ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, March 9, 2018

Ekstrak Kacip Fatimah UTM dan Dr Zubaidi Hj Ahmad

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada yang mungkin tertanya siapa Dr Zubaidi Dr Zubaidi Hj Ahmad yg saya kerap sebut tue.. Inilah Doktor yang secara tak langsung membantu saya "survive" semasa bercuti tanpa gaji dulu.

Pertama kali cuba Ekstrak Kacip Fatimah UTM selepas bersalin Khairy.memang terasa ada yang tak kena pada diri sendiri sebab saya lebih banyak jaga khairy.berpantang pun kat hospital. Mak suruh berurut panggil orang datang pun saya tak nak sebab saya takut Khairy menangis. Mak suruh buat appoiment dengan pakar gyne saya dulu pun saya tak nak.. sebab serius dah cukup penat pegi hospital.cukuplah pergi kerana rawatan khairy. Walau mak offer nak jaga Khairy tapi kalau anak ada maslah jantung memang kita tak akan yakin sesiapa pun nak jaga anak selain diri sendiri.

Jadi saya goggle search "peranakan jatuh" terjumpa blog Dr Zubaidi. Baca artikel beliau terus order Ekstrak Kacip Fatimah UTM. Lepas guna terasa kebaikan dan perubahan.. Guna beberapa lama ...

Terbaca Doktor Zubaidi perlukan Dealer untuk Ekstrak Kacip Fatimah UTM. Istikharah berulangkali sebab memang takut nak keluar modal lebih2 lagi kami perlu allocate kos utk medical Khairy. Alhamdulillah tak silap percaturan income melalui produk Ekstrak Kacip Fatimah UTM bantu saya survive selama cuti tanpa gaji menjaga Khairy. Thanks sangat pada mak yang pinjamkan modal 6K untuk start niaga dan sy pulang balik dalam tempoh sebulan... Keuntungan dr modal mak bagi tue sy rolling untuk beli produk, monthly expences, bil Khairy etc etc. Tak sangka sungguh survive! Alhamdulillah 😓

Pengalaman meniaga yang serius pertama kali adalah melalui Ekstrak Kacip Fatimah UTM dan sangat berharga pengalaman tue..Income melalui Ekstrak Kacaip Fatimah bukan sahaja utk monthly  ekspenses tapi juga melaluinya jadi modal untuk produk-produk lain dan paling bahagia bantu saya tunaikan nazar menunaikan umrah di Mekah untuk Adlan Khairy.

Allhamdulilah
Dalam kesulitan ada kemudahan
2 kali Allah sebut dalam satu surah
So Don't give up
Allah kan ada..

1 comment:

Mama Zharfan said...

i memang folo his fb sbb inspirase utk diet wpun tak diet2 lg ahhaah