ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, July 9, 2018

Selamat hari lahir ke 11 Dalia Amana 060718

Damia Amana dah 11 tahun
Anak perempuan sulung yang banyak membantu menjaga adik-adiknya..
Lepas sorang-sorang Amana tolong mama jaga..  memang mama sangat berterima kasih sebab amana rajin tolong jaga adik-adik..
Tapi dah namanya sorang perempuan memang banyak drama.. dari satu episod ke satu episod..😶

Semalam Amana dah cakap "mama esok besday Amana"
Yang maknya cuma jawab "habis tue kenapa?"
Lepas tue buat tak tau..saja..

Hari nie mak belikan semua anak-anak lelaki Lego..alah Lego Ninjago  kat MR DIY. Pelik betul apasallah asik kena beli Lego. tiap2 bulan pulak tue.. sebulan 2,3 kali untuk 3 anak lelaki.. boleh je buat bodoh tapi kalau Khairy yang berzikir "mama nanti bila gaji beli Lego" 24 jam dia zikir yang sama.tak menanah telinga? Sebenarnya tak sampai hati bila Khairy yg mintak..lebih-lebih Khairy cakap "Khairy kan dah jumpa doktor jantung" memang saya selalu bagi hadiah setiap kali balik dari IJN. Nak bagi Khairy semangat pergi hospital.

Ok sambung..semua anak lelaki dapat Lego dihari jadi anak perempuan sulung. Kecuali kakak..mak buat bodoh je.. saja..Selalunya Time magrib semua berkumpul kat bilik mak mcm ada perhimpunan pastu bergurau senda.pelik pulak si kakak takde.rupanya sedang menangis dalam kain sembahyang sambil menulis diari di bilik sendiri..hahahahaha

Takkanlah mak lupa birthday anak sulung.. Kakak tak dapat Lego..mama takkan belikan kakak mainan dah..belikan pen je utk buat nota..pen dari DIY je..kurang RM5 haha..pastu mama banjer makan kat restoran Thai kegemaran Amana..oklakan?

Bagus jugak anak2 Nie dapat hadiah Mr DIY pun dah gumbira.. ucapan Amana pada maknya..

"Mama tina kasih belanja Amana makan , Tina kasih beli pen Mr DIY..tima kasih belikan bead Hello Kitty Angsa Emas.."

Ehhhhh bila pulakkkk? Rugi duit mak nie belikan hadiah double triple 🤣

🎂Byk gambar rosak dikerjakan photoboom anak-anak lelaki. Nielah paling elok

🍰Bagi pilihan Amana nak makan western kat Mixwell Garage atau makan makanan Thai..amana pilih makan kat sini. Yang tinggal area Kajang Bangi..kedai  thai Nie sedap.. makan semua Nie masih below RM100.. siakap besar mak aiii.. udang butter banyak.. asparagus mabeles..

Semoga Allah mencukupkan rezeki kami anak beranak.amin.insya Allah..

3 comments:

Mama Zharfan said...

epi besday dear amana! moga jd anak solehah berjaya dunia akhirat.amiin

Liza Yati said...

Selamat Hari lahir Damia!! Dah besaq! Semoga menjadi anak yg solehah!

Liza Yati said...

Typo #Dalia Amana. Haha dah lama auntie xjenguk. Dah xada berbalas2 komen kan? huhu