ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, April 20, 2018

Khairy dan IJN as usual

 
Assalamualikum semua
Lupa plak nak share citer Khairy ke IJN baru-baru nie
11 April ke IJN lagi macam biasa
 
Penat sangat Adam teman abang Khairy check jantung..mama nampak mcm kurus sikit Adam satu hari nie.Dari pagi membawa ke zohor. Alhamdulillah bila anak2 lain yg saya bawak ke hospital teman Khairy check jantung dan check mata tak ada yang merungut.Dari HUKM membawa ke IJN...
Dari usia Khairy dari dalam kandungan membawa ke 5 tahun . Anak-anak lain anggap ke hospital umpama vacation. Takde rungutan melainkan gelak ketawa. Rungutan yang paling teruk pun "laparlah mama"
 
Bertuah rasanya walau anak tidak sesempurna anak orang lain dari sikap.. kepandaian..kebijaksanaan tapi rasa memahami dengan adik yang "magic" nie dah cukup mengembirakan saya sebagai ibu..
 
Alhamdulilah nampaknya experiment doc hasri untuk combine 2 ubat dengan pertambahan dos yg lebih kuat .. 2 bulan lepas menampakkan hasil positif.. Tak pernah tau jantung Khairy rendah mcm Nie.. kalau tak mcm jantung Superman.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. Tgu next appoiment pulak ..semoga kekal positif dan lebih positif Cuma yang tak bestnya kali nie bukan jumpa Doc Hasr .. Doc Hasri ada emergency rasanya..Kalau dapat jumpa memang saya akan Tanya banyak2 sebabnya inilah kali pertama dapat denyut jantung khairy "secantik"ini
 
 
 
Kalau pergi shoping IJN bawak kurang RM500 memang seram..kang tak cukup nak Bayor.. Consultation tak mahal sangat tapi ubat jantung memang mahal.. Syukur alhamdulillah Khairy rajin makan ubat..Yang ada anak magic jangan lupa mintak perlepasan cukai LHDN untuk penyakit kritikal..tak silap up to RM3K boleh claim.. opiser LHDN betul tak?...

Dulu masa kat HUKM saya takde simpan bil2 medical Khairy.berterabur semua .Tapi sejak pindah IJN nie saya proper filing..Khairy jumpa doctor sebulan sekali atau dua bulan sekali sebab ubat Khairy bukan boleh simpan lama-lama.. Ada expired date..dua bulan lebih kurang dah tak boleh makan ubat jantung tue.....lepas tue kena selalu check denyut jantung dia kat mesin ECG tue...
 
Anak-anak saya memang saya syaratkan boleh mintak mainan masa hari gaji sahaja. Selain didik anak berjimat cermat saya sendiri sebenarnya dah tak larat nak mengemas mainan.. belum lagi terpijak mainan..sakitnya mak aiii.. sakit di kaki..sakit di hati🤐

Tapi baru2 Nie Khairy asik mintak lego ninja go..bukan mahal mana pun tapi sebab pegang prinsip "mainan hanya hari gaji" jadi saya diamkan je.. hari2 dengar Khairy berzikir benda sama.. menanah tinga mak🙄 Akhirnya "ok mama belikan tapi kita jumpa doktor jantung Khairy dulu"
Semangat dia nk pg IJN. Bukan sebab nak jumpa doktor. LEGO punya pasal! Takkan beli 1.. anak lelaki 3 mestilah kena beli 3!😣😣

Semoga Khairy terus sihat dan mama juga terus sihat untuk bersama-sama Khairy lalui semuanya.Insya Allah .amin
 

No comments: