ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, October 16, 2018

24 jam

Jika ditanya bagaimana nak jaga masa 24 jam menjadi efektif dan teratur?

Pertama, kau kena jaga solat dengan wuduk yang sempurna. Solat 5 waktu bagi lelaki mesti di masjid, ini lah 'mindset' pertama dan utama yang mesti kau mujahadahkan. Jika dipejabat ada surau, usahakan solat awal, ajak rakan lain dan solat jemaah. Jangan leka dengan meeting yang meleret-leret, apatah lagi kau sedang bincang hal dakwah dan umat, tapi kau gagal sempurnakan hak Allah. Mana ada yang lebih utama daripada menyahut seruan azan. Solat adalah tiang agama, tiang yang mengukuhkan segala perkara, jiwa, rohani dan jasad.

Kedua, sempurnakan hak ibubapa, isteri dan anak-anak. Ini adalah prioriti yang utama. Cuba layan group whatsapp family. Minta maaf dengan ibu ayah, minta redha dan gembirakan mereka. Bila Allah redha, banyak perkara 'ajaib' yang akan berlaku.

Ketiga, zikir pagi petang dan doa ilham dari Allah. Pergantungan inilah yang selalu kita gagal amal dan semaikan. Elemen rasa kewujudan Allah tidak kukuh. Kita hanya bergantung pada jadual ciptaan kita, dengan harapan masa kita terjaga. Berapa ramai orang yang susun jadualnya setiap hari tapi masih gagal laksanakan semuanya, kerana semuanya adalah atas kehendak Allah. Maka sebab itulah kita mencari keberkatan. Sedikit masa tetapi apabila berkat rasa lapang dan dimudahkan. Tetapi ia tidak bermakna tidak boleh membuat jadual harian, bahkan itu baik, cuma pergantungan hati itu mesti pada Allah!

Keempat, jagalah Allah, Allah akan jaga keseluruhan hidup kita. Hidup ini untuk dapat redha Allah bukan redha manusia. Jika kita mengatakan dunia umpama ladang, maka bajailah ladang itu dengan baik, semai penuh rasa kesyukuran. Apa yang kita baja dan usahakan itulah kita akan dapat diakhirat kelak.

Saya juga masih mujahadah, moga Allah beri taufiq dan inaayah Nya.

No comments: