ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, July 16, 2018

Trade In Emas Haram ke?

Paham ELOK-ELOK..
islam ITU LUAS.
BACA SAMPAI HABIS 😉

Emas Perhiasan Barangan Ribawi atau Barangan Biasa?

Soalan Inbox:
Salam ustaz,  Saya ada 2 bentuk cincin emas yang tidak muat nak di pakai lagi dan 1 utas rantai emas yg putus, soalan sy bolehkan kalau saya pergi ke kedai emas dan tukar cincin saya dgn cincin yang baru (maksudnya barang tukar barang), duit yang tak cukup saya tambah sahaja? Begitu juga dgn rantai, sy tukar rantai baru dan tambah duit sahaja? Kerana saya ada dengar, emas perlu tukar kepada duit dahulu tapi sejauh mana kesahihannya saya tidak pasti.
Terima kasih sudi jawab soalan saya.

Jawapan:

Isu utama dalam persoalan di atas ialah, adakah emas barangan ribawi atau tidak? Jika emas adalah barangan ribawi, maka memang benarlah apa yang puan dengar tu, emas perlu dijual dahulu, dapat duit dan tambah duit lain untuk dapatkan yang baru. Ini kerana barangan ribawi perlu ditukar sesama berat tanpa ada sebarang bayaran tambahan lagi. Jika cincin asal yang lama 10gm, rantai baru 10gm, jika ada tambahan maka berlaku riba. Untuk elakkan riba, jual dahulu dan dapatkan duit dan tambah duit untuk upah yang baharu.

Isunya, adakah emas perhiasan (al-huliy) itu barangan ribawi?

Semua ulama mazhab bersetuju bahawa emas jongkong, emas dinar, wang emas, biji emas adalah barangan ribawi. Namun dalam isu perhiasan, terdapat perbezaan pendapat dalam isu ini.
Ibn Rushd dalam Bidayah al-Mujtahid menyatakan bahawa terdapat dua pendapat utama dalam isu ini. Pendapat pertama merupakan majoriti mazhab dan sarjana fiqh, emas adalah ribawi walaupun emas yang dibentuk sebagai perhiasan.  Bagi majoriti ulama, hadis Nabi SAW adalah jelas dan mutlak:
"Jangan kamu tukar emas dengan emas kecuali dengan sama berat, jangan kamu tukar perak dengan perak kecuali sama berat, dan jangan kamu jual (emas dan perak) yang ada dengan yang bertangguh. (Sahih Bukhari)
Dalam hadis tidak membezakan emas perhiasan dan emas wang dan jongkong.

Manakala Mu'awiyah bin Abi Sufyan berpendapat emas perhiasan bukan lagi barangan ribawi.
Pendapat Mu'awiyah ini dipopularkan oleh sebahagian ulama mazhab Hanbali iaitu Sheikhul Islam Ibn Taymiyah rh dan muridnya Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah. Bagi Ibn Taymiyah rh, emas yang sudah menjadi barang kemas perhiasan sudah  terkeluar daripada sifat asalnya iaitu sebagai wang kerana faktor kos  pertukangan.  Kita sedia maklum untuk menghasilkan perhiasan perlukan pertukangan dan harga emas perhiasan dijual akan ditambah kos upah pembuatan terbabit. Justeru mengambil kira kos itu, tidak munasabah lagi jika emas jongkong dan wang disamakan dengan emas perhiasan. Apabila saya meneliti pendapat Imam Ibn Taymiyah, saya dapati pendapat beliau sebenarnya adalah merupakan salah satu daripada pendapat Imam Ahmad bin Hanbal yang turut mengiktiraf kos upah pembuatan. Ibn Qayyim secara jelas menyatakan, barangan kemas tidak menjadi barangan ribawi selagi mana ia tidak digunakan sebagai wang.

Jika dibandingkan, kedua-dua hujah adalah sama kuat sama ada hujah yang mengatakan ia ribawi atau tidak ribawi. Bagaimanapun, jika dikira dalam aspek praktikal, pendapat kedua lebih praktikal berbanding pendapat pertama. Dengan kata lain, pendapat yang menganggap emas perhiasan bukan lagi ribawi lebih praktikal untuk diamalkan. Ini kerana kos upah sangat tinggi dalam pembuatan barang kemas. Ia meliputi kos upah designer, mereka bentuk, mencampurkan emas dengan logam lain supaya membentuk 916 atau 22k, meleburkan semula emas lama menjadi 999 dan kemudian menjaduikan 916 kembali, menempa dan membentuk dan banyak prosesnya. Contohnya kedai emas akan memberikan kepada kilang emas lama mereka (916) 1kg, mereka cuma akan dapat lebih kurang 950gm sahaja emas 916 atau 900gm sahaja emas 999 daripada kilang, kerana kilang akan ambil lebihan itu sebagai kos upah peleburan dan pembuatan semula.

Atas asas itu Ibn Rushd turut mengemukakan satu pendapat Imam Malik rh apabila ditanya situasi seorang yang beri perak untuk ditempa, kemudian menambah ekstra beberapa dinar untuk upah, beliau menjawab: "Jika keadaan ini merupakan satu keperluan dan sangat menyusahkan, maka aku berpendapat, tidak mengapa"

Atas faktor inilah Parameter Pelaburan Emas JAKIM mengambil pandangan bahawa emas perhiasan 916 ke bawah tidak dianggap barangan ribawi.

Dan berasaskan kajian saya di bawah penyelidikan yang ditaja Universiti Malaya dalam isu transaksi emas di Malaysia, saya bersetuju dengan pendapat bahawa emas perhiasan tidak lagi dianggap ribawi, kerana pendapat pertama agak sukar bahkan agak mustahil  untuk dilaksanakan dalam industri. Emas perhiasan tidak juga dianggap wang kerana kos upahnya yang agak tinggi. Justeru, tidak mengapa jual emas perhiasan secara bertangguh, atau tukar emas lama dengan emas baru tanpa berat yang sama, atau ditambahkan wang sebagai upah.

Menjawab soalan puan, puan boleh sahaja jual emas lama kepada penjual dan bayar tambahan terhadap lebihan upah dan berat emas baharu tanpa memerlukan dua akad dan dua bentuk serahan. Penjual cukuplah dengan mengira sahaja harga emas lama dan tambahan yang perlu dibayar untuk emas baharu.

Copy PASTE
✅TAPI ADMIN MEMBENARKANNYA..
✅AMAT BENAR 👆

No comments: