekor kambing" . terang saya lagi.
"Gggituuu dih" balasnya faham kut dengan penerangan saya.
"Simpanlah kak sikit-sikit untuk persediaan pembelajaran anak ni masa akan datang nanti" perlahan saya mengakhiri perbincangan.
"Mudah-mudahan kak lebih nampak jelas masa depan anak kak ni ya, walau dia tak pandai akademik, dia boleh berjaya jadi tokey kedai basikal satu hari nanti in sha Allah, tapi kena ada usaha punyai kemahiran baiki basikal dulu ya" sambil saya mandang kepada anak lelakinya yang duduk di tepi meja saya.
Itulah antara perbincangan saya dengan ibu bapa yang datang membawa anak dengan masalah pembelajaran ke klinik saya. Sangat berpuashati bila mereka dapat melihat kehidupan mereka tidak bergantung kepada akademik semata.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua. Sedekah ilmu di tengahari Jumaat.

Coretan ini boleh dibaca di PAGE DR NORLIZA ZAKARIA

2 comments:

cikmudahimawary said...

saya pernah dgr tentang ni

Mama Zharfan said...

emas is the best long term saving!