ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, March 2, 2018

Boleh poligami jika..

Rancak rakan group whatsapp berbual tentang poligami,jam 1 am masih lagi topik POLIGAMI. Kebanyakkannya bersetuju ‘lebih baik kita kahwin diam-diam,pandailah nanti kita cover” sambil gelak berjenaka.

Ini sedikit respon saya jam 8 pagi tadi.

Isteri sebenarnya bukan menolak poligami. Sebab poligami Allah dan Rasul telah halalkan,jadi mana mungkin isteri solehah menolak poligami. cemburu itu sifatnya manusia. Kita pun suami  cemburu kalau orang lain pandang isteri semacam.

yang mereka tidak bersetuju itu bukan tentang hukum tetapi  bila awak dapat bini baru,awak tipu bertahun tahun. Awak abaikan makan minum,perasaan dan emosi anak-anak. Setiap bulan outstation kata awak cari rezeki. Sehinggakan ada isteri terpaksa membanting tulang untuk mencari rezeki menyara keluarga.

Yang bahayanya apabila meninggal dunia berderet anak ditinggalkan. Isteri pertama tercengang rupanya ada isteri lain datang menuntuk hak. Bukan 2, tetapi 4. Ini realiti yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini kononnya mahu amal satu sunnah.

Poligami itu indah. Isteri pertama berpantang, isteri-isteri lain datang berkhidmat. Sorang buat jamu, sorang masak kat dapur, sorang ajar ilmu penyusuan dan  kemaskan rumah. Suami pula mencari rezeki untuk keluarga besar.

Suami setiap hari  berusaha bagaimana mahu tunaikan tanggungjawab  setiap isteri dengan saksama. Tiada masa untuk melepak dengan rakan-rakan kecuali urusan penting. Sentiasa jadi pendengar yang baik terhadap semua isteri.

Namun sayang,hari ini tidak ramai mampu berbuat demikian hatta untuk betulkan bacaan Al-fatihah jarang sekali,inikan pula mahu berbicara tentang poligami. Ada juga yang kadang-kadang berjenaka ‘mengugut’ isteri mahu kahwin lain disebabkan tidak pandai menguruskan rumahtangga.

Sering berlaku di kalangan rakan-rakan saya yang berpoligami,setiap hari fikir bagaimana mahu  Mencari helah untuk ke rumah isteri lain. Kebanyakkan berakhir dengan kemusnahan. Ingat, poligami itu satu tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk menyelamatkan orang lain bukan  satu sandiwara untuk melayan kehendak nafsu semata.

Jika mahu jadi suami sejati, jadilah suami yang taat الله dan rasul. Jadilah suami yang berusaha untuk bawa isteri dan anak-anak kepada agama yang sempurna. Pikul amanah  ini dengan penuh rasa tanggungjawab.

Poligami bukan dipandangan berkemampuan wang ringgit sahaja,ia dipandang dari sudut sejauh mana kita mampu pikulTanggungjawab dan amanah dari Allah s.w.t ini.

Pernah orang alim pesan kepada saya. Jangan asbab ramainya isteri kita diazab di akhirat. Jangan asbab ramainya isteri jauhkan kita dari rahmat Allah. Jangan asbab poligami terabai mendidik anak-anak. Jangan asbab ramainya isteri sunnah Nabi s.a.w diperlekeh.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

No comments: