ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, November 6, 2017

bebel? terasa mak khairy

Kenapa Perempuan Bebel?

xoxo baru bukak blog
entry nie schedule entry
sesuai betul keluar time mak khairy membebel sampai demam 2 hari
 
 
Serius kalau isteri saya dah mula bebel saya jadi simpati kat dia. Perempuan mana tak suka bebel kan tapi sebenarnya ada maksud tersirat di sebalik bebelan tu yang laki tak faham.
Kalau orang perempuan dah mula bebel ni ada beberapa sebab yang kita sebagai laki nak kena faham. Kemungkinan ada keperluan biologis dan fisiologis si dia yang tak terpenuhi. Contohnya isteri kita :
 
 
1. KURANG REHAT : Bayangkan perempuan yang berkerjaya ni terpaksa fikirkan banyak benda sekaligus dalam satu masa. Pergi kerja, fikiran masih kat ampaian dan dapur. Balik rumah, kerja pejabat tak siap lagi. Memang otak perempuan ni hebat. Mereka boleh multitasking tapi kekuatan mereka pun ada batasnya.
 
Lebih dasyat lagi kepenatan surirumah sebenarnya. Mereka sentiasa dalam mood bekerja 24 jam sehari. Bayangkan kepenatan kudrat dan beban emosi yang mereka terpaksa tanggung.
 
2. KURANG TIDUR : Saya percaya lelaki yang kurang tidur pun akan jadi moody apatah lagi perempuan yang sepatutnya perlukan waktu tidur yang lebih lama. Mengikut National Sleep Foundation, perempuan memerlukan tidur 20 minit lebih banyak daripada lelaki disebabkan otak mereka yang lebih kompleks. Tapi hakikatnya, kat rumah memang kebanyakan lelaki yang berdengkur dulu daripada isteri dan anak-anaknya.
 
3. KURANG DISAYANGI : Benda ni nampak remeh tapi sebenarnya benda ni la antara benda yang paling besar sekali. Cuba periksa diri masing-masing. Berapa kali kita pegang tangan pasangan kita hari ni? Pegang tangan sebab nak pergi kerja dan sebab baru habis solat je kan? Oh tidak. Si dia perlukan lebih daripada itu untuk mengisi tangki emosinya. Ingat, isteri yang jarang disentuh dan dipeluk akan cepat merasa terancam dan kekosongan!
 
4. SEDANG KESAKITAN : Tak kisah lah kesakitan emosi ataupun kesakitan fizikal, orang perempuan ni paling susah nak berterus terang! Dia akan bagi ayat kiasan tahap level PhD punya yang mana kita lelaki yang level Diploma ni susah sikit nak hadam.
 
Itu sifat kaum Hawa yang kita kaum Adam kena faham. Mereka takkan cerita direct! Jadi untuk membuatkan kita faham masalah dan kesakitan diorang, si dia akan bebel je tanpa mereka sedar pun sebenarnya.
 
InsyaAllah. Kalau kita kaum Adam boleh faham benda ni rumahtangga akan jadi lebih best dan menyeronokkan sebab kita tahu apa nak kena buat.
 
Isteri saya kalau dah mula bebel saya dah tahu dah si dia tengah penat. Jadi saya amik dan jaga semua anak-anak saya, dan saya suruh isteri saya tu tidur waktu tu juga. Ajaibnya, lepas bangun je tidur si dia tu akan tersenyum-senyum bahagia!
 
Jadi, tak perlu nak bermasam muka dah kalau kita tahu camne nak handle emosi dan keperluan orang yang kita cinta. Tolong ajar ilmu ni pada pasangan masing-masing ye supaya masing-masing boleh saling memahami. Bila saling memahami, rumahtangga pun makin berseri. InsyaAllah!
 
TaufiqRazif.com
 
 
 
Menjaga dua budak nie kalau tak kuat semangat memang flat
saya memang tak sangka saya boleh jaga dua budak nie sekali gus
dah setahun pun
kalau setakat jaga je ok lagi
saya pun kena siapkan keja pejabat dan keja rumah
betullah demi anak
seorang ibu pasti usaha jugak
penatnya jaga dua anak yang masih kecil plus tugas-tugas lain
Allah je tau penatnya
rasa nak patah tulang belakang
time management sangat penting
silap sikit je stresss
sebab risaukan tak dapat capai statistic opis
tapi saya selalu sedapkan hati
 "sekurang-kurangnya kerja saya dalam rumah bukan berkebun, bukan menoreh..
dapat jaga khairy yg special, dapat tengok adam membesar dan lihat perkembangannya
bukankah saya patut bersyukur?"
 
TAPIIIII
masa ko rasional ko bolehla fikir syukur bagai
masa ko tak sihat
tulang ko rasa nak patah
sakit belakang datang menyerang
sempat fikir syukur?
takdenya.. hahaha
masa tue yang tinggal sisa-sisa sabar
jadi janganlah sapa-sapa carik pasal
memang meletop!
 
 
 
 
Anak-anak pulak dari yg kecik sampai yg besar asik berkepit degan saya
musykil betul
dah marah pun
kejap jelah diorang keluar dari bilik opis
tak lama lepas tue sorang -sorang masuk balik
bergurau-gurau, berborak-borak, bergaduh tue yang bingit
umah nie macam takde tempat lain nak borak kot
kena bisng keluarla budak empat orang nie
tak lama lepas tue masuk balik
adoii
 
 
ehemmm ajar kucing abc ke khairy?
 
 
cuti sekolah tue memang diorang seronok main air
saya kelentang-kelentung kat dapur
hari-hari pikr makan diorang
sehari je saya amik cuti masa bawak diorang pegi   Farm In The City
 
 
Bila Amana ada saya boleh buat keja pejabat banyak jugak
sebab amana boleh harap jaga adik
amana tak berapa sangat buat kerja rumah
masak lagilah
Nampak minyak dalm kuali metetop sikit
dia dah menyorok belakang emak haha
tapi alhamdulilah jaga adik boleh diharap
saya dah mula juga ajar amana masak guna periuk leterik
dapur gas tak berani lagi
 
kolam kecik tue macam semua nak masuk
 
Amboii kaki si debab tue
 
 
 
mama kalau mengamok Adam ketawa je!!!
Nampak tak gigi arnab adam nie???
 
 
 
makan memang senang
tapi nak siapkan masakan ingat senang?
dengan anak melalak kat kaki
dengan anak lagi sorang "mama,mama mehla teman haily tengok tv"
dengan otak kita dok pk bila nak buat fail nie
dengan tengok kain baju bertimbun
senyaplah ko kain dalam bakul tue
nanti ko lipatlah diri sendiri ye kain xoxoxo
tue kain yang dah kering ok lagi
kain yang bertimbun-timbun tak basuh nie pulak apa cer?
 
hurmmm saya rasa saya patut beli mesin basuh macam kawan saya tue
mesin basuh dia sekali keringkan
sangat practical untuk ahli rumah yang 6 orang nie kan?
 
 
walaupun memasak amik masa
tapi saya masak jugak
sebabnya anak-anak makan depan mata
sesekali makan luar jugak
tapi semput menahan rasa
tengok anak melompat sini sana
XOXO
 
pestime buat sotong dan udang panggang guna resepi nie
sedap  dan pedas-pedas
kalau campur madu sikit
lagi sedap rasanya
 
amana suka telur itik
gigih pegi kedai semata-mata nak beli telur itik sambil angkut si adam dengan khairy 
siap pesan oraang kedai tolong tengok adam ye
nasiblah dah biasa dengan kedai runcit kat situ
pernah tengah suap khairy dia cakap "mama haily nak kencinggg"
sambil lompat2 pegang bebird
nak tunjuk tak tahan
alamak camana adam?
terus mintak adik kedai tue jagakan
nasiblah dengan adik kedai makan tue pun dah biasa
 
 
ayam bercili
saya alah pada lada
bila menumbuk tangan mesti gatal-gatal sampai siku
kalau blend tak sedap rasanya
 
sabtu atau ahad selalu saya masak nasi lemak
sebabnya saya boleh rest sampai malam
saya boleh buat keja pejabat
kalau malam rasa lapar
makan kat mamak pulak haha
yang penting saya boleh rehat seharian dan dapat buat fail dengan banyak bila hujung minggu
 
ikan terubuk
 saya je kot yang pandai makan sebab banyak tulang
 
nasi tomato
 
cencaru sumbat resepi mak
 
 
so paham tak kenapa wanita membebel?
PENATTTTT 
ITU JE MUAHAHAHAHA
 
 
 
 

1 comment:

eynda said...

Perempuan takkan membebel kalau takde angin ribut hehehe....mesti bersebab kan...