ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, December 31, 2017

Selamat tinggal 2017. Welcome 2018

Jujur saya cakap 2017 tahun yang lebih tenang. Tahun yang paling tenang sejak kelahiran Khairy 2013. Bukan mudah nak capai ketenangan bersulam air mata dan kekuatan jiwa. Alhamdulilah kalau di dunia ketenangan sikit pun kita dah rasa bahagia apa lagi di akhirat sana..

Antara kebahagiaan perihal dunia

-sign up Dealer Public Gold..beberapa orang juga sign up Dealer di bawah saya.. i is terkejut juga haha

-dropshipper Amar Jewels..ada juga yg sudi beli bead Pandora Gold dari saya

-kontrak bekerja dari rumah dilanjutkan 2 tahun lagi.

-merasa bonus office selepas bertahun tidak merasa sejak kelahiran Khairy 2013.

-membebaskan diri dari pinjaman PTPTN.alhamdulilah lompat bintang!

-credit card dah potong dua! Lapang otak gue muahahaha

-terapi adalah gold, kucing dan taman sayur in the making.

-adam Ziqri insya Allah normal! Subhanallah.. Allahuakbar.. alhamdulillah.. mengikuti perkembangan anak bongsu dengan debaran.. semoga dilindungi dirimu nak.. Cukupla abangnya Khairy sahaja membuat hati ibumu berkocak setiap masa..


Antara kebahagiaan perihal akhirat

-Dalam sebulan merasa 2/3 kali mendengar kuliah Habib Zenal setiap Jumaat di Setiawangsa. Habib zenal Nie selalu saya tengok hanya di kaca tv ketika cuti  tanpa  gaji 2013 dahulu. Melongo je depan tv sambil berdoa semoga boleh dengar secara live. Selepas 4 tahun baru Allah makbulkan..


 Inilah ketenangan sebenarnya.berada di Taman Ilmu dan taman syurga.. walaupun saya tak dapat mendengar sepenuhnya kerana kalau anak-anak lelaki terlepas kepada saya..huhaha jelah tetapi rahmatnya tetap saya rasai.  Cubalah rakan-rakan dengar di UTube kuliah Habib Zenal pun sudah terasa keberkatannya apatah lagi jika mendengar secara live. Lunak susun katanya.. tepat bicaranya.. penuh ilmunya...


Kuliahnya lama juga hampir tamat menginjak ke jam 12 malam juga. Bermula dari isyak. saya bawa bekal untuk anak-anak kerana dari Kajang memecut selepas magrib.sampai tepat2 untuk Isyak. Selepas itu ngeteh kat mamak haha..laporrr


Anak-anak saya melonjak bila tahu akan dibawa ke kuliah Habib zenal.macam dibawa bercuti pulak.semua akan pakai pakaian paling cantik dan tertib..berjubah anak-anak lelaki saya . Love it...semoga rahmat dan keberkatan kuliah beliau sampai pada kami sekeluarga sehingga tutup mata.


Kebimbangan dunia

-adlan Khairy telah transfer ke IJN. HUKM menyerahkan Khairy selepas 4 tahun no progress. Tapi seperti dijangka doktor IJN juga impress dengan ketahanan Khairy tidak pernah pengsan,pitam ataupun tercungap2 dengan kelajuan jantung ala2 Superman.. alhamdulillah mama anggap Khairy peringatan yang maha hebat supaya parents khairy tidak alpa dengan tipudaya dunia.


Kebimbangan Akhirat

-percayalahbila pelbagai nikmat melingkari kita itu adalah satu ujian. Bila kita alpa sahaja ujian datang lagi.. sesungguhnya selepas pelbagai peristiwa sejak Khairy lahir saya sangat "serbasalah' bila nikmat datang.. Adakah ia kenyataan atau ujian? Perbezaannya hanya satu garisan halus...sebab saya yakin nikmat dan ujian adalah "adik-beradik". Bila ujian datang hati bergelora.. terutama melibatkan ibubapa, anak dan suami. Kerana itu saya berusaha mengimbangi. Tidak terlalu gembira dan tidak terlalu berduka.ini semua permainan dunia kerana di akhirat sana perhitungan yg sebenarnya..


Semoga 2018 bawa ketenangan dan kebahagian yang lebih dalam.. ketenangan tidak mudah dapat..jika dapat itulah syurga dunia semoga membawa ke akhirat.


Selamat tinggal 2017 yang tenang

Selamat datang 2018.semoga Allah lukiskan yang terbaik untuk kami anak beranak yg kerdil


Love,

Ilasaleh

No comments: