ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, January 17, 2018

Renungan utk isteri

Andaikata, satu hari anda berputus asa pada suami anda, yang tanggungjawabnya ada, cuma perangainya menjengkelkan mata, telinga dan seluruh jiwa, lalu anda memutuskan untuk mencari-cari apa jua cara agar dia benci pada anda, dan menceraikan anda kerana kebencian yang sengaja anda bina dan reka, kemudiannya satu saat nanti di kala anda berada di antara syurga dan neraka, pahala dan dosa anda sama tara sama timbangannya, hanya pahala sabar yang sekelumit itu menjadi penentu pemberat timbangan. Apakah hari ini anda akan terus melepaskan peluang itu? Apakah anda akan teruskan dengan hasrat meminta dan memaksa diceraikan atas alasan tak mahu suami terus menanggung dosa kesalahan yang anda sendiri ada-adakan?

Sekecil zarah sebuah kesabaran penentu syurga atau neraka seorang isteri.

Ingatlah, saat anda menangisi hati yang tersiat terluka di dunia, Allah ada membela seluruh jiwa anda. Namun saat anda menerima akibat beban dosa di akhirat nanti, yang tinggal hanyalah anda dan syaitan yang berlepas diri dari anda.

Derita di dunia ada penghujungnya, derita di akhirat, tak terbayang dek minda.

Macam tak percaya tapi ada. Isteri-isteri yang entah macam mana, hari demi hari jiwanya semakin rapuh, berdepan dengan kerenah sang suami yang bermacam gaya, menuntut ketaatan isteri bermacam cara. Sedang dirinya sendiri kerenah tak tentu hala. Segalanya menuntut kesabaran buat isteri yang mengidamkan syurga.

Isteri begini kena belajar lebih kerap memejam mata, andaikan syurga semakin mendekat. Belajar menelan sebuah derita jiwa, perlahan-lahan membayangkan ia hilang dan semakin surut. Bila dibuka mata semula, segalanya bagai tiada, dihilangkan Allah entah ke mana.

Syurga itu bukan pasaraya, yang boleh dimasuki oleh sesiapa. Syurga itu buat mereka yang cinta pada Tuhannya, yang sedia berkorban apa sahaja untuk sampai ke sana, meskipun perlu bertahan atas nama sebuah kesabaran.

Notakaki: jika isteri dizalimi dengan penafian hak zahiriah dan batiniah, dizalimi dengan penderaan yang jelas, termasuk dalam erti kesabaran ialah bertindak mengikut lunas syarak dan perundangan.

#kaunselingSAS
#repost

No comments: