ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, February 10, 2018

IJN 070218

 Assalamualikum
Lama simpan citer nie
Sebab mula-mula Khairy ke IJN saya stress
Tak boleh nak accept dengar macam-macam treatment
kali nie saya share sebab dah tenang sikit
Lagipun dah masuk 4 kali tau pegi IJN
4 kali baru share dengan member-member blog
Sebabnya saya tak sanggup bila fikir treatment jantung Khairy nie
electric shockla, masuk wayar carik sarafla, bakar sarafla, install peacemaker
Sudahnya semua saya tak bagi buat hahahaha
 
Terima kasih sebab masih ada  rakan-rakan yang masih wassup tanya tentang Khairy
jadi saya update untuk rakan-rakan dan juga kenangan
one day Khairy pasti akan baca blog nie
 
Salamat datang anak magic mama Adalan Khairy ke IJN
Selamat tingggal HUKM
 
Pada mak-mak geng jantung
 Deposit dah naik. Tahun lepas RM50 tahun ini RM60...
  Tue deposit je tau total bil untuk ubat dan jumpa doktor biasanya RM500++
  Yang guna GL atau insuran ok no problem
  Yang cash macam kami jangan lupa sediakan ongkosnya😂
Alhamdulillah sejak Khairy lahir ada saja Allah siapkan ongkos medical utk Khairy
semoga rezeki Khairy mencurah2 dari langit mcm musim tengkujuh.
Amin.. Doakan juga ya geng-geng  semua
 
Anak-anak yang lain semua dah dididik untuk sama-sama terima keadaan magic Khairy. Dulu Amana dan Arief akan teman ke HUKM. Tertidur, tahan lapar sebab takut terlepas nombor anak-anak dah biasa. Sekarang giliran Adam Ziqri teman abangnya. Syukur takde seorang anak merungut. Nak tengok anak mana berani merungut 🤣
Setakat nie semua berebut2 nak teman Khairy pg hospital. Masa kat HUKM sampai saya kena halang anak-anak lain dari masuk bilik Prof Bilqish. Bukan doktor yang interview Khairy.Anak-anak lain pulak yang "macam-macam" dalam bilik Prof Bilqish ..Kenangan..masakan boleh lupa doktor yang menjaga Khairy sejak lahir di HUKM.
 
 

 Biasalah jenjalan IJN mestila amik masa.  Nak timbang berat, ukur tinggi, EC, jumpa doktor anda last amik ubat.. Dulu kat HUKMSc dah mcm hospital sendiri.. Next appoiment sebelum puasa...
Alhamdulillah Kalau masa puasa wahhhh memang menguji kesabaran iman yg senipis bawang nie


 Dos naik lagi.. Dos yang lepas initial dos sahaja.. Kali nie double . Boleh pulak Khairy cakap "Khairy makan ubat mama hadiahkan mainan tau"
 
Khairy pernah tanya "jantung Haily laju ye? Sebab tue kena jumpa doktor selalu? Nanti Haily mati cepat ke? Haily sihat je.. "
Nak jawab banyak-banyak kang maknya yang menitik air mata.. saya tak selalu fokus pada jantung dia.. saya selalu cakap..Khairy paling bertuah dalam kesemua anak mama.. paling murah rezeki walau belanja besar sejak dari dalam perut lagi🤣

Amana tak ada kakak abang hanya ada adik
Arief tak ada abang hanya ada kakak dan adik
Adam tak ada adik cuma ada abang dan kakak
Khairy semuanya ada abang ,kakak dan adik
Terus Khairy ketawa lebar..ohh Haily paling bertuah ye mama?
Alahai anak..semoga panjang umur..kalau 5 tahun boleh bertahan.. 15 tahun lagi pun boleh..50 tahun lagilah bolehh..
 
 
 
Kalau haily makan semua ubat Nie mama hadiahkan robot tak?
Boleh je tapi kalau setiap kali suap ubat nak satu robot.. hahaha.. memang mama bukak kedai jual mainan lepas nie..🤣🤣

BTW doc bagi berita gembira..gembirala jugak..rasa selamat sementara 😘 doctor cakap 'khairy makan ubat dulu ye..tunggu Khairy 20kg..syaratnya Khairy kena sihat aktif macam sekarang.. kalau tak sihat aktif sekarang jugak warded bakar saraf tue"

Okla alhamdulillah utk sementara.. anak mama mesti boleh "lepaskan diri" dari treatment tue jugak.. nanti Allah akan tolong mcm selalu.Amin!
TQ untuk doa semua..semoga doa semua sentiasa ada utk Adlan Khairy Magic
 
 
 

1 comment:

Juls Julie80 said...

Anak-anak yang lain semua dah dididik untuk sama-sama terima keadaan magic Khairy. Dulu Amana dan Arief akan teman ke HUKM. Tertidur, tahan lapar sebab takut terlepas nombor anak-anak dah biasa. Sekarang giliran Adam Ziqri teman abangnya. Syukur takde seorang anak merungut.

---- rasa sebab plak baca...semoga sis dengan anak2 kuat..alhamdulillah Allah permudahkan sudut lain dlm sis diduga dari sudut yg lain.. Allah tau yg terbaik.. semoga cpt sembuh yer Adlan <3