ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, December 22, 2017

Bangang punya suami! Semoga mati cepat😈

TAJUK TAK SESUAI KE? HABIS TAJUK APA YANG SESUAI?

YATIM DI USIA 4 HARI

Kisah ni berlaku lebih dari 10 tahun yang lepas.Cerita yang membuatkan aku rasa nyeri yang amat.

.....

Di bahagian kecemasan zon merah (kritikal), kami terima seorang pesakit ibu muda.Baru sahaja melahirkan cahaya mata sulung 4 hari yang lepas.

Muka nya  pucat biru,
Mata hitam nya ke atas,
Bibir nya kebiruan,
Mulut nya berbuih buih,
Badan nya kaku..sejuk.

Kata si suami, isterinya  tiba tiba terkena sawan sewaktu sedang tidur.Dan isterinya juga alami tumpah darah pada waktu yang sama.

Kami staf perubatan bertungkus lumus menstabilkan keadaan ibu yang sangat kritikal masa itu.Bantuan pernafasan segera diberikan.

Dalam masa yang sama doktor lain membuat pemeriksaan dibahagian bawah pesakit untuk melihat kadaran banyak mana darah yang keluar di pad ibu.

Sebaik kain dibuka,didapati habis lencun kain,seluar dalam dan pad dipenuhi darah.Bila doktor memeriksa bahagian jahitan, terlihat sesuatu yang amat mengejutkan beliau.

Jahitan episiotomi ibu terbuka !

Beliau terkejut bukan kerana luka epi itu terbuka disebabkan benang tertetas,
tapi disebabkan luka terlihat seperti dikoyak koyak kan, dan menjadikan keadaan luka sangat sangat teruk.

Doktor sudah mengandaikan satu perkara ini yang berkemungkinan menjadi penyebab si ibu mengalami pendarahan yang teruk.

Doktor kembali berjumpa si suami.

Pada masa ini si ibu sedang diberi bantuan pernafasan terus dari peparu dan sedang menerima pemindahan darah dan ubatan lainnya kerana keadaan semakin tenat.

Doktor dengan suara perlahan bertanyakan pada suami:

Jujur dengan saya ye encik.
Encik ada buat hubungan kelamin dengan isteri ke tadi?

Eh,mana ada doktor.Kan isteri saya baru je bersalin.

Encik,saya minta encik berterus terang dengan saya.Luka bahagian tempat jahit koyak rabak. Tak mungkin kalau isteri buat kerja pun,dia akan koyak teruk macam yang saya lihat tadi.

Si suami akhirnya mengakui yang dia ada melakukan hubungan dengan isteri nya secara paksa.Isterinya meronta ronta tapi dia memaksa.Lepas dia berjaya puaskan keinginannya,dia dapati badan isterinya kejang ,tiba tiba mulut berbuih dan dia terkena sawan.

Allahuakhbar !
Astagfirullah !

Tiada kata yang mampu diucapkan doktor tersebut.Hanya mampu menahan marah dan kesal.

Sesungguhnya Allah Maha Penyayang, Dia telah menjemput ibu itu kembali ke sisi NYA.
Doktor tidak dapat selamatkan ibu tersebut disebabkan kehilangan darah yang terlalu banyak dan mengakibatkan kegagalan fungsi organ dalam badan.

Ada hikmah ibu ini pergi.

Tiada lagi trauma untuk dia hadapi,
Tiada lagi kesakitan untuk dia rasai.

Tapi kasihan pada anak nya yang masih bayi.
Baru ingin merasai kehangatan air susu ibu,
Baru ingin merasai lembutnya belaian ibu,
Kini sudah menjadi yatim kerana nafsu ayah sendiri.

Manusia bila nafsu menguasai diri,hilang pertimbangan diri.

Aku yang mendengar ni pun dah rasa nyeri,apalagi saat yang dirasakan arwah ketika dipaksa bersama dalam keadaan luka masih lagi belum sembuh.
.
.
Nauzubillah Min Zalik
.

#SebuahKisahBenar
#IktibarUntukSemua

No comments: