ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, July 5, 2018

Mari berkenalan dengan Doktor Jantung Adlan Khairy

Mari berkenalan dengan doktor jantung Khairy
Doktor Hasri -Senior Consultation & Head Peadiatric& Conginental IJN

Dulu masa di HUKM Prof Bilqish selalu refer Doktor Hasri nie tentang case Khairy.Tak sangka selepas 5 tahun Khairy akhirnya berjumpa  dengan "mastermind" maslah jantung Khairy😄

Betul seperti yang doktor sebelah tue  katakan "it is important to detect conginental heart disease early"

Khairy dikesan hadapi maslah jantung sejak dari dalam kandungan.Masa tue mengandungkan Khairy dalam 7 bulan. Sejak tue memang doktor O&G pantau.tiap2 minggu wajib buat detail scan untuk lihat keadaan jantung Khairy.

Khairy diwajibkan bersalin ceser sebab sangat berisiko untuk bersalin secara normal. Berkemungkinan Khairy tak boleh bertahan untuk proses kelahiran yang panjang kerana maslah jantung dan juga kerana denyutan jantung yang terlalu laju doktor sukar untuk membezakan sama ada ia berlaku kerana contrastion atau sememangnya ia kerana jantungnya memang laju.

Bayangkan jika tidak dikesan awal?
Mungkin tidak selamat dilahirkan dan jika selamat lahir dan saya juga tidak perasan maslahnya ..saya hantar sahaja ke pengasuh atau nursery.. camanalah ye?

Alhamdulillah atas segala aturan Allah.Allah izinkan Khairy masih hidup ..menemani ibunya dan jadi punca kekuatan ibunya.Khairy mengubah 100% kehidupan ibunya malah semuanya di dalam rumah ini...

Khairy memang Magic😍

No comments: