ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, April 27, 2018

Tazkirah jumaat en matt

Ilmu penyusuan, ilmu kelahiran, ilmu haid dan Nifas. Orang lelaki perlu ambil tahu. Jangan dah kahwin bertahun, tapi takpernah ambil tahu darah haid dan nifas isteri.

Sebab itulah saya tekan kat adik-adik dan abang-abang dalam keluarga. suami ni banyak kena belajar bab kesihatan wanita. Tidak peliklah hari ini jika tiba-tiba isteri dah dapat kanser payudara , kanser pangkal rahim tahap 3 tapi suami sendiri tidak sedar. Sedangkan penyakit ini boleh dicegah dan dikesan lebih awal.

Suami perlu faham tahap kesihatan isteri. Jangan abaikan jika isteri kerap demam, jangan abaikan jika haid tidak teratur dan berpanjangan, jangan abaikan jika isteri mengadu payudara sakit, jangan abaikan jika isteri mengadu sakit bahagian ari dan keputihan melampau.

Jangan cakap isteri mengada ngada  jika mengadu badan tidak sihat, tidak selesa.

Ada rezeki bawalah isteri jumpa dengan doktor pakar kesihatan wanita. Di sana nanti banyak input yang kita dapat. Sehingga hari ini saya tidak pernah tinggal ilmu ini walaupun sudah berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Ikhlas.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa
#SayangiWanita

Saya pesan kat isteri. JIKA  rasa penat sangat buat kerja rumah, jaga anak bantu perniagaan saya. REHATLAH. Jangan stress sangat. Mesej atau call lah, saya sudi dengar dan balik tenangkan awak. Luahkan jangan dipendam. Nak marah, marahlah saya, jangan marah anak, jangan pukul anak.

Jadi suami ni kita kena pandai baca keperluan fisiologi badan isteri. Jika isteri cakap PENAT. Memang penat sangatlah tu, jika dia kata BORING, memang boring sangatlah tu. Jika nampak serabai memang emosi dia tidak stabil sangat dah tu.

Jadi suami berusahalah untuk bagi ruang isteri dapat REHAT dengan cukup, buatlah apa cara sekali pun untuk hilangkan boring dia, stabilkan emosi isteri dengan memberi pelukan dan kata-kata yang baik.

Buatlah apa cara sekali pun gembirakan isteri dan anak-anak. Isteri ni satu kali kita buat baik, 10 kali mereka balas baik terhadap kita.

Dan paling penting jangan sedikit pun abaikan atau remehkan keluhan isteri. Sentiasa hargai isteri. Banyak dah pengorbanan dia untuk kita. Antara tanggungjawab yang paling berat dalam dunia ini adalah menjadi seorang isteri dan ibu.  24 jam setiap hari jaga keperluan anak dan suami. Sakit demam tetap juga bangun malam susukan anak, sakit demam tetap juga penuhi keperluan anak dan rumahtangga lebih-lebih jika suami berjauahan.

“Ya Allah anugerahkan syurga buat mereka yang bergelar isteri dan ibu”

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

No comments: