ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, July 19, 2017

Syukur saya masih bertahan

Saya C&P sahaja artikle ini untuk perkongsian semua.. bila baca setiap tulisan penulis nie ..rasa sangat bersyukur saya mampu bertahan lepas lahirkan khairy.. yang saya share hanya maslah kesihatan khairy sedangkan masa tue bertimpa2 lagi maslah yang tak terbendung dalam jiwa..syukur alhamdulilah..mungkin berkat doa mak saya walau dia langsung tak tau apa2 kecuali keadaan kesihatan khairy...

Bukan semua orang "bertuah" merasa pantang di hospital.. mandi air sejuk..tdo dlm bilik sejuk,kejung..kdg2 tdo atas kerusi..perut ceser ye..takde bengkung bagai..temgok anak kena cucuk sana sini.,test ubat sana sini.. camana nak sihat? Camana tak meroyan? Alhamdulilah sy stress tapi tak meroyan lagi..

cuba baca artikle penulis... meroyan bukan masa pantang atau lepas pantang je..anak2 dah besar pun boleh meroyan.. kesan dari tak jaga elok masa pantang, kepenatan mengurus anak2, masalah yg bertimpa2 etc etc..jadi take note ye ibu ibu..bapak..bapak.. dan tqk lupa meroyan juga ada masa mengandung.. alamak..jadi jagalah seboleh2nya perasaan isteri.. tak kanlaaaaa tak tau fikir apa yang melukankan hati isteri..apa yang dia suka..apa yg dia tak suka..memang masa preggy perangai isteri lain macam tapi selagi suami2 tak melukakan hati isteri samapi dia makan hati pedal jantung limpa..ok lagi.. ini dengan citer makan belakang.,dengan kaki pukul... panas baran ... entah apa2 lagi..manalah isteri tak meroyan dari start  mengandung..susah jadi isteri kalau dapat suami "pelik2" nie..mudah jadi isteri kalau suami elok perangai..

Eh sambung ..ye..saya jadi pemarah.. penat mengurus anak2..semua anak2 saya jaga masa cuti tanpa gaji tue.. kena monitor khairy..2 anak yang juga perlu ditengok..urusan rumahtangga. ...  tenaga saya cuma boleh bertahan sampai magrib sahaja..haha..itupun sebab saya makan supplement ekstark kacip fatimah utm tue.. sebelum saya makan ekstrak kacip fatimah tue..sampai tenghari je saya rasa nak pitam.. bila penat mulalh naik angin...sian anak2..kiki... cuba baca artikle penulis nie sampai habis.. mak dia pun ada bagi dia makan herba2 supaya dia sihat dari meroyan... so suami2 silalah sediakn budget ataupun sarankn isteri beli herba2.. isteri pun jangan banyak alasan ye..nak sihatkan? Kalau takut bayi kuning etc etc..usahalah carik yg sesuai..mak saya selalu cakap..kalau badan ibu tak sihat, ingat bayi boleh sihat? Bayi nak ibu dia yang sihat!

Lagi satu masa tue bila saya sedih saya buka quran.. saya letak khairy kat tepi..kadang2 saya tak baca pun..saya tak nampak tulisan jawi tue langsung..air mata je penuh.. mana nak nampak..saya selak2 je quran tue..akhirnya sy cuma peluk alquran dengqn air mata berjurai2..lama juga saya macam tue... bila saya dah boleh baca.. saya boleh kawal air mata..sy baca dengan jiwa yg sgt kosong tapi sy tetap baca terutama alwaqiah dan yasin..berulang-ulang sampai jiwa dan hati saya jadi kuat..alhamdulilah... lagipun masa khairy kecil saya memang tak bergerak dari tepi dia sampai dia buka mata.. khairy akan bangun lepas dengar saya baca quran..jadinya saya bacaaaaaaaa selagi khairy tak bangun.. saya percaya jantung khairy akan tenang dengan bacaan quran sebagaimana saya tenang tiap kali baca quran... kalau ada maslah janganlah jauh dari Allah dan Quran sebab itula yang akan menyelamatkan kita

Saya juga bersyukur saya ada blog..jadi setiap kali saya  menulis di blog saya rasa relese..lebih2 lagi bila brcerita tentang khairy.setiap usia khairy yang bertambah walau sehari satu kekuatan untuk saya..saya share segala perkembangan khairy.... sampai sekarang kalau ada masa sy baca balik blog dan baca di bahagian adlan khairy..mcm tak percaya saya dan kahairy sekuat tue melalui semuanya bersama.. termasuk dgn anak2 lain..amana dewasa dengan kehadiran khairy.. anak2 saya jadi anak2 yg sgt memahami... alhamdulilah..

Cuba baca penulis buat apa yg mengembirakan hatinya.. penulis keluar ambil angin di luar rumah! suami2 kalau isteri tue nak keluar berila..dia perlukan masanya sendiri..dah penat dia menguruskan anak2..hiruk pikuk anak2.. badan penat lepas bersalin..takkan jaga anak kejap pun jadi maslah dunia? Nak kawin bukan main..nak anak tak menyempat2 tapi ilmu sebagai suami dan bapa tak pulak nak amik tau! Perasaan isteri yang mudah pun tak amik tau..selalu sangat ke isteri tue keluar?cuba tengok sikap dia sebelum kawin dgn selepas kawin.. kalau dia nampak bahagia sama macam ketika jadi seorang anak ..tahniah pandai anda jaga isteri..kalau tidak..lu pk lah sendiri 😆😆😆😆

Laaa meleret pulak membebel..ok sambung..masa khairy dulu walaupun saya cuti tak ada gaji..tapi alhamdulilah Allah berikan rezeki yang tak putus2 melalui jualan online ekstrak kacip fatimah.. habatusauda..zaiton.. etc etc.. jadi saya masih ada duit poket sendiri.. saya kerap keluar dengan anak2..makan dengan anak2 kat luar..  tengok anak2 ketawa..buat saya bahagia..mcm saya ibu yg sangat sempurna..balik je rumah mula jadi mak lampir balik haha..tapi anak2 tetap melekat dengan saya.. pantang saya naik je tangga ..semua berlari sekali kiki...

Ya kita ibu..tpi kita perlu masa kita..kadang2 dapat 5 minit pun jadilah..kebiasaanya hampir waktu magrib semua urusan saya berhenti setakat itu..masa nie lauk malam dah siap anak2 dah mandi ..rumah dah kemas.. saya akan naik bilik dan kunci.kalau tak kunci semua anak2 masuk dan mulalah sorang mengusik..sorang melalak..sorang melompat..masa nie badan dah penat.. sy dah tak larat nak dengar semua tue..jadi saya kunci bilik..mandi2..siapkan diri.. nak solat magrib baru sy benarkan anak2 masuk.. kami jemaah sama2..saya ajar anak2 mengaji...

Isteri2 dan ibu2 jagalah diri sendiri.. maafla cakap nak dapat suami yg kekal di sisi waktu isteri tak sihat lebih2 kalau meroyan umpama cari emas dalam lombong! Isteri sihat pun carik lain acaner? Haha...Jadi belajar2lah pentingkan diri. Sebab kalau sakit yang merasa azab sengsara kita bukan orang lain.. kalau dah tau nak bersalin..ketepikan duit utk berurut.. herba.. etc etc.. ada suami pejam mata je..dia ingat lepas beranak..pandai2la nanti sihat sendiri.. kalau demam pun kelamkabut carik doktor.. luka sikit mcm nak mati.. tapi bila bersalin nak amik mudah ke? mengandung 9 bulan kan? Jadi pandai2la atur kewangan.. bukan hari nie mengandung esok bersalin..

Lepas bersalin jagalah perasaan sendiri kalau tiada sokongan dari suami.. kita sebagai ibu pun kena kuat..takkan semua nak harap orang.. tapi masa dlm pantang..dengan badan tak sihat.,baby melalak2..haishh memang hati tak kuat mana punnn..carikla kekuatan tue mungkin dari ibu..dari adik beradik.. dari rakan2.. dan tak lupa dari suami yang berperikemanusiaan..

Bacalah artikle penulis nie..meroyan tue ada..antara sedar dan tidak.. jaga diri ye semua.. saya dah tutup cerita mengandung ,bersalin beranak nieeee😉

SAYA CAPAI PISAU DAN HAMPIR TIKAM ANAK-ANAK
(#pengakuan terbuka)
.
Itu kenyataan yang harus saya terima sampai bila-bila.
Memori menakutkan yang akan tetap diingat sampai mati.
Watak berubah sekelip mata. Ibarat drama yang ditonton di TV.
.
Waktu jiwa terlalu kacau, badan terlampau penat, sakit, saya hampir hilang kewarasan. Berhalusinasi sentiasa sambil badan menggigil menahan marah dan benci. Jeritan marah memecah rumah setiap hari juga menjadi biasa.
.
Sebenarnya susah nak buat pengakuan secara terbuka.  Mungkin juga akan dianggap pernah gila.
.
Tapi disebabkan pujukan dan kata-kata semangat dari Ibu Rose untuk bersama-sama muncul di PM LIVE ASTRO RIA pada 13/7/2017, saya mula terbuka untuk berkongsi dan dah bersedia. Mungkin pengakuan ini dapat membantu anda di luar sana, supaya lebih bersedia dan tidak malu untuk mendapatkan rawatan.
.
Sebelum ini saya malu, sangat malu, sebab saya pasti orang lain tidak akan faham malah akan mula memandang serong. Apa taknya, meroyan ni dianggap hanya terjadi ketika di dalam pantang saja. Tapi rupanya, boleh terjadi selepas pantang dan waktu anak dah mula membesar.
.
Serius, saya tak ada ilmu waktu tu. Tak tahu apa perlu dibuat.
.

BAGAIMANA IA BERMULA?
.
Sejak melahirkan Bilal Miqdad pada Februari 2015, badan saya tak pernah sihat akibat tak dapat berpantang dengan betul. Bilal prolonged jaundice. Ketika di hospital, luka c-sect pecah semula pada hari ke-7. Darah membuak-buak keluar hingga bertakung di wheelchair dan lantai hospital.
.
Dalam keadaan terpinga-pinga, saya hampir dimasukkan semula ke OT untuk buka dan jahit semula luka lama. Alhamdulillah doktor dan nurse di Hospital Ampang banyak membantu dan memberi semangat supaya luka boleh baik dengan sendiri. Saya tidak digalakkan berurut selama setahun supaya tidak mengganggu proses pemulihan di kawasan perut.
.
Kemudian, saya ditegah oleh doktor dari memakan apa-apa saja jamu atau herba yang boleh memberi kesan pada kuning Bilal. Badan Melayu, kalau tak pantang, tak berjamu, tak berbengkung, mana nak sihat.
.
Kuning Bilal sembuh  sepenuhnya bila dah nak habis pantang sedangkan baby orang lain, 1 minggu pun dah hilang kuning. Sangat penat dan stress bila tiap-tiap hari perlu ke hospital atau klinik untuk ambil darah Bilal.
.
Asal balik saja ke rumah, saya bentan. Darah menitik-nitik ke lantai, ari-ari sakit melampau dan demam urat menjadi perkara biasa.
.
Februari 2016, saya keguguran pula. Jadi bayangkan, badan yang lemah bertambah sakit. Kegembiraan menerima ahli keluarga baru setahun lalu semakin pudar.
.
Saya masih trauma memikirkan luka yang pernah pecah setahun lalu. Terbayang-bayang situasi di mana bila saya sarat mengandung nanti, parut c-sect pecah dan meletup macam belon.
.
Anak-anak yang lain pula masih kecil, perlukan perhatian, hyper dan aktif buatkan fikiran tambah berserabut. Mereka mula dirasakan sebagai beban.
.
Saya mula menjadi pemarah yang melampau. Setiap hari asyik menjerit-jerit. Rumah bersepah-sepah dan anak tidak terurus. Kadang-kadang saya tak tahu pun apa yang saya marahkan sangat. Menangis ketika mandi perkara biasa, sambil menggigil menahan marah dan benci yang datang secara tiba-tiba.
.
Orang luar nampak seperti tiada apa-apa. Sebab ketika berada di luar rumah, saya bersikap seperti biasa. Tapi bila balik ke rumah, saya mula jadi panas dan menggelegak.
.
Saya mulai membenci ahli keluarga sendiri. Lama-kelamaan saya benci dengan semua orang. Saya rasa tiada siapa pun yang memahami sedangkan mak paling banyak membantu dan berkompromi.
.
.
SIAPA YANG MULA MENGESAN PERUBAHAN SAYA?
.
Junior sekolah saya iaitu Rida Baharudin, dengan hanya melalui tulisan di Facebook waktu saya menulis tentang meroyan dan tindakan orang meroyan.
.
Rida dapat rasakan saya sebenarnya sedang bercakap tentang diri sendiri. Malu, tapi lega bila ada yang sedar dan cuba membantu.
.
Percaya tak, saya tak tahu pun apa yang sedang terjadi pada diri sendiri. Saya agak mungkin disebabkan terlampau tertekan, cerita-cerita di Facebook menjadi sangat emosional hingga disedari Rida.
.
Rida juga pernah mengalami meroyan yang teruk, jadi saya fikir, orang sebegini sangat memahami dan sensitif dengan perubahan sekeliling.
.
Rida juga menasihati saya untuk mendapatkan rawatan doktor. Tapi perkara paling saya takuti, saya akan dicop gila bila diketahui berjumpa dengan doktor pakar sakit jiwa.
.
.
APA TINDAKAN PALING TERUK SAYA PERNAH CUBA BUAT?
.
Banyak.
.
Waktu ni, saya lebih suka mengurung diri di dalam bilik. Anak-anak berterabur. Mak yang bagi makan, masak dan uruskan kain baju saya dan anak-anak. Kakak nombor 2 juga selalu bantu dengan menjaga anak-anak.
.
Waktu ni juga, saya tidak boleh masuk ke dapur. Saya jadi serabut.
.
Pernah waktu sedang memotong sayur, anak-anak bergaduh dan masuk ke dapur sambil menangis, tiba-tiba saya capai pisau pemotong daging, dan meluru sambil mengacah akan menikam mereka. Anak yang ketakutan terus berlari keluar sambil menjerit dan menangis. Dah beberapa kali ini terjadi sampaikan saya tak boleh langsung pegang pisau di dapur.
.
"Bunuh Mas! Bunuh semua!", terngiang-ngiang waktu tu.
.
Memasak jadi perkara paling dibenci. Sebab saya takut hilang kewarasan diri.
.
Sentiasa berhalusinasi bila berseorangan atau ketika mendengar bunyi bising suara anak-anak, buat saya semakin teruk. Nampak baldi, saya teringatkan muka bilal. Rasa nak rendam dia dalam air. Suara-suara jahat di belakang telinga sentiasa mengganggu.
.
Saya menangis. Rasakan diri ibu dan isteri yang paling tak berguna. Yang paling jahat di dunia. Suami balik ke rumah, lauk pun belum dimasak apa-apa. Kadangkala saya hanya goreng telur saja.
.
Tak tahu nak mengadu pada siapa.
.
Kemuncak hilang kewarasan diri adalah bila saya whatsapp kakak, saya katakan saya mahu membunuh diri. Baru lepas solat waktu tu, tapi  jiwa saya kosong. Otak bercelaru.
.
Kakak punyalah risau, dia telefon saya berkali-kali, saya tak angkat. Waktu tu saya dah nekad. Tapi tiba-tiba terbayang gelak ketawa anak-anak. Terbayang wajah  suami yang penat bekerja dan menunggu masa nak balik ke rumah. Terbayang saat senang dan susah yang dilalui bersama. Terbayang wajah dia yang sangat sayangkan saya dan anak-anak. Terbayang rupa dia mencari dan memeluk Bilal selepas balik dari kerja.
.
Saya terus menangis tanpa henti. Menggigil-gigil bencikan diri.
.
Saya hanya nakkan MASA UNTUK DIRI SENDIRI SAJA. SAYA PENAT. BADAN YANG SAKIT BUATKAN PERGERAKAN TERBATAS.
.
Sambil menangis, saya paksa diri untuk tidur, dan bila bangun saja, saya rasa lega yang amat sangat.
.
.
APA YANG SAYA BUAT UNTUK STABILKAN EMOSI DIRI?
.
Sepanjang tahun lepas, waktu kemurungan belum memuncak,  saya mula buat bekal untuk di jual Shariff Miqdad di sekolah. Lepas tu berhenti walaupun ramai kawan-kawan dia minta saya jual semula burger RM1. Gembira sekejap, tapi murung semula lepas tu. Waktu ni saya tak fikir langsung untuk mengambil untung. Hanya satu kebajikan untuk membuat budak-budak kecil gembira dan menyerap aura gembira mereka.
.
Kemudian, saya mula aktifkan diri menjual kimchi dan tteokbokki dengan kakak di Jamae Shop 자매 가게. Tapi disebabkan terlampau penat, dengan kakak pula selalu ikut suami outstation, saya tangguhkan jualan. Murung makin bertambah.
.
Kemudian, saya bantu pula adik ipar menjual bento untuk lunch.
.
Namun, semua pun masih tak dapat mengembalikan kegembiraan.
.
Jadi, saya mula menulis di Facebook. Bermacam-macam cerita saya kongsi terutama sekali tentang anak-anak dan keluarga. Saya juga banyakkan membaca untuk memberi ketenangan. Saya mula rasa lega, kerana menulis ibarat terapi.
.
Saya banyak berborak dengan Rida, dan keluar mengopi dengan kakak nombor 2. Walaupun sering ditegur suami akibat selalu keluar dan tinggalkan anak-anak di rumah dengan mak, tapi saya tetap buat apa yang saya rasa suka. Rasa lega kepala setiap kali balik dari mengopi.
.
Suami takkan pernah faham, sebab saya pun tak tahu nak mula cerita dari mana.
.
Waktu ni, mak dah mula paksa saya minum dan makan apa yang dia buat. Iaitu air ubat dari herba dan rempah yang dibuat sendiri, dan daun hutan yang dipanggil daun harimau beranak untuk mengubati orang meroyan dan sakit badan.
.
Mak pengamal herba dan natural remedy. Jarang sekali dari muda hingga tua makan ubat doktor.
.
Perubahan yang pertama, adalah emosi.
Perubahan kedua, kesihatan diri.
Perubahan ketiga, saya mula menyayangi kembali anak-anak dan suami.
.
Saya juga dah tiada rasa bencikan diri sendiri.
.
Setakat artikel ini ditulis, saya dah sihat sepenuhnya dari segi mental dan fizikal.
Langsung tak ada rasa nak buat perkara bodoh seperti dulu.
Saya tahu, Allah sayangkan saya, dan masih memberi kegembiraan.
.
Bila baca buku "You Can Be The Happiest Woman In The World", saya jadi sebak. Kenapa saya tak jumpa buku ni lebih awal waktu kemurungan tahun lepas. Setiap kali dah habiskan 1 topik, saya mendapat semangat baru, kerana tahu Allah sayangkan dan menunjukkan jalan keluar bagi saya.
.
Bukan saya tidak solat, bukan tidak mengaji, bukan tidak berzikir, tapi dalam keadaan otak bercelaru, jiwa kosong, badan sakit, kita memang tak punya apa-apa daya pun untuk menolak sebarang gangguan pada jiwa.
.
.
APA PESANAN UNTUK ANDA YANG LALUI PERKARA SAMA SEPERTI SAYA?
.
Berkongsilah cerita. Luahkan perasaan dengan orang yang paling kita percayai.
.
Dapatkan sokongan keluarga, dan jika perlu, berjumpa doktor dan dapatkan khidmat kaunseling.
.
Tak ramai tahu jika diri sendiri mengalami kemurungan. Perlu ada seseorang yang sedar dengan perubahan diri kita.
.
Apapun, sokongan keluarga sangat penting.
.
Jangan hiraukan jika ada yang mengata anda pemalas, tak jaga anak-anak. Sebab mereka bukan tahu apa kondisi kesihatan anda, malah sebenarnya mereka taknak ambil tahu pun sebab sikap pentingkan diri. Tau mengata dan membawa cerita saja.
.
Cari aktiviti yang boleh buat kita keluar dari kemurungan dan kesedihan.
.
Antara perkara paling saya gembira, adalah bila mula membuat perkongsian tentang herba dan rempah yang boleh digunakan sebagai natural remedy dengan anda semua. Petua yang dikumpul dari mak, tukang urut, orang tua, bidan lama dan pembacaan buatkan saya gembira.
.
Bila nampak sokongan, dan ucapan terima kasih di atas petua mak dan cerita dikongsi, semangat makin berkobar-kobar. Walaupun kadangkala saya melalut dan bahasakan diri sebagai fiona, tapi tetap berasa gembira. Aura gembira melimpah ruah.
.
Sentiasa tersenyum bila "fiona" adalah usikan comel yang suami berikan kepada saya sejak Shrek ditayangkan. :)
.
Rasa gembira dan manis bila dapat sebarkan kebaikan.
.
Ingat, jika anda dah mula ada rasa benci tiba-tiba, rasa nak mencederakan anak, bertukar watak, tolonglah terus dapatkan rawatan. Jangan bertangguh, anda tak tahu nyawa siapa yang akan anda rentap.
.
Berita ibu meroyan bunuh anak bukan main-main. Bukan untuk dijadikan berita pandang sekali lalu saja. Ibu tak sedar pun siapa yang dia pegang, siapa yang dia tikam, siapa yang dia buang.
.
Untuk anda yang tiada kaitan, perilaku ibu meroyan, kemurungan ni, berubah-ubah. Sekejap baik, sekejap garang, sekejap sayang. :)
.
Jangan hairan jika anda jumpa mereka di luar, mereka boleh tersenyum-senyum, melayan anda dengan baik, tapi bila balik ke rumah, anak di rotan hingga patah kaki.
.
Sokongan suami dan keluarga sangat penting. Berikan rehat secukupnya buat ibu berpantang. Jangan biarkan emosi ibu berpantang naik dan turun. Pastikan kesihatan mereka di dalam keadaan terbaik supaya emosi sentiasa stabil. Menangis adalah permulaannya.
.
Semoga perkongsian ini boleh dijadikan teladan. Ibu kemurungan memang cenderung membunuh diri dan mencederakan anak-anak. Cari punca mereka murung, dan bantulah mereka keluar dari perangkap itu.
.
Tak ada siapa pun nak bunuh diri dan mencederakan anak sendiri, kalau bukan disebabkan gangguan pada jiwa.
.
Anda suami?
Bantulah isteri. Perhatikan perubahan isteri. Jika sebelum ni dia bidadari dari syurga, tapi tiba-tiba menjadi rasaksa, carilah masa berbual dengan dia. Penat badan lelaki yang bekerja, tak sama dengan penat seorang isteri yang membawa anak dalam perut selama 9 bulan dan keluarkan pula dengan pelbagai masalah.

Bantulah isteri dalam membuat kerja rumah. Isteri bukan orang gaji, tetapi bidadari anda sendiri.

لرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِم  (سورة النساء: 34)

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” SQ. An-Nisaa’: 34

Jangan hairan jika bidadari anda mula bersikap seperti rasaksa bila bersama-sama anak-anak. Masa anda pulang ke rumah, adalah masa untuk isteri berkongsi cerita, berborak gelak ketawa, anak-anak bergurau, dan bukan masa untuk anda menonton Maharaja Lawak atau konsert, main game di telefon atau keluar lepak dengan kawan-kawan. Isteri bukan tunggul, bukan mak guard.
.
Saya bersyukur suami mula memahami. Salah sendiri kerana tidak pernah cuba buat luahan hati. Kesibukan suami bekerja buatkan saya hilang mood.
.
Mak dan kak Shidah Ab Rashid paling banyak membantu. Saya akan ingat sampai mati jasa dan budi mereka. Kalau tidak, mungkin sekarang saya sedang menangis di tepi kubur, meratapi kematian anak-anak. Mungkin juga dah masuk hospital gila.
.
.
Jika rasa boleh membantu yang lain, kongsilah supaya semua pun dapat manfaat. Tapi jika anda berkongsi hanya untuk mengecam perilaku saya waktu kemurungan, saya hanya mampu doakan yang terbaik saja untuk anda. Apa lagi yang boleh saya katakan jika orang taknak faham?
.
Semoga anda semua mendapat manfaat dari perkongsian hari ini.
.
Saya kongsikan juga doa hilangkan rasa sedih dan resah gelisah.

إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”
.
— HR. Al-Bukhari 7/158. Rasulullah senantiasa membaca doa ini, lihat kitab Fathul Baari 11/173.
.
.
Amalkan juga zikir ini di pagi hari.
.
Zikir Pagi No. 4

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِيْنِيْ وَدُنْيَايَ وَأَهْلِيْ وَمَالِيْ اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِى وَآمِنْ رَوْعَاتِى. اَللَّهُمَّ احْفَظْنِيْ مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِيْ، وَعَنْ يَمِيْنِيْ وَعَنْ شِمَالِيْ، وَمِنْ فَوْقِيْ، وَأَعُوْذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِيْ

  

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku (aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) dan tenteramkanlah aku dari rasa takut. Ya Allah, peliharalah aku dari muka, belakang, kanan, kiri dan atasku. Aku berlindung dengan kebesaran-Mu, agar aku tidak disambar dari bawahku (oleh ular atau tenggelam dalam bumi dan lain-lain yang membuat aku jatuh).” (Dibaca 1 x)
.
Tonton temuramah saya dengan Ibu Rose di sini selepas selesai di Astro tempoh hari.
.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1499127666800527&id=127087467337894
.
Mastura Ab Rashid
.

#like dan #share untuk educate lebih ramai lagi wanita di luar sana.
.
Semoga saya mendapat #komen yang positif yang boleh memberi semangat di atas perkongsian terbuka saya.
.
INGAT, MEROYAN BUKAN PERKARA RINGAN.
YOU ARE NOT ALONE.
BUT YOU ARE STRUGGLING TO LOVE.
.
PS:. lihat screenshot perbualan.

Thank you sis NurMaizatul Akmal Abd Hamid sharing gambar sewaktu dia sedang dapatkan sesi kaunseling. Pergi ke KK dulu, dan doktor akan evaluate condition kita dan rujuk ke hospitak jika terlalu teruk.

No comments: